Thursday, July 17, 2008

Misconception-Islam tindas wanita

Alhamdulillah sewaktu program Minggu Penghayatan Islam hari tu, aku sempat berbual bersama seorang Dr non Muslim perempuan sewaktu bertanyakan soalan survey berkenaan salah faham terhadap islam. Yang menarik ialah apabila isu Islam menindas wanita dibincangkan.

Jacknaim : Dr setuju ke yang Islam menindas wanita?

Dr : Memang saya setuju sangat. Islam menindas wanita.

Jacknaim : Boleh saya tahu menindas dari segi apa?

Dr : Ye lah, Perempuan kena pakai tudung dan pakai baju sampai tutup semua kecuali muka dengan tangan je. Mestilah menyekat kebebasan wanita. Kenapa tak suruh lelaki je jangan tengok perempuan tu dan kawal nafsu?

Jacknaim : Selain daripada tu ada lagi tak?

Dr : Ada, kenapa ketika waktu sembahyang, mesti perempuan kena duduk belakang lelaki dan tak boleh jadi imam.

Jacknaim : Sebelum saya jawab soalan Dr. Ada lagi ke yang Dr tak puas hati pasal Islam?

Dr : Kenapa islam suka asingkan lelaki dan perempuan. Masa saya dan husband pergi kenduri, kami kena duduk asing-asing.

Jacknaim : Baiklah, untuk soalan pertama. Benar Islam menyuruh wanita menutup aurat. Ini dijelaskan dalam surah An Nur ayat 31 yang menyuruh wanita menutup aurat. Tapi, ia bukan untuk wanita sahaja. Seperti yang doktor katakan tadi, kenapa tak suruh lelaki je yang tahan nafsu. Sebelum ayat yang memerintahkan perempuan tutup aurat iaitu dalam surah An Nur juga, ayat 30. Allah perintahkan kepada lelaki beriman supaya menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Maknanya mereka dilarang memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga kena tahan diri mereka dari berfikir tentang maksiat.

Dr : Oh ok.

Jacknaim : Untuk soalan kedua, masa sembahyang, bukan kami diskriminasi wanita. Wanita boleh jadi imam, tapi untuk kaum wanita sahaja. Tak boleh jadi imam atau duduk depan lelaki. Sebab nya masa sembahyang, kita ada gerakan tertentu seperti Rukuk dan Sujud. Bayangkan kalau lelaki duduk belakang, agak-agak doktor kan, mereka akan sembahyang dengan baik atau mereka akan lihat punggung perempuan tu? Mesti tak jadi punya sembahyang sebab lelaki ni memang dah sifat dia macam tu.

Dr : Oh macam tu ke.

Jacknaim : Untuk terakhir tu, pisahkan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim je. Kalau dah kawin, boleh duduk bersama-sama. Mungkin kat rumah sahabat Dr tu, dia tak faham kot.

Dr : Oh boleh ke. Saya ingat memang tak boleh.

No comments:

ISLAM UNTUK SEMUA DAN INDAHNYA ISLAM DENGAN DAKWAH

Erti Hidup Dengan Memberi, Erti Bijaksana Dengan Hikmah