Saturday, May 31, 2008

DIALOG BERSAMA PADERI/ PENEBUSAN DOSA?

SIRI DIALOG BERSAMA PADERI - BENARKAH NABI ISA DISALIB –Bahagian 2

Oleh: Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid

Penulis merupakan anak murid kepada Bro Ungku yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di Friendly Comparative Religion, saba’ islamic Media. Beliau juga pernah mengisi satu slot Kelas Peradaban Nabawi semester 1 06/07 di Surau Murni

BAB KEDUA: PENEBUSAN DOSA?

(PENYALIBAN DAN KEBANGKITAN)

Adakah Nabi Isa disalib?

Orang-orang Kristian menyakini, bahawa Adam adalah penyebab kepada wujudnya dosa warisan, sebagaimana yang telah saya kupaskan di dalam bab pertama yang lalu. Mereka juga menyakini bahawa Allah yang Maha Pengasih telah mengutuskan anak-Nya yang tunggal (Nabi Isa) ke dunia ini, untuk menebus dosa warisan manusia. Di dalam (Yohanes 3:16) menyatakan:

Allah sangat mengasihi orang di dunia ini, sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada anak itu tidak akan binasa tetapi memperolehi hidup sejati dan kekal.

Orang-orang Kristian juga percaya bahawa kisah penyembelihan Ishak oleh Nabi Ibrahim adalah gambaran awal dari Allah SWT bahawa Jesus akan disalib untuk menebus dosa warisan manusia.

Ketika berbincang dengan seorang Paderi dan isterinya tentang ‘Benarkah Ishak yang disembelih?, saya berkata kepada beliau: “Uncle, kami sebagai Muslim percaya bahawa Ismail yang telah dikorbankan bukannya Ishak sebagaimana yang dipercayai oleh orang-orang Kristian.

Walaupun Kristian membuktikan hujah mereka melalui Old Testament, sebagaimana yang dinyatakan dalam buku Kejadian bab 22 ayat 2:

Allah berfirman: “Pergilah ke tanah Moria dengan Ishak, anakmu yang tunggal, yang sangat engkau kasihi. Di situ, di sebuah gunung yang akan Ku tunjukkan kepadamu, persembahkanlah anakmu sebagai korban untuk menyenangkan hati-Ku“.

Namun, Kitab Bible sendiri menolak hujah ini!. Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Cubalah kita lihat di dalam Old Testament, buku kejadian bab 16 ayat 15-16, di mana Bible telah menyatakan:

Kemudian Hagar (Hajar) melahirkan seorang anak lelaki, lalu Abram ( Ibrahim ) bapa anak itu menamakan dia Ismail. Pada masa itu Abram berumur 86 tahun.

Dan bandingkan pula dengan Old Testament, buku Kejadian bab 21 ayat 5 ini”.

Ibrahim berumur 100 tahun ketika Ishak dilahirkan

Dengan menggunakan ‘White Board’ yang ada di dalam gereja tersebut, saya melakarkan ayat–ayat tadi agar beliau dapat memerhatikan dengan lebih jelas tentang ‘keistimewaan’ ayat– ayat ini!

Ismail atau Ishak ?

Saya berkata kepada beliau: “Uncle, perhatikan ayat-ayat ini. Di antara Ismail dan Ishak, siapakah yang lahir dulu?” Tanpa menunggu jawapan daripada beliau, saya menyatakan bahawa Ismail yang dilahirkan dulu kerana ketika Ismail dilahirkan umur Nabi Ibrahim 86 tahun, sedangkan ketika Ishak dilahirkan umur Baginda sudah menjangkau 100 tahun. Beliau dan isterinya nampak bersetuju dengan apa yang saya nyatakan.

Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Tetapi Uncle, jika Ismail yang dilahirkan dulu, mengapa di dalam Old Testament, buku Kejadian 22:2 di atas menyatakan Ishak adalah anak tunggal Ibrahim? Sedangkan Ishak mempunyai abang iaitu Ismail“!

Saya berkata lagi: “Inilah buktinya bahawa kalimah ‘Ishak’ didalam Old Testament, buku kejadian 22:2 tadi adalah kalimah tambahan dari Ulama Yahudi yang sememangnya dengki kepada Ismail dan keturunannya”.

Setelah mendengar hujah yang saya kemukakan tadi, beliau terus menjawab dengan penuh yakin: “Sebenarnya Ishak adalah satu-satunya anak tunggal Ibrahim yang lahir daripada isteri yang sah!. Manakala Ismail pula bukanlah anak Baginda yang sah kerana Hagar (Hajar) adalah gundik Ibrahim!”

Dengan segera saya berkata kepada beliau: “Kalau begitu, tunjukkan pada saya di mana ayat di dalam Bible yang menyatakan Hagar (Hajar) adalah gundik Ibrahim?”

Beliau yang nampaknya terkejut dengan permintaan saya itu, hanya mendiamkan diri sambil membelek–belek kandungan Bible di hadapan beliau.

Pada mulanya saya menyangka beliau tentu tahu di manakah ayat yang menyebut tentang Hagar adalah gundik Ibrahim kerana sememangnya terdapat di dalam sesetengah versi Bible menyatakan sedemikian.

Namun setelah menunggu agak lama serta yakin beliau tidak dapat membuktikannya, maka saya berkata kepada beliau: “Uncle, ayat yang menyatakan bahawa Hagar (Hajar) adalah gundik Ibrahim terdapat di dalam Old Testament, Kejadian bab 16 ayat 3.” Ayat tersebut menyatakan:

Maka Sarai (Sarah) memberikan Hagar (Hajar) kepada Abram (Ibrahim) untuk dijadikan gundik.

Setelah saya menunjukkan ayat tersebut, beliau nampaknya agak lega dengan ‘bantuan’ saya tadi. Tanpa menunggu ‘kelegaan’ beliau itu berpanjangan, saya meneruskan hujah dengan berkata: “Uncle, walaupun ayat ini menyatakan Hagar sebagai gundik Ibrahim, sehinggakan Ismail itu dituduh sebagai anak gundik, namun jika kita buka di dalam Bible King James Version, terjemahan English terhadap ayat ini adalah to be his WIFE (untuk dijadikan sebagai isteri) bukannya to be his concubine (untuk dijadikan sebagai gundik) sebagaimana yang tercatat di dalam versi TEV (Todays English Version) dan lain-lain versi!”

“Mengapa Bible mempunyai pelbagai versi jika ia adalah benar–benar dari Allah. Lagipun, kalimah Isteri (Wife) dan Gundik (Concubine) mempunyai perbezaan dan maksud yang amat ketara. Tentu Allah dapat membezakannya!”

Isteri beliau yang hanya mendiamkan diri sejak awal perbincangan kami cuba menyatakan kepada saya bahawa pada zaman dahulu, istilah isteri dan gundik tidak dapat dibezakan dengan tepat. Atas sebab itulah, terdapat kalimah isteri dan gundik digunakan dalam tempat yang sama dalam sesetengah Bible!

Isteri atau gundik?

Saya tidak faham mengapa isteri beliau menyatakan sedemikian, tapi dengan segera saya berkata padanya: “Auntie, bukankah menurut kepercayaan Yahudi dan Kristian bahawa Ibrahim telah berkahwin seramai 3 orang iaitu Sarai, Hagar dan Ketura?

Ini telah dinyatakan di dalam Old Testament buku Kejadian bab 25 ayat 1 dan 2:

Abraham berkahwin lagi dengan seorang perempuan yang bernama Ketura. Isterinya itu melahirkan Zimran, Yoksan, Medan, Midian, Ishbak dan Suah.

Di dalam ayat ini, jelas dinyatakan bahawa Ketura adalah Isteri Ibrahim.

Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Tapi Auntie, cuba bandingkan dengan apa yang dinyatakan di dalam Old Testament Buku 1 Tawarikh bab 1 ayat 32 ini:

Abraham mempunyai seorang gundik bernama Ketura. Gundiknya itu melahirkan enam orang lelaki: Zimran, Yoksan, Medan Midian, Ishbak dan Suah…

Di dalam ayat ini, dinyatakan pula Ketura anak gundik Ibrahim. Bukankah jelas bahawa kalimah isteri dan gundik mempunyai perbezaan dan penulis serta periwayat Bible tahu perbezaan ini!.

Apa pula yang hendak Auntie katakan tentang ayat 1 Raja-raja bab 11 ayat 3:

Raja Salomo (Sulaiman) berkahwin dengan Tujuh Ratus orang Puteri Raja dan mempunyai Tiga Ratus orang Gundik.

Di dalam ayat yang sama, periwayat Bible sendiri menunjukkan bahawa mereka tahu perbezaan antara kalimah isteri dan gundik!

Dengan muka yang merah padam, isterinya bangkit meninggalkan perbincangan kami dan saya lihat Paderi tersebut hanya menundukkan mukanya yang kemerahan.

Lantas saya meneruskan lagi dengan berkata: “Uncle, melalui ayat-ayat yang saya nyatakan tadi, jelaslah bahawa Ismail adalah anak sah dan Hagar bukanlah gundik Ibrahim!

Di sinilah buktinya bahawa terdapat perselisihan di dalam ayat-ayat Bible dan sekaligus membuktikan ia bukan Kalam Allah! Ia dikarang serta dipinda sesuka hati oleh Ulama Yahudi.

Setelah saya berkata demikian, Paderi tersebut hanya mendiamkan diri dan tidak lama kemudian, beliau menyatakan pada saya bahawa beliau ada kerja yang ingin diselesaikan.

Dosa Warisan ciptaan Paulus!

Sebenarnya perintah pergorbanan Ishak (menurut kepercayaan Kristian dan Yahudi) tidak ada kaitannya dengan gambaran awal Jesus akan disalib! Tetapi idea penebusan dosa warisan ini telah diprogramkan oleh Paulus atau Paul, seorang yang dianggap ‘Rasul’ bagi penganut Kristian . Sekiranya kita lihat di dalam (Galatian 1:4) Paul telah berkata:

Untuk menyelamatkan kita daripada zaman yang jahat ini, Kristus (Jesus) telah menyerahkan diri-Nya sebagai korban bagi dosa-dosa kita. Dia melakukan bagi mentaati kehendak Allah bapa kita.

Di dalam ayat lain pula Paul, telah menyifatkan golongan Yahudi yang enggan menerima ‘berita baik’ penyaliban Jesus ini, sebagai musuh Allah. Ini dapat kita saksikan melalui kata-kata Paul di dalam (Roma 11:28):

Kerana orang Yahudi tidak mahu menerima berita baik (penyaliban Jesus untuk penghapusan dosa manusia ) daripada Allah ini, maka mereka menjadi musuh Allah.

Tetapi di dalam ayat lain, contohnya di dalam (1 Teselonian 2:15) Paul telah menyatakan sebaliknya pula tentang idea penebusan dosa ini:

Orang Yahudi sudah membunuh Tuhan Jesus dan Nabi–nabi serta menganiayai kami juga. Mereka memusuhi semua orang dan menyebabkan Allah sangat murka.

Sungguh pelik! Paul yang mengajar idea penghapusan dosa warisan ini dalam masa yang sama juga telah mencela orang–orang Yahudi yang ‘membantu’ proses penghapusan dosa ini! Sepatutnya orang–orang Yahudi yang telah membunuh Jesus ini, diberi pahala dan sanjungan yang besar kerana merekalah yang telah membunuh dan menyalib Jesus, sehingga dosa warisan yang membelenggu manusia selama ini, terhapus. Sekiranya Jesus tidak dibunuh dan disalib oleh mereka, tentu dosa warisan masih lagi membelenggu penganut Kristian hingga ke hari ini dan Agama Kristian tidak mungkin wujud sama sekali.

Mari kita lihat pula apa kata Paul di dalam (1 Korintus 2:8):

Semua roh yang berkuasa dan yang memerintah dunia ini, tidak tahu kebijaksanaan itu. Seandainya roh-roh itu mengetahuinya, tentu roh-roh itu tidak akan menyalib Tuhan (Jesus) Yang Mulia.

Lihatlah! Betapa jelasnya percanggahan kata–kata Paul yang dianggap oleh orang–orang Kristian sebagai ‘Rasul Kristus’.

Oleh kerana kata-kata Paul sendiri mengandungi percanggahan, maka saksi yang paling layak untuk kita analisa bagi mencapai kebenaran hakiki tentang idea penyaliban bagi menebus dosa ini, adalah kata–kata Jesus sendiri.

Apa kata Jesus terhadap idea yang telah dicipta oleh Paul ini? Jesus sendiri tidak rela disalib ! Jika anda perhatikan di dalam (Yohanes 7:19), Jesus sendiri telah berkata kepada orang–orang Yahudi yang ingin membunuh dan menyalibnya:

“Bukankah Musa yang memberi Taurat kepada kamu. Tetapi tidak seorang pun di antara kamu yang mentaati Taurat itu. Mengapa kamu mahu membunuh aku?”

Lihat pula di dalam (Yohanes 8:37) dimana Jesus sendiri telah berkata:

“Aku tahu kamu keturunan Ibrahim. Namun kamu berusaha untuk membunuh aku, kerana kamu tidak mahu menerima ajaranku”.

Di dalam (Yohanes 8:44):

“Bapa kamu Iblis dan kamu anak–anaknya. Kamu lebih suka menurut kehendak bapa kamu. Sejak permulaan, Iblis itu pembunuh..”

Di dalam (Yohanes 19:11):

Jesus telah berdialog dengan Pilatus (Gabenor Kerajaan Rom), dan berkata: “Kamu tidak berkuasa ke atas aku, kecuali Allah memberikan kuasa itu kepadamu. Oleh itu, orang yang menyerahkan aku kepadamu, lebih besar dosanya dari dosamu .

Perhatikan! Jesus sendiri menolak idea penebusan dosa ciptaan Paulus ini! Bahkan, untuk membuktikan keengganan Jesus menghadapi hukuman untuk menebus dosa manusia, Matius dan Markus telah menceritakan bagaimana Jesus telah berusaha melarikan diri dari orang-orang Yahudi dan tentera Rom yang mahu menangkap dan membunuh baginda. Jika ini adalah perintah Allah, mengapa Jesus melarikan diri? Perhatikan ayat ini:

“Bangunlah, mari kita pergi! Lihatlah, orang yang mengkhianati aku sudah datang!” (Matius 26:46)

“Bangunlah, marilah kita pergi! Lihatlah, orang yang mengkhianati aku sudah datang!” (Markus 14:42)

Bahkan sahabat-sahabat Jesus sendiri melarikan diri ketika Jesus ditangkap! Jadi, siapakah yang menjadi saksi peristiwa penyaliban ini?

Jika benar penyaliban Jesus ini adalah perintah Allah sebagaimana yang di dakwa oleh Paul dalam (Galatian 1:4) tadi, sudah tentu sahabat–sahabat baginda akan membantu menyerahkan baginda kepada orang–orang Yahudi dan tentera Rom.

Perhatikan apa yang telah diriwayatkan dalam (Matius 26:56):

……kemudian semua pengikut Jesus lari meninggalkan Dia.

Dan di dalam (Markus 14:50) meriwayatkan:

Ketika itu, semua pengikut Jesus lari meninggalkan Dia.

Sungguh menghairankan! Jika benar apa yang dikatakan oleh Paul tentang penyaliban Jesus adalah rancangan Tuhan untuk menebus dosa warisan, maka kita dapat saksikan bahawa Jesus dan sahabat–sahabat baginda sendiri ‘lari’ dari perintah Tuhan!

Kisah penyaliban yang berbagai versi!

Kisah penyaliban Jesus telah dirakamkan oleh 4 Gospel yang utama di dalam New Testament iaitu Matius, Markus, Lukas dan Yohanes. Namun tahukah anda, kisah penyaliban ini berbeza dan berbagai versi keadaannya?

Rela disalib

Orang-orang Kristian telah menggunakan ayat (Lukas 23:46) ini sebagai tanda Jesus telah rela disalib untuk menebus dosa warisan manusia. Perhatikan ayat ini:

Lalu Jesus berseru dengan suara lantang “Ya bapa aku serahkan diriku ke dalam tanganMu”. Setelah berkata demikian dia pun meninggal.

Perhatikan pula di dalam ( Yohanes 19:28-30 ):

Jesus tahu bahawa sekarang semuanya selesai dan supaya apa yang tertulis di dalam Al-kitab berlaku, dia berkata “Aku dahaga. Di situ ada sebuah mangkuk yang penuh dengan wain murah. Bunga karang dicelupkan ke dalam wain murah itu kemudian dicucukkan ke sebatang kayu dan dihulurkan ke mulut Jesus. Jesus mengecapnya lalu berkata: “Telah selesai.” Setelah itu dia menundukkan kepalanya dan meninggal.

Melalui dua ayat ini, orang-orang Kristian berkata dengan megahnya, “Inilah tanda kasih sayang Jesus. Dia sanggup mati demi dosa kita!”

Apakah ‘Kasih sayang’ itu?

Kepada orang-orang Kristian, saya bertanya: “Apakah maksud kasih sayang di dalam agama anda? Adakah semata-mata untuk menebus dosa warisan dari Adam (yang hanya memakan sebiji buah larangan) lalu Tuhan Maha Pengasih terpaksa membunuh anak-nya yang tunggal, kamu katakan sebagai ‘kasih sayang’?” Bahkan ‘Putus asa’!

Sebenarnya, apa yang telah dinyatakan di dalam (Lukas 23:46 dan Yohanes 19:28-30) ini adalah menunjukkan putus asa Jesus! Mengapa tidak? Jesus telah berusaha melarikan diri dari tangkapan tentera Rom dan orang-orang Yahudi selama hidupnya, tiba-tiba Bapa di Syurga tidak membantu beliau melepaskan diri! Maka dengan putus asa beliau mengucapkan : Ya bapa, aku serahkan diriku ke dalam tangan-Mu.

Bahkan Jika kita perhatikan kalimah ‘Ya bapa, aku serahkan diriku ke dalam tanganMu’ ini juga, dapat kita perhatikan ada 2 ‘Tuhan’ bukannya Satu seperti yang didakwa oleh orang-orang Kristian. Pertama, ‘Anak Tuhan’ yang mati di tiang salib dan yang kedua, ‘Tuhan Bapa’ yang tidak mati bersama anak-Nya. Dan ‘Tuhan-Tuhan’ ini bercerai tidak bersatu sehinggakan ada Tuhan yang mati dan ada yang tidak mati!

Tidak rela disalib

Kali ini kita perhatikan pula bagaimanakah dua ayat ini menjelaskan keengganan Jesus untuk disalib. Perhatikan (Matius 27:45-50):

Pada tengah hari selama tiga jam, Seluruh negeri itu menjadi gelap. Pada pukul tiga petang, Jesus berseru dengan suara lantang “Eli Eli lama sabakhtani?” yang bermaksud “Allah Allah mengapa Engkau tinggalkan aku?”. Beberapa orang di situ mendengar seruan Jesus lalu berkata “dia memanggil Elia”. Seorang dari mereka mengambil bunga karang, lalu mencelupkannya ke dalam wain murah. Kemudian bunga karang itu dicucukkan pada sebatang kayu, lalu dihulurkan ke mulut Jesus. Tetapi orang lain di situ berkata: Tunggu, mari kita lihat kalau-kalau Elia datang menyelamatkan dia.” Kemudian Jesus berseru lagi dengan nyaring lalu menghembuskan nafas terakhirnya.

Keengganan Jesus untuk disalib juga digambarkan oleh (Markus 15:33-37):

Pada tengah hari selama tiga jam, Seluruh negeri itu menjadi gelap. Pada pukul tiga petang, Jesus berseru dengan suara lantang “Eloi Eloi lama sabakhtani?” yang bermaksud “Ya Allah Ya Allah mengapa Engkau tinggalkan aku?”. Beberapa orang di situ mendengar seruan itu lalu berkata “Dia memanggil Elia”. Seorang dari mereka mengambil bunga karang, yang dicelup dengan wain murah lalu mencucukkannya pada sebatang kayu, lalu dihulurkan ke mulut Jesus sambil berkata “Tunggu! mari kita lihat kalau-kalau Elia menurunkan dia dari salib.” Lalu Jesus berteriak dan menghembuskan hafasnya yang terakhir.

Bahkan bukan Jesus di tiang salib! Kalimah “Eloi Eloi lama sabakhtani? yang bermaksud “Ya Allah mengapa Engkau tinggalkan aku?” di dalam ayat-ayat di atas juga, jelas menunjukkan bahawa bukan Jesus yang disalib.

Saya pernah memberitahu kepada seorang Pastor berbangsa India di negeri saya ketika kami berbincang mengenai siapakah yang disalib sebenarnya. Saya berkata “Uncle, sekiranya Jesus yang disalib, tentu dia tidak akan menggunakan lafaz ‘Allah, Allah’ tetapi ‘Bapa,bapa’. Ini adalah kerana, Jesus adalah ‘anak Tuhan’!

Amat menghairankan! Matius dan Markus telah meriwayatkan berita penyaliban ini dengan perbezaan yang amat ketara berbanding dengan versi yang dibawa oleh Lukas dan Yohanes. Namun begitu, terdapat persamaan di antara keempat-empat Gospel ini. Tahukah anda apakah persamaan itu? Ia adalah tentang Kematian ‘Tuhan’!

Adakah anda percaya Tuhan telah mati?

Saya pernah bertanya kepada seorang Kristian dari Jamaica, yang secara kebetulan saya temui ketika menunggu KLIA Ekpress . Pada mulanya saya menyangka beliau seorang Arab Muslim (memandangkan rupanya seperti Arab) tetapi setelah beliau memperkenalkan dirinya sebagai Roger dan menyatakan beliau seorang Kristian Protestant, saya segera mengambil peluang keemasan tersebut untuk bertanya tentang kematian ‘Tuhan’!

Di dalam kesempatan itu saya bertanya: “Uncle, do you believe God (Jesus) died for three days and three night?” (Adakah tuan percaya bahawa Tuhan (Nabi Isa) telah mati tiga hari tiga malam?) Beliau tersenyum sambil berkata: “This is a very interesting question”.

Saya menunggu agar beliau meneruskan jawapannya tetapi apabila saya melihat beliau seperti ingin lari dari menjawab soalan tersebut, saya ulangi semula soalan itu untuk kali kedua. Dengan serba salah beliau menjawab: “I do not believe God (Jesus) died.” (Saya tidak percaya tuhan (Nabi Isa) telah mati).

Apabila saya ingin melanjutkan perbualan kami ke topik yang lebih menarik berkaitan Kristian, beliau dengan segera menjawab: “Im very tired now and I have to sleep”. (saya amat letih sekarang dan perlu berehat.)

Bible mengatakan Jesus tidak pernah mati!

Walaupun kita telah membuktikan kepada orang-orang Kristian bahawa Jesus sendiri ‘tidak merestui’ upacara penebusan dosa bahkan bukan Jesus yang disalib oleh tentera Rom, namun orang-orang Kristian masih lagi mempertahankan hujah mereka dengan berkata: “Baiklah! Kami akan membuktikan pada kamu melalui kata-kata Jesus sendiri tentang kematian dan kebangkitannya!”. Dalam ( Matius 17:22-23 ):

…Jesus berkata kepada mereka, “Tidak lama lagi Anak Manusia akan diserahkan ke dalam kekuasaan manusia. Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga, Dia akan dibangkitkan semula”.

Dalam ( Lukas 24:46):

Jesus berkata kepada mereka, “Sudah tertulis bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah mesti mengalami penderitaan dan mesti bangkit daripada kematian pada hari ketiga”.

“Lihatlah ayat–ayat ini! Pasti tiada seorang pun Muslim yang mampu menyangkal tentang kematian dan kebangkitan Jesus!”

Saudara, perhatikan! Sekiranya kita tidak mempersiapkan diri dengan ilmu, sudah tentu ayat-ayat di atas memutuskan hujah kita sebagai Muslim yang beryakinan bahawa Jesus ataupun Nabi Isa A.S tidak pernah mati! Mereka mengutarakan hujah yang diambil dari Holy Bible dan ayat-ayat tersebut memang terdapat di dalam Bible mereka.

Jesus menjawab ‘bagi pihak’ Muslim

Oleh kerana orang-orang Kristian tidak menerima Al-Quran sebagai ‘Last Testament’, maka sudah tentu hujah yang terpaksa kita pakai untuk membuktikan keyakinan Muslim tadi adalah melalui Holy Bible mereka.

Katakan kepada mereka: “Wahai saudaraku, perhatikan apa yang telah dikatakan oleh Petrus atau Peter dan bandingkan dengan apa yang telah Jesus katakan tentang ‘kematian dan kebangkitannya’!

Petrus atau Peter menyatakan di dalam ( Petrus 3:18) bahawa, kebangkitan setelah kematian itu hanya berlaku dalam bentuk ruh atau ‘spirit’ sahaja. Perhatikan:

…Dia (Jesus) dibunuh dalam keadaan jasmani, tetapi dihidupkan semula dalam keadaan rohani.

Sedangkan di dalam ( Lukas 24:39-40 ) Jesus pula menyatakan:

Lihatlah tangan-ku dan kaki-ku ini. Inilah aku! Peganglah aku, maka kamu akan tahu bahawa aku bukan hantu (ruh) kerana hantu (ruh) tidak mempunyai daging dan tulang, sedangkan aku masih mempunyainya.” Jesus berkata demikian sambil menunjukkan tangan dan kaki-Nya kepada mereka.

Perhatikan! Jesus menafikan apa yang telah dinyatakan oleh Petrus dengan bahasa dan kalimah yang amat jelas!

Bahkan, untuk menyakinkan bahawa Dia belum mati sebagaimana yang diyakini oleh murid-muridnya ketika itu dan orang-orang Kristian pada hari ini, Jesus juga telah meminta makanan dari mereka dan memakannya. Perhatikan ayat ( Lukas bab 24 ayat 41-43):

Mereka masih tidak dapat percaya kerana terlalu gembira dan hairan. Jesus bertanya kepada mereka, “ Adakah kamu mempunyai makanan di sini?” Mereka pun memberi sepotong ikan yang sudah dimasak kepada-Nya. Lalu Jesus memgambil ikan itu lalu makan di hadapan mereka.

Sungguh jelas! Jesus menegaskan bahawa Dia tidak pernah mati kerana Dia masih mempunyai daging serta tulang. Sedangkan ruh tidak mempunyainya! Dan demi meyakinkan mereka yang menyaksikan itu, Dia telah memakan makanan yang diberikan.

Sungguh aneh! Petrus atau Peter memberitahu umat Kristian bahawa Jesus telah dibunuh dan bangkit dalam bentuk ruh atau ‘spirit’. Sedangkan Jesus menjawab: ‘Wahai Peter dan umat Kristian, Aku tidak pernah mati! Lihatlah aku masih hidup dan lengkap dengan ruh serta jasad!” Siapakah yang anda pilih Jesus atau Petrus? Apa jawapan Allah SWT terhadap mereka?

Jika kita perhatikan kepada riwayat yang telah disifatkan oleh empat Gospel tadi, (Matius, Markus, Lukas dan Yohanes) seolah-olah Jesus sendiri ada kalanya rela, ada kalanya tidak rela dan ada kalanya putus asa. Sedangkan di dalam Islam, para Nabi dan Rasul itu bersifat dengan benar dan tidak pula pernah berdusta. Inilah di antara bukti bahawa terdapat percanggahan yang amat ketara di dalam kitab Bible serta juga Taurat orang-orang Yahudi . Amat benarlah firman Allah di dalam Al-Quran:

“Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang–orang yang menulis (merubah) Alkitab dengan tangan mereka sendiri kemudian mereka mengatakan: “Inilah dari Allah” (dengan maksud) ingin memprolehi keuntungan yang sedikit dari perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang telah ditulis oleh mereka dan kecelakaan besarlah bagi mereka, di atas apa yang telah mereka kerjakan”. (Surah Al-Baqarah 2:79)

Di dalam menjawab fitnah yang telah ditimbulkan oleh orang-orang Yahudi dan Kristian melalui kitab Taurat dan Bible mereka, maka Allah SWT juga telah menyatakan secara jelas di dalam Al-Quran :

“Dan kerana ucapan mereka ‘Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih Isa anak Maryam pesuruh Allah. Dan sebenarnya, mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya, tetapi ( yang mereka bunuh itu ialah ) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa benar–benar di dalam keraguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapakah yang sebenarnya dibunuh itu, kecuali mereka hanya menurut sangkaan mereka sahaja. Mereka tidak pula yakin bahwa yang mereka bunuh itu, adalah Isa. Tetapi (sebenarnya) Allah telah mengangkat Isa kepadaNYa. Dan adalah Allah itu, Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Surah An-Nisa 4: 157-158)

Thursday, May 29, 2008

Dialog bersama paderi-Dosa warisan

SIRI DIALOG BERSAMA PADERI - BENARKAH NABI ISA DISALIB –Bahagian 1


Oleh: Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid

Penulis merupakan anak murid kepada Bro Ungku yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di Friendly Comparative Religion, saba’ islamic Media. Beliau juga pernah mengisi satu slot Kelas Peradaban Nabawi semester 1 06/07 di Surau Murni

BAB PERTAMA: DOSA WARISAN

Apakah dia Dosa Warisan?

Dosa warisan atau “Original Sin” adalah antara rukun iman yang utama di dalam Agama Kristian. Orang-orang Kristian percaya bahawa Nabi Adam lah yang menyebabkan terjadinya dosa warisan ini. Ini adalah kerana baginda telah melanggar perintah Allah dengan memakan buah dari pohon larangan setelah terpedaya dengan godaan Iblis. Ini telah dinyatakan di dalam Perjanjian Lama (Kejadian 3:6):

Perempuan itu melihat pokok itu sangat cantik dan buahnya enak dimakan. Dia berfikir betapa eloknya jika dia menjadi bijaksana. Maka dia memetik buah itu dan memakannya serta ia juga memberikan pada suaminya lalu suaminya memakan buah itu.

Oleh kerana seluruh manusia itu berketurunan Adam, maka manusia turut sama menanggung dan mewarisi dosa Adam. Bahkan bayi yang baru lahir pun, turut sama mempunyai dosa warisan ini. Di sini bermulanya asal usul dosa warisan dan orang-orang Kristian mesti meyakininya untuk membenarkan penyaliban Jesus sebagai penebus dosa warisan.

Berterima kasihlah pada Adam!

Setelah kita faham konsep dosa warisan ini, kita dapati seolah-olah Adam telah di ‘set up’kan untuk membuat dosa yang telah mengakibatkan seluruh manusia mendapat dosa warisan secara automatik. Maka dengan itu, barulah Allah dapat mengirimkan Anak-Nya yang tunggal ke dunia ini, untuk menebus dosa warisan tadi. Bertepatan dengan apa yang telah ‘dirancang terhadap Adam’ ini, di dalam (Yohanes 3:16) telah menyatakan:

Allah sangat mengasihi manusia di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak akan binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.

Dalam (Galatia 1:4) juga menyatakan tentang idea penebusan dosa warisan ini:

Untuk menyelamatkan kita daripada zaman yang jahat ini, Kristus (Jesus) telah menyerahkan diri-Nya sebagai korban bagi dosa-dosa kita. Dia melakukannya bagi mentaati kehendak Allah bapa kita.

Tetapi tahukah anda? Sekiranya Adam tidak melanggar perintah Allah dengan memakan buah dari pohon larangan tadi, tentu Jesus tidak akan dikirim oleh Allah ke atas dunia ini untuk menebus dosa warisan dan Agama Kristian tidak akan wujud sama sekali!

Maka orang-orang Kristian mesti berterima kasih pada Adam!

Akal yang waras menolak idea ini.

Saya pernah berbincang dengan seorang Paderi tentang idea dosa warisan ini. Di dalam perbincangan itu, saya menerangkan kepada beliau dengan berkata : “Uncle, sungguh menghairankan! Adam yang membuat dosa tetapi kita semua turut menanggungnya! Inikah keadilan Tuhan?”. Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Kami sebagai Muslim percaya bahawa setiap dosa hanya ditanggung oleh diri sendiri”.

Di dalam Al Quran Allah telah berfirman: Maksudnya (lebih kurang):

Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah Allah, maka sesungguhnya dia berbuat kebaikan itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang sesat maka kesesatannya itu adalah untuk (kerugiannya) sendiri. Dan setiap orang yang berdosa (dengan dosanya) tidak pula dapat menanggung dosa orang lain dan kami tidak akan menimpakan azab sebelum kami mengutuskan rasul (kepada manusia). (Surah Al-Isra 17:15)

Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Bahkan, Bible sendiri menyokong Al Quran! Dalam (Yeremia 31:30) menyatakan:

Tetapi sesiapa yang makan anggur yang masam, dia sendirilah yang akan merasa masamnya. Setiap orang akan mati kerana dosanya sendiri.

Manakala (Yehezkiel 18:20) juga menyatakan:

Orang yang berdosa akan mati. Seorang anak tidak menanggung akibat daripada dosa bapanya. Demikian juga seorang bapa tidak menanggung akibat daripada dosa anaknya. Seorang yang baik akan menerima ganjaran kerana kebaikannya, dan seorang yang jahat akan menanggung akibat daripada kejahatannya.

Perhatikan juga di dalam (Matius 16:27):

Anak Manusia sudah hampir tiba bersama–sama para Malaikat-Nya dengan kemuliaan Bapa-Nya. Pada masa itu Dia membalas tiap – tiap orang menurut perbuatannya sendiri.

(Matius 19: 14) menyebut:

Yesus berkata kepada pengikut–pengikut-Nya:

“Biarlah kanak–kanak itu datang kepada–Ku. Jangan larang mereka, kerana orang seperti inilah yang menikmati Pemerintahan Allah

(Roma 2:5-6) juga menyatakan:

Kamu degil dan keras kepala. Oleh itu, kamu sendiri yang menjadikan hukuman kamu semakin berat pada hari Kiamat apabila Allah menyatakan kemurkaan-Nya dan menjatuhkan hukuman yang adil. Hal yang demikian itu adalah kerana Allah akan membalas setiap orang, setimpal dengan perbuatannya sendiri.

“Lihat! Bible pun turut membenarkan apa yang dikatakan oleh Al-Quran tadi”. Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Uncle, pihak Gereja menyatakan adanya dosa warisan, sedangkan Holy Bible pula menyatakan sebaliknya. Di antara kedua pendapat ini, (Gereja dan Holy Bible) mana satukah yang patut diikuti oleh orang–orang Kristian?”.

Setelah beliau mendengar hujah yang saya utarakan, dengan yakin Paderi itu menjawab: “Sebenarnya, yang dimaksudkan dengan “Original Sin’ (Dosa warisan) ialah kecenderungan untuk membuat dosa, bukannya dosa yang yang kita warisi dari Adam.

Setelah mendengar konsep ‘baru’ tentang dosa warisan itu, saya terus menyatakan lagi: ”Jikalau begitu apa gunanya Jesus disalib kalaulah semata–mata untuk menebus kecenderungan berbuat dosa, kerana semua manusia diberi hawa nafsu.”

Bahkan hingga sekarang ini pun, penganut Kristian yang meyakini dosa warisan mereka telah tertebus pun masih mempunyai kecenderungan membuat dosa.

Amat menakjubkan! Selain daripada akal yang waras, Bible mereka juga menolak idea dosa warisan ini.

Jadi, siapakah yang sebenarnya telah mencipta idea ini?

Tuesday, May 27, 2008

Dialog bersama paderi-Pengenalan

SIRI DIALOG BERSAMA PADERI - BENARKAH NABI ISA DISALIB -Pengenalan

Oleh: Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid

Penulis merupakan anak murid kepada Bro Ungku yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di Friendly Comparative Religion, saba’ islamic Media. Beliau juga pernah mengisi satu slot Kelas Peradaban Nabawi semester 1 06/07 di Surau Murni

BENARKAH NABI ISA DISALIB

BAB PERTAMA : DOSA WARISAN

BAB KEDUA : PENEBUSAN DOSA? (PENYALIBAN DAN KEBANGKITAN)

BAB KETIGA : TRINITI (ANAK TUHAN DAN KETUHANAN JESUS)

Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada satu kalimah (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”. (Surah Al-Imran 3: 64)

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang telah menjadikan Islam sebagai Agama yang benar, Selawat serta Salam buat Nabi Junjungan, Sayyidina Muhammad s.a.w, Ahli Al-Bait, Sahabat-sahabat Baginda serta pengikut Sunnah Baginda hingga ke hari Kiamat.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Dialah yang telah mengutuskan Rasulnya (dengan membawa) petunjuk (Al Quran) dan Agama yang benar (Islam) untuk dimenangkannya di atas segala agama, walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin. (Surah at Taubah 9: 33)

Di dalam arus kemodenan ini, gerakan Kristianisasi telah menggunakan bermacam-macam cara dalam menyalurkan akidah mereka kepada Umat Islam. Selain dari menterjemahkan Bibble mereka ke dalam 2000 bahasa yang berbeza ke seluruh dunia, mereka juga telah ‘menodai’ kesucian Al Quran dan Hadis milik pusaka umat Islam di dalam memesongkan akidah kita. Dan menjadi kewajipan kita untuk mempertahankan Agama Islam yang suci ini dari fitnah musuh-musuh Islam.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan orang-orang Yahudi serta orang-orang Nasrani (Kristian) tidak akan sekali-kali redha kepada engkau (Wahai Muhammad) sehinggalah engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah; “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sekiranya kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak akan menjadi pelindung dan penolong bagimu. (Surah Al Baqarah 2: 120)

Buku ini adalah buku kecil di antara jutaan buku-buku berbentuk ‘Comparative Religion’ dan ia diolah dengan cara yang ringkas sebagai titik awal untuk menarik minat pembaca dalam menghayati ilmu perbandingan agama ini. Saya amat mengalu-alukan teguran dari pihak pembaca sekalian demi usaha dakwah untuk mempertahankan kesucian akidah Islam yang dibawa oleh junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Jazakumullah...

Muqaddimah

Ketika minum petang bersama dengan guru Kristologi saya, Pak Engku, beliau telah menghulurkan kepada saya sebuah buku yang bertajuk, ‘Rahsia jalan yang lurus’. Buku yang bersaiz ‘booklet’ itu cukup menarik minat saya. Selain keceriaan gambar sebatang jalan lurus yang dipenuhi dengan pokok-pokok yang menghijau di sepanjang jalan itu, gaya bahasa penulis ketika menceritakan detik kematian manusia juga, amat menyentuh hati saya.

Buku yang dimulakan dengan kalimah Bismillah dan Assalamualaikum itu, dipenuhi juga dengan ayat-ayat suci Al Quran dan Hadis Nabi, sebagai perangsang supaya manusia mencari ‘Jalan keselamatan’ yang hakiki agar tetap selamat selepas mengalami kematian.

Namun, setelah membelek halaman demi halaman berikutnya, saya amat terkejut apabila ‘Jalan Keselamatan’ yang dinyatakan itu, amat bertentangan dengan ajaran Islam.

Dan akhirnya, barulah saya menyedari, rupa-rupanya buku yang ‘berwajah Islam’ itu adalah hasil tulisan seorang Paderi Kristian !

Di atas dorongan serta semangat yang diberikan oleh Pak Engku supaya menjawab fitnah-fitnah Kristian tersebut, maka melalui buku kecil ini, saya berusaha untuk menjelaskan kepada umat Islam yang terpengaruh dengan ajaran ‘Jalan Keselamatan’ , tadi agar meneliti kembali ‘Jalan Keselamatan’ yang telah mereka yakini dan seterusnya kembali kepada Islam.

COMPARATIVE RELIGION

1. WHAT IS COMPARATIVE RELIGION?

· It is the comparison of two or more religions or deens (ways of life).

· The religions are compared in all aspects, e.g. origins, doctrines, concepts (of God, man, life, death, sin, forgiveness etc.), ways of worship, authenticity of scripture, moral teachings and so on.

2. WHY STUDY COMPARATIVE RELIGION?

· It helps in the evaluation of truth. A person who has read only one novel may think it is the best novel in the world, or that novels are all uninteresting, whereas a person who has read ten novels is in a position to know that some novels are better than others and choose which he thinks is the best based on certain criteria or reasons. He makes an informed and rational choice based on knowledge. Applied to knowledge of religion, it means that a person's faith is strengthened by the knowledge of why he believes it in preference to other religions.

· It is thus a very effective tool of hikmah (wisdom) in da`wah, (Qur'an 16:125). The person who has knowledge of other religions as well as his own is able to conduct meaningful dialogue with non-Muslims. Since he knows the other person's religion well, he does not face embarrassment due to ignorance. On the contrary, he can quote from the other person's scriptures and discuss the other person's beliefs and thereby help the non-Muslim to a better understanding or a new perspective on his beliefs. In some cases this may lead to his ultimate acceptance of Islam.

· It helps one to understand other people's ways of life, and the differing opinions even within other religions (e.g. the different branches of Christianity, Buddhism etc.) and thereby leads to mutual respect and peaceful co-existence.

· It leads to better understanding of Islamic teachings about Ahl al-Kitab and others in the Qur'an and Hadith.

Note: Quotations from other scriptures (such as the Bible) to provide evidence that is acceptable to non-Muslims. A Christian believes his Bible to be “the whole truth and nothing but the truth”, so it is one of the best sources of evidence for or against his beliefs. Quoting is therefore for the establishment of proof (“iqaamatul hujjah”). Many great Muslim scholars of the past and present (such as Ibn Taymiyyah, Imam Hamid Al-Ghazzali, Ibn Hazm, Isma’il Faruqi, Jamal Badawi, etc.) have therefore quoted extensively from the Bible (and other religious texts) when defending their arguments.

For a Muslim, the Qur’an and Sunnah are the highest authority and source of truth and guidance. It is therefore not permissible for the Muslim to seek guidance from any other scripture. This is clear from the following hadith:

Jabir bin Abdullah narrated that Umar bin Al-Khattab brought to Allah’s Messenger (r) a copy of the Torah (Jewish Scripture) and said, “Allah’s Messenger, this is a copy of the Torah.” He (r) kept quite and he (Umar) began to read it. The (colour) of the face of Allah’s Messenger (r) underwent a change; whereupon Abu Bakr said “Would that your mother mourn you, don’t you see the face of Allah’s Messenger?” Umar saw the face of Allah’s Messenger and said, “I seek refuge with Allah from the wrath of Allah and the wrath of His Messenger. We are well pleased with Allah as Lord, with Islam as religion, and with Muhammad (r) as Prophet.” Whereupon Allah’s Messenger (r) said, “By Him in Whose Hand is the life of Muhammad, even if Moses were to appear before you and you were to follow him, leaving me aside, you would certainly stray into error. If (Moses) were alive (now), and he found my prophethood, he would have definitely followed me.” (Tirmidhi, 194; Darimi and Mishkat, 1/20)

Islam takutkan tuhan sedangkan kristian menyayangi tuhan.

Soalan

Kenapa perlu memeluk Islam di mana pengikutnya takutkan Allah sedangkan dalam agama kristian, penganutnya menyayangi Tuhan

Jawapan
Oleh Bro Jacknaim.

Di dalam agama Islam, maksud takutkan Allah termasuklah perasaan sentiasa sedar akan kasih Allah sehinggakan kita menjadi risau untuk melakukan kesilapan yang boleh mengundang kemurkaan Allah seperti mencuri, berzina dan sebagainya. Hal ini sebenarnya akan lebih membantu seseorang muslim untuk mematuhi arahan dan perintah Allah. Sebagai contohnya, sekiranya ada guru sekolah yang garang sehingga selalu mendenda kita atas sesuatu kesalahan, sudah semestinya kita akan berhenti melakukan kesalahan tersebut. Hakikatnya, guru itu tetap akan mengambil tahu pasal kita dan mengambil berat masalah kita.

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang [1:1]

Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih[85:14]

Di dalam Bible sendiri turut menerangkan tentang konsep ‘takutkan’ Tuhan Cuma mungkin saudara kristian kita ini tidak menyedarinya. Oleh sebab itu, anda tidak sepatutnya disalahkan dalam hal ini. Sekarang mari kita tengok konsep ‘takutkan’ tuhan ini dalam Bible

The fear of the LORD is the beginning of knowledge, but fools despise wisdom and instruction. [proverbs 1:7]

The fear of the LORD is the beginning of wisdom; all who follow his precepts have good understanding. To him belongs eternal praise.[ Psalms 110:11]

His mercy extends to those who fear him, from generation to generation. [Luke 1:50]

Bahkan, Jesus sendiri manyatakan rasa takutnya terhadap TUHAN YANG ESA maka sewajarnya penganut agama kristian turut merasa takut terhadap TUHAN.

During the days of Jesus’ life on earth, he offered up prayers and petitions with fervent cries and tears to the one who could save him from death, and he was heard because of his reverent submission. [Hebrew 5:7]

Monday, May 26, 2008

Quran adalah hasil kerja yang diturunkan oleh syaitan??

By Bro Muhamad Na’im.

Isu yang dibangkitkan ini sememangnya sering dijadikan lontaran peluru oleh segelintir golongan anti islam yang mengatakan bahawa Al-Quran itu ditulis oleh syaitan. Bagi menjawab persoalan ini, kita biarkan AL-Quran berbicara lalu kita buatlah konklusi kita sendiri mengenainya.

Persoalan pertama yang perlu dibangkitkan ialah, sekiranya syaitan lah yang menulis Al-Quran maka apa perlunya dia menyumpah dirinya sendiri sambil mengishtiharkan dirinya sebagai musuh manusia? Apa bodohkah dia?

Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala[35:6]

Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu",[36:60]

Hujah kedua yang membuktikan Al-Quran tidak ditulis oleh syaitan ialah firman Allah yang meminta hambanya berlindung dengannya dari kejahatan syaitan yang dilaknat tatkala ingin membaca kitab suci itu.

Apabila kamu membaca Al Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.[16:98]

Hujah ketiga ialah berdasarkan fikiran lojik. Sekiranya anda adalah penyamun yang gemar menyamun dan merompak, maka adakah anda akan mengajar sahabat anda supaya berbuat baik dan menangkap penyamun. Maka begitu halnya lah juga dengan syaitan. Telah diketahui bahawa dia adalah penghuni neraka, maka adakah dia ingin menyeru manusia supaya memasuki syurga atau mengikutnya bersama ke dalam neraka.

Maha suci Allah yang telah menurunkan Al Furqaan (Al Quran) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam[25:1]

Dan ingatlah, sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan oleh Allah S.W.T untuk menjadi petunjuk bagi seluruh alam dan sebagai panduan untuk kita jalani kehidupan seharian.

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya[15:9]

Tidaklah mungkin Al Quran ini dibuat oleh selain Allah; akan tetapi (Al Quran itu) membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya dan menjelaskan hukum-hukum yang telah ditetapkannyatidak ada keraguan di dalamnya, (diturunkan) dari Tuhan semesta alam.[37:10]

Friday, May 23, 2008

kesilapan dalam BERCAKAP

Diambil daripada
Bro Edwan Hamidi
Friendly Comparative Religion
Dari page 'Friendly Comparative Religion Yahoo Group'


ASSALAMU'ALAIKUM waramatuhllahi wabarakahtuh. ..
Worth reading.....

Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan Keluarga yang bukan Islam. Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah.

Bila kaum Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar, anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita....

"Uncle sebelah buat apa tu Abah?"

Dan secara amnya, kita akan menjawab.....

"dia org tgh sembahyang atau tengah sembah tuhan dia"

jawaban itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik....

Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita.. "tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH" tetapi apabila kita memberikan jawaban ... "dia tengah sembah tuhan dia"

kita menggambarkan pada anak kitra bahawa ada tuhan yang lain dari ALLAH, kita memberi gambaran ada anak kita, bahawa, kaum Cina punya satu tuhan,India satu tuhan, Kristian satu tuhan...dan cara mereka menyembah tuhan mereka lain dr kita.

Sedangkan kita mengucap kalimah kita "tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH" Jadi mana datangnya konsep atau pengertian " dia sedang sembah tuhan dia" Sekiranya jawaban ini diteruskan.. ...maka anak kita akan terus keliru dengan konsep dan prinsip syahadah kita " tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"

Jawaban yang sebenarnya, " Anak, pertamanya perlu faham, tuhan kita dengan tuhan uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah tuhan itu salah"

Jangan ambil mudah jawaban yang diberikan kepada anak, kerana jawaban yang salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan kelirukan mereka.

Sekadar mengamalkan "sampai dan menyampaikan" .Sekiranya apa yang disampaikan di sini atas kelemahan diri sendiri danyang baik datang dari ALLAH. Apa yang disampaikan di sini ialah pemahaman sendiri ,sekiranya ada pihak yang mempunyai idea dan jawapan yang lebih baik.....

Jika sekiranya ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada yang lain.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW:

"Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat"

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara
yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

soal jawab Al Quran..

Diambil daripada blog Bro Edwan
Friendly Comparative Religion
http://edwanhamidi.blogs.friendster.com/my_blog/2007/04/soal_jawab_al_q.html
***************************************************************************************

BISMILLAHIR Rahmaanir Raheem..

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Wednesday, May 14, 2008

Peguam Syarie Menulis: Ambil iktibar kes Siti Fatimah Tan keluar Islam

Oleh Zainul Rijal Abu Bakar

Berita Harian
Rabu, 14 Mei 2008 | 8 Jamadilawal 1429

JUMAAT lalu akhbar melaporkan seorang mualaf bernama Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Ean Huang, 39, diisytiharkan sebagai keluar Islam kerana tidak mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk Islam. Mahkamah Syariah memerintahkan sijil pemelukan Islam Siti Fatimah dibatalkan.

Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang mestilah dihormati semua pihak kerana ia dikeluarkan oleh mahkamah yang sah dan mempunyai bidang kuasa mengeluarkannya. Jika ada pihak tidak berpuas-hati dengan keputusan itu, hendaklah membuat tindakan menurut undang-undang seperti rayuan ataupun semakan.

Selagi keputusan itu tidak diketepikan oleh mahkamah lebih tinggi, ia adalah keputusan yang sah dan berkuat kuasa.


Berbeza dengan apa yang dilaporkan, sebenarnya perbicaraan permohonan keluar Islam itu bukan perbicaraan pertama membabitkan orang masih hidup. Sudah ada perbicaraan dan keputusan diberikan di negeri lain tetapi tidak mendapat publisiti meluas seperti kes Siti Fatimah Tan.

Apa yang ingin ditekankan di ruangan ini bukanlah mempertikaikan keputusan mahkamah tetapi ialah kekesalan hakim berkenaan kerana suami Siti Fatimah Tan dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) gagal membimbing serta menjaga kebajikan Siti Fatimah Tan sehingga mendorong beliau meninggalkan Islam.

Malah hakim berkenaan dilaporkan berkata, MAIPP tidak menunjukkan minat terhadap kes itu dengan tidak hadir pada prosiding awal walaupun saman sudah diserahkan kepada mereka. Maipp dikatakan hanya mengemukakan hujah pembelaan di hujung perbicaraan saja.



Kekesalan ini mempunyai asas yang kuat. Ia menggambarkan orang Islam dan Majlis Agama seolah-olah tidak membimbing saudara baru serta prihatin atas kebajikan mereka. Majlis Agama setiap negeri bertanggungjawab terhadap kehidupan sosial, ekonomi dan kebajikan orang Islam.

Majlis Agama perlu bertindak bagi menjaga kebajikan orang Islam tanpa mengira mereka itu lahir Islam ataupun baru memeluk Islam. Majlis Agama bukanlah satu badan untuk bermegah-megah kerana amanah yang dipikul bagi menjaga nama agama adalah terlalu berat.

Jawatan dalam Majlis Agama bukanlah untuk direbutkan tetapi tanggungjawab perlu dilaksanakan. Penulis mengakui tidak mengetahui apakah sebabnya Maipp begitu lewat menyertai perbicaraan yang dijalankan itu. Adalah tidak masuk akal jika Maipp tidak mengetahui prosiding kes sedangkan saman sudah diserahkan dan kes berkenaan mendapat publisiti meluas.

Majlis Agama di negeri lain seperti Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIDAMP) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) juga banyak menerima saman berhubung permohonan keluar Islam tetapi mereka amat profesional dan bekerjasama dengan Mahkamah Syariah.

Oleh demikian mahkamah dapat mengeluarkan keputusan yang adil dan tepat menurut hukum syarak. Ambillah iktibar dan pengalaman dari negeri lain dalam menangani isu keluar Islam ini.

Disamping itu juga, di mana pula suami Siti Fatimah Tan? Adakah sebarang usaha menjejaki beliau walaupun di Iran (negara asal beliau). Bagaimana pula status perkahwinan mereka?

Penulis kecewa dengan sikap orang Islam berkahwin dengan mualaf tetapi tidak membimbing mualaf itu mengikut lunas Islam. Malah, ada juga dalam beberapa kes, pasangan mualaf itu lebih mengamalkan Islam berbanding pasangan yang lahir Islam.

Orang Islam sendiri gagal menjadi contoh yang baik kepada mualaf dan orang bukan Islam bahawa mereka adalah teladan yang baik perlu diikuti. Inilah kelemahan orang Islam. Kita mesti mengakui hakikat ini dan hendaklah memperbaikinya dengan segera.

Penulis mengesyorkan satu undang-undang dibuat supaya orang Islam yang mendorong secara langsung atau tidak langsung kepada mualaf untuk keluar daripada Islam hendaklah didakwa di Mahkamah Syariah dan boleh dihukum.

Ini bagi menjadi pengajaran kepada orang Islam dan mengelakkan tohmahan orang bukan Islam yang mengatakan kita hanya ingin menghukum orang bukan Islam atau orang yang ingin meninggalkan Islam saja. Dengan cara kita menghukum orang Islam terlebih dulu kritikan berat sebelah dan sebagainya akan dapat dikurangkan.

Peranan Majlis Agama Islam juga penting, bukan sekadar mengeluarkan sijil perakuan memeluk Islam saja, malah aspek pengajaran, kebajikan dan kepentingan mualaf juga perlu dititikberatkan. Sudah sampai masanya satu kaedah pendaftaran, pengajaran, penjagaan dan kebajikan mualaf digubal bagi membantu mualaf dalam kehidupan seharian mereka. Jangan hanya tatkala mereka mengucap dua kalimah syahadah saja mualaf diraikan, hari seterusnya mereka ditinggalkan terkapai-kapai memahami ajaran Islam.

Begitu juga halnya dengan wang zakat. Sebagaimana kita tahu, mualaf adalah salah satu daripada lapan golongan asnaf yang layak menerima zakat. Oleh demikian, gunakanlah wang bagi asnaf ini untuk membantu mualaf dalam kehidupan mereka.

Walaupun mualaf ini terdiri daripada golongan berada, mereka juga sebenarnya layak menerima zakat. Dengan cara ini mereka berasa dihargai oleh saudara seagama. Begitu juga tafsiran mualaf, tidak perlu disempitkan semata-mata kepada orang yang sudah memeluk Islam saja.

Mualaf bererti seorang yang berjinak-jinak dengan agama Islam. Oleh itu, orang yang masih belum Islam tetapi hatinya sudah hampir dengan Islam pun boleh menerima peruntukan zakat. Namun cara dan pendekatannya mungkin sedikit berbeza.

Kita mungkin tidak perlu memberikan wang kepada golongan ini tetapi cukuplah dengan membuat program untuk membuka hati mereka menerima Islam sebagai suatu cara hidup. Dana untuk program ini bolehlah diambil daripada hak asnaf ini.

Dalam masyarakat agak kompleks dewasa ini dan kemajuan yang begitu pesat, kaedah serta cara berdakwah juga perlu disesuaikan dengan peredaran masa. Kaedah yang ketinggalan zaman hendaklah diganti dengan kaedah baru yang digarap sesuai golongan sasar. Dengan cara ini saja dakwah Islam akan berjaya dilaksanakan.

Berbalik kepada kes Siti Fatimah Tan, setiap pihak khususnya Majlis Agama Islam Pulau Pinang perlu mengambil pengajaran daripada keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang. Perbaikilah segala kelemahan supaya insiden sama tidak berulang. Jangan kita hanya menumpukan kepada jawatan saja tanpa memenuhi tuntutan jawatan itu.

Perubahan kaedah dan cara dakwah juga perlu dilakukan serta merta. Penulis yakin ada banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di luar sana yang sanggup membantu Majlis Agama Islam menegakkan syiar Islam serta dakwah kepada orang bukan Islam serta di kalangan orang Islam. Sama-samalah kita berganding bahu demi untuk memartabatkan Islam di bumi bertuah bernama Malaysia.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

ISLAM UNTUK SEMUA DAN INDAHNYA ISLAM DENGAN DAKWAH

Erti Hidup Dengan Memberi, Erti Bijaksana Dengan Hikmah