Tuesday, May 13, 2008

Perlu ke belajar comparative religion?-part 1

Bila kita fokus tenaga kita pada bagaimana hendak menjawab soalan dari non Muslim, itulah yang kita dapat. Adakah itu yang kita hendak? Makin banyak kita belajar menjawab soalan, makin banyak soalan yang kita dapat dan kita akan berdebat dengan mereka. Adakah ini yang kita mahukan?

Jawapan:

Oleh Bro Masyuri
Friendly Comparative Religion

GERAKAN Kristian atau missionary dibuat dengan amat terancang dan teratur. Mereka mengkaji Islam. Sebahagian daripada mereka mendapat petunjuk hasil dari kajian yang dibuat, dan sebahagian yang lain pula terus sesat lagi menyesatkan. Antara perkara yang mereka usahakan ialah menimbulkan keraguan tentang kebenaran Islam. Malah ada yang memutarbelitkan ayat dari Al Quran untuk mengelirukan umat Islam! Andainya tiada di kalangan umat Islam yang berusaha menjawabnya dan menyampaikan kepada penggerak-penggerak Islam yang lain, maka bukankah ini akan memudahkan gerakan missionary?

Kita kena ingat, gerakan missionary hari ini tidak sama seperti 10-30 tahun dahulu. Mereka sekarang makin agresif, cuma mungkin kebanyakan daripada kita yang tidak pernah sedar perkara ini. Satu kes terbaru, seorang pelajar lelaki Twintech yang telah belajar FCR pernah didatangi oleh seorang missionary perempuan berbangsa korea di Mid Valley pada sabtu 14/7/2007. Bersama pelajar ini ialah kawan lamanya (juga lelaki).

Pada mulanya missionary ini menyamar ingin membuat survey tentang budaya di Malaysia, kemuadian mula bertanya tentang tudung. Katanya kenapa ada yang pakai tudung dan ada yang tidak pakai tudung. Kata missionary itu lagi, dia takut hendak bersembang dengan orang bertudung (ini adalah salah tanggapan terhadap Islam). Kemudian tidak lama selepas itu, dia mula bertanya tentang Isa Al Masih dan bercakap tentang trinity. Dia diajar untuk menggunakan perkataan Isa Al Masih dan bukannya Jesus Christ. Kemudian pelajar yang telah belajar FCR ini bertanya semula beberapa soalan. Apabila missionary tersebut tidak dapat menjawab, 4 orang lagi kawan missionary itu datang. Akhirnya apabila kumpulan missionary ini sudah tiada idea, mereka pun kata yang mereka ada hal dan terpaksa pergi.

Jadi, adakah kita fikir bahawa peristiwa di Mid Valley tadi itu berlaku hanya sekali dan hanya kepada pelajar twintech itu seorang sahaja? Bayangkan mereka buat “amali” di negara kita! Tidak cukup rakyat Malaysia sendiri di kalangan cina, india, melayu, iban dan sebagainya menjadi missionary di negara kita, tapi sekarang orang Korea pun datang nak “berdakwah” kepada orang-orang kita. Mereka dilatih untuk menyoal soalan-soalan tertentu kepada kita, adakah kita patut berdiam diri saja? Adakah kita patut jadi defender saja? Sesekali kita perlu juga “menyerang” mengikut acuan Al Quran (3:64-65, 16:125 dll).

Satu perkara perlu diingatkan di sini ialah kita berdialog bukanlah untuk menang hujah, tetapi kita hendak menang hati. Sebab hujah daripada Maha Pencipta akan sentiasa mengatasi hujah ciptaan manusia. Dalam kata lain, hujah Al Quran akan sentiasa mengatasi hujah bible. Ini bermaksud, melalui kajian, kita akan menemui banyak simpang siur yang cacat di dalam bible, dan akan sentiasa mampu menjawab walaupun sejuta persoalan terhadap Islam melalui panduan Al Quran, hadis malah logik akal!

4 comments:

Anonymous said...

berkenaan dgn missionary itu....i doubt whether u can differentiate between protestant and catholic? what catholic and protestant taught is different. the missionnary u stumbled upon was PROTESTANT. We, catholic never teach ppl to spread the religion like that.

So, careful when u mentioned MISSIONARY. Bcoz there are some missionaries we dun approve bcoz some new religion had been created by some individual bcoz of their own interpretation.

and wat i saw what u wrote here, is very BIASED shud i say? u tot u know bible very well, but actually u dun. ppl tend to make mistakes bcoz their ''ketidakfahaman'' about different denominations. when one denominations say this, u simply tot all the same. but it's not.

u quoted thousands mistake frm our bible, shud i quote thousand mistakes from ur quran too?

i never say u religion is wrong, and same goes to u cant never say our religion is wrong.

Jacknaim said...

Assalamu'alaikum.. miss deepo what is written there was based on experience. so we just mention it. about protestant and catholic. both ur religion need to settle it down. sometimes i got confuse.[maybe need an explanation] whenever i talk to protestant they said that catholic is wrong. whenever i speak to catholic, they said that rotestant is wrong. so which one is right??

Anonymous said...

one thing here, protestant was human created one. they separate from us just bcoz they had different view from the papal.that's why we say they are wrong.

but catholic was built by Jesus. He passed the ministry to St Peter, his disciple. And Peter was our first Pope. In the past, there was only one church, that was catholic. cATHOLIC mean universal, that is church for everyone. But since the separation, we have to differentiate protestant from us, that's why we prefer call as catholic. in the past, we only called our religion as CHURCH only.

Jacknaim said...

thanks to your reply. Anyway, just understand this concept. In Islam, christian are freed to spread their teaching but not in Malaysia according to the Constitution. However, some missionary in Malaysia (most of us encountered them) used the 'cheating' technique to invite muslim into christianity. That's why we need to defend our religion and at the same time give a clear idea of Islam to them so they wont misunderstand and spread the wrong idea again. It's like to shutting the mouth who speaks wrongly

ISLAM UNTUK SEMUA DAN INDAHNYA ISLAM DENGAN DAKWAH

Erti Hidup Dengan Memberi, Erti Bijaksana Dengan Hikmah