Monday, May 12, 2008

Memahami revert dan permasalahan mereka

Oleh Bro Jacknaim
Friendly Comparative Religion
Kelas Peradaban Nabawi
International Islamic Da'wa Center

REVERT merupakan mereka yang kembali kepada Islam. Istilah ini sebenarnya adalah yang paling tepat berbanding dengan istilah convert kerana kita percaya yang setiap roh yang dilahirkan ke dunia adalah dalam fitrah Islam. Ibu-bapa lah yang mencorakkan mereka samada sebagai nasrani, yahudi, majusi dan sebagainya.

Apabila seseorang itu baligh, Allah mengurniakan akal kepada mereka untuk melihat keesaan Allah melalui kejadian alam dan melalui pembelajaran.

Lahir dalam keluarga yang beragama apa tidak penting tetapi mati dalam agama apa yang lebih penting. Sebagai seorang muslim kita seharusnya memberi galakan dan sokongan kepada golongan revert ini dan bukannya menghentam mereka dengan seribu macam cacian kerana Islam tidak pernah mengajar umatnya berbuat begitu.

Sebagai seorang Islam yang dilahirkan dalam keluarga Islam, anda mungkin tidak merasai kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh golongan revert ini. Tetapi percayalah cabaran yang dihadapi mereka amatlah besar terutamanya sekiranya golongan revert ini adalah daripada golongan pelajar. Oleh yang demikian mereka terpaksa menyembunyikan keislaman mereka
Hal ini kerana mereka masih bergantung kepada keluarga untuk sumber kewangan dan berbagai keperluan lagi. Mereka juga mungkin menghadapi berbagai ancaman dari pihak tertentu sekiranya keislaman mereka terbongkar. Sekiranya kita mengenali seseorang yang revert, kita haruslah

1. Merahsiakan keislaman mereka kecuali mereka telah bersedia untuk mendedahkannya
2. Tidak memaksa mereka dalam melakukan ibadat contohnya kita tidak sewajarnya memaksa mereka terus bersolat lima waktu kerana mereka tidak biasa seperti kita. Cuba renungkan kembali semasa kita masih kecil, adakah kita terus dapat solat lima kali sehari? Keadaan mereka samalah seperti kita sewaktu belajar solat dulu. So bagi galakan kepada mereka...
3. Tidak terlampau memaksa mereka memakai tudung. Memanglah menutup aurat penting dan dinyatakan dalam surah An Nur, 24:31 tetapi kita wajar faham dengan keadaan mereka yang harus menyembunyikan identiti diri mereka dari diketahui umum.
4. Tidak memaksa mereka meninggalkan tabiat lama seperti minum arak, memakan khinzir dan sebagainya dengan cepat kerana mereka memerlukan masa. Pada zaman Rasulullah sendiri, Rasulullah mengambil masa sepuluh tahun untuk membetulkan akidah dan barulah menurunkan perintah seperti solat dan sebagainya. Ingatlah tidak ada dosa yang tidak diampunkan Allah melainkan dosa Syorik iaitu mengambil sembahan atau pergantungan selain Allah S.W.T

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar. [004:048]

No comments:

ISLAM UNTUK SEMUA DAN INDAHNYA ISLAM DENGAN DAKWAH

Erti Hidup Dengan Memberi, Erti Bijaksana Dengan Hikmah