Monday, May 12, 2008

Mengapa Al-Quran diturunkan dalam bahasa arab

Oleh Bro Jacknaim
Friendly Comparative Religion
Kelas Peradaban Nabawi
International Islamic Da'wa Center

Dengan Nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang.
Isu yang akan dikupas pada kali ini ialah mengapa Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab dan bukannya bahasa melayu, cina, india ataupun bahasa sanskrit. Daripada Al-Quran, dinyatakan


Demi Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran.. Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. Dan sesungguhnya Al-Quran itu dalam Ibu Suratan di sisi Kami - sangat tinggi (kemuliaannya), lagi amat banyak mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.[43:2-4]


Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" .............[41:44]

Berdasarkan ayat di atas, dapat kita simpulkan bahawa Al-Quran diturunkan dalam bahasa arab kerana ianya diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan bangsa Arab dan pengikutnya juga berbangsa arab. Hal ini samalah seperti

Kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa S.A.W dalam bahasa Hebrew, kitab zabur (psalm) yang diturunkan kepada nabi Daud dalam bahasa Yunani dan Injil (gospel) kepada Nabi Isa S.A.W dalam bahasa Aramaic. Oleh yang demikian, pemahaman masyarakat terhadap kitab-kitab ini adalah lebih mendalam.


Ramai yang bertanya mengapa Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang berbangsa Arab dan juga mengapa Rasul terakhir diturunkan dari golongan bangsa Arab. Hanya Allah lah yang lebih mengetahui jawapan kepada persoalan ini. Soalan sebegini sebenarnya tidak akan terhenti begitu sahaja. Sekiranya Al-Quran diturunkan dalam bahasa Inggeris sekalipun dan juga nabi terakhir dipilih dari kalangan bangsa Aryan, orang ramai akan tetap mengemukakan soalan yang sama dan tidak berhenti di situ. Apa yang paling penting ialah kita memahami isinya dan maksud sebenar yang dibawa.

Segala-galanya bergantung kepada individu itu sendiri samada dia mahu mendengar mesej yang disampaikan melalui Al-Quran. Sekiranya mereka ingin mendengar mesej itu, mereka akan tetap mendengarnya tanpa mengira dalam bahasa apakah ianya diturunkan. Dan bagi mereka yang tetap ingin menyembunyikan kebenaran mereka akan tetap mengabaikan mesej yang terkandung dalam Al Quran sekalipun ia diturunkan dalam bahasa mereka dan menggunakan istilah yang semudah A, B, C..

No comments:

ISLAM UNTUK SEMUA DAN INDAHNYA ISLAM DENGAN DAKWAH

Erti Hidup Dengan Memberi, Erti Bijaksana Dengan Hikmah