Monday, May 12, 2008

Kita sudah ada ustaz dan ustazah yang melakukan kerja-kerja amar maaruf nahi mungkar ini, kenapa perlu kita buat juga?

Oleh Bro Masyuri

Friendly Comparative Religion


Ustaz/ah dan imam sentiasa melakukan kerja-kerja islah samada di masjid, surau, sekolah, IPT, radio, tv dll. Malah kita ada badan NGO contohnya seperti ABIM, JIM, ISMA, group usrah (friendster), tabligh dll juga lakukan perkara yang sama. Walaupun jemaah-jemaah yang disebuntukan tadi juga "pernah" lakukan dakwah kepada non Muslim, tetapi adakah ia mencukupi berbanding berbanding keperluan? Kita percaya bahawa ia adalah amat jauh daripada mencukupi.

Kenapa amat sedikit berbanding keperluan? Mari kita kaji perkara ini. Tahukah kita, bahawa di luar sana terdapat ramai orang yang belum Islam tetapi mereka ini sebenarnya berminat dengan Islam. [ada satu kes di hospital Segamat, di mana ada seorang Muslimat yang bekerja di sana sedang berurusan dengan lebih 50 orang yang berminat memeluk Islam dari seluruh negara, sedangkan beliau hanya "keseorangan" di tempat kerjanya (tiada sokongan)]. Malangnya mereka tidak tahu ingin bertanya pada siapa dan kita juga tidak tahu siapakah mereka itu (padahal mungkin kawan kita sendiri!).

Malah ada juga secara terang-terangan menunjukkan minat (sebahagian yang lain tunjukkan minat cara kabur atau hanya memberi hint saja) terhadap Islam, tapi malangnya kawan-kawan Muslimnya tidak pernah “menjemput” atau “memperkenalkan” Islam. Bertambah malang lagi, ada juga orang Islam yang tidak menggalakkan mereka ini memeluk Islam. Ini adalah pengalaman-pengalaman orang-orang yang sudah pun memeluk Islam dan mereka mendedahkan perkara ini. Selain daripada itu, ada juga yang berminat dengan Islam tapi apabila melihat perangai orang melayu khasnya, mereka tidak jadi memeluk Islam.


Jadi, dari sini kita dapat melihat bahawa islah dan dakwah perlu berjalan serentak. Bukan islah sahaja.

No comments:

ISLAM UNTUK SEMUA DAN INDAHNYA ISLAM DENGAN DAKWAH

Erti Hidup Dengan Memberi, Erti Bijaksana Dengan Hikmah