Monday, May 12, 2008

Tidak bertanya tak bermaksud tiada soalan

5 tahun kerja di syarikat antarabangsa cuma ada 3 orang Islam sahaja disitu. Yang lain semua India, Serani dan foreigners. Macam-macam agama ada, Hindu, Kristian, Budhist. Kebanyak mereka adalah kuat pegangan agamanya. Mereka tidak pernah pun bertanya tentang Islam dan mempersoalkan kebenaran Islam. Malah ketika bekerja di situ peristiwa 9/11 terjadi. (persoalan ini pernah ditimbulkan kepada penulis)

Jawapan:

Oleh Bro. Masyuri
Friendly Comparative Religion

Tidak bertanya soalan bukan bermakna tiada soalan! Ramai Muslim yang berkongsi pejabat, kerja, minat dan sebagainya dengan non Muslim, malah ada yang berusaha mendapatkan undi daripada non Muslim, tapi majoriti golongan Muslim ini tidak pernah terfikir untuk berkongsi rahmat Allah, yang Nabi saw bawa kepada seluruh alam ini, kepada golongan non Muslim tadi (Sila rujuk Al Quran Surah Al-anbiya’ 21:107).

Begitu juga majoriti golongan Muslim ini tidak pernah terfikir untuk menyampaikan peringatan di dalam Al Quran, yang Nabi saw bawa kepada seluruh alam ini, kepada golongan non Muslim tadi (Sila rujuk Al Quran 25:1).

Sekarang, cuba kita pejamkan mata seketika, bayangkan jikalau selama ini kita dilahirkan sebagai seorang non Muslim, kemudian kita dikelilingi oleh kawan-kawan yang beragama Islam. Setiap hari kita bercampur dengan orang-orang Muslim ini. Semua topik kita boleh sembang, tapi tiada seorang pun Muslim yang pernah mengajak dan mengajar kita tentang Islam.

Apabila saat kita berada di padang mahsyar, kita yang sudah tahu di mana bakal tempat kita pergi, iaitu neraka, pasti akan berasa MARAH kepada kawan-kawan Islam yang kita kenali semasa di dunia dulu. Pastinya kita akan beritahu kepada Allah bahawa orang-orang Islam yang kita kenali selama hidup di dunia ini TIDAK pernah mengajar dan mengajak kita kepada agama Islam.

Adakah kita boleh terima jawapan orang-orang Islam yang mengatakan bahawa mereka tidak ajak kita kepada Islam disebabkan mereka masih belum mahir Al Quran, mereka masih belum cukup ilmu, mereka masih belum bersedia dan pelbagai alasan lagi? Jadi sekarang, adakah kita masih mahu “menyimpan” rahmat yang di bawa ke seluruh alam oleh Nabi saw hanya sesama kita yang sudah Islam sahaja? Mulakan perkongsian rahmat ini dengan non Muslim dan kita pasti akan temui banyak persoalan yang disembunyikan selama ini daripada mereka.

No comments:

ISLAM UNTUK SEMUA DAN INDAHNYA ISLAM DENGAN DAKWAH

Erti Hidup Dengan Memberi, Erti Bijaksana Dengan Hikmah