Bolehkah mereka yang bukan Islam memasuki masjid? Pada 8 Ramadhan 1428 (semalam), Institusi Usrah telah menjalankan aktiviti Iftar Perdana 07/08 di surau al-Hidayah. Antara objektif utama program tersebut adalah untuk memperkenalkan kepada kawan-kawan beragama lain tentang Islam dan kehidupan umat Islam dibulan Ramadhan dengan mengajak mereka berbuka bersama. Selain menjamu saudara-saudara seagama dengan santapan jasmani dan rohani. Walaupun jumlah rakan-rakan beragama lain yang hadir pada tahun ini tidak serancak tahun lepas, namun segala puji bagi Allah Subhana wa Ta’ala kerana acara tersebut berjalan dengan lancar. Selepas berbuka puasa, lazimnya kami akan mengajak kawan-kawan agama lain untuk melihat dan menerangkan bagaimana umat Islam melaksanakan solat dan ini memerlukan mereka untuk masuk ke dalam surau. Saya masih terdengar ada yang keliru apakah bukan Islam boleh memasuki masjid atau tidak. Maka saya menulis risalah ringkas ini untuk menjelaskan hukum bukan Islam memasuki masjid. Ini bukanlah saya pandai-pandai buat hukum, tetapi persoalan ini sudah saya pelajari kupasannya ketika mempelajari kitab Bulugh al-Maram dengan ustaz Abdullah Othman al-Iraqi (beliau syarahkan menggunakan kitab Subul as-Salam) tentang hal bukan Islam memasuki masjid.
DIHARAMKAN MEMBENARKAN BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJIDIL HARAM.
Diharamkan bagi orang Islam membenarkan bukan Islam untuk memasuki MasjidIL Haram dan tanah Haram disekelilingnya. Ini berdalilkan firman Allah Subhana wa Ta’ala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ
يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا وَإِنْ
خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللّهُ مِن فَضْلِهِ إِن شَاء
إِنَّ اللّهَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjidilharam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. [at-Taubah 9:28]
Namun yang demikian, berkenaan dengan masjid lain, sesetengah fuqaha berkata adalah diharuskan (orang kafir memasuki masjid) kerana tidak ada petunjuk yg jelas yg mengatakan ia tidak dibenarkan. Dan selainnya tidak diharuskan kerana mengqiyaskan masjidil haram. [Fatwa Al-Lajnah Daimah, jld.6, ms.276]
DALIL MEMBOLEHKAN BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID SELAIN MASJIDIL HARAM
Imam al-Bukhari di dalam kitab Sahih al-Bukhari telah meletakkan satu bab bertajuk Orang Musyrik Masuk ke Dalam Masjid (دخول المشرك المسجد). Hadis yang diletakkan di bawah bab tersebut adalah hadis yang terkenal dan lazim dijadikan dalil untuk menyokong hujah bahawa bukan Islam boleh memasuki masjid. Diriwayatkan dari Sa’id bin Abi Sa’id bahawasanya ia mendengar Abu Hurairah berkata:
بعث رسول الله صلى الله عليه وسلم خيلا قبل نجد، فجاءت برجل من بني حنيفة، يقال له ثمامة بن أثال، فربطوه بسارية من سواري المسجد.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengutus pasukan berkuda ke arah
Al-Hafizh Ibn Hajar al-Asqalani ketika mensyarahkan hadis di atas berkata:
وَفِي دُخُولِ الْمُشْرِكِ الْمَسْجِد مَذَاهِب : فَعَنْ الْحَنَفِيَّةِ الْجَوَازُ مُطْلَقًا ، وَعَنْ الْمَالِكِيَّةِ وَالْمُزَنِيِّ الْمَنْع مُطْلَقًا ، وَعَنْ الشَّافِعِيَّةِ التَّفْصِيلُ بَيْنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَام وَغَيْره لِلْآيَةِ . وَقِيلَ : يُؤْذَنُ لِلْكِتَابِيِّ خَاصَّةً ، وَحَدِيث الْبَابِ يَرُدُّ عَلَيْهِ ، فَإِنَّ ثُمَامَة لَيْسَ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ .
Lalu ada pula pendapat yang khusus membolehkan bagi ahli kitab. Namun hadis dalam bab ini menolak pendapat tersebut, kerana Tsumamah bukan ahli kitab. [Fath al-bari Syarh Sahih al-Bukhari, Pustaka Azam, jld. 3 ms. 237]
Hadis penuh yang menceritakan kisah Tsumamah bin Utsaal yang diikat di tiang masjid itu boleh dilihat di dalam bab Mandi Apabila Masuk Islam, Mengikat Tawanan di Masjid (الاغتسال إذا أسلم، وربط الأسير أيضا في المسجد) juga di dalam kitab Sahih al-Bukhari. Dari Sa’id bin Abu Sa’id, dia mendengar Abu Hurairah berkata:
بعث النبي صلى الله عليه وسلم خيلا قبل نجد، فجاءت برجل من بني حنيفة، يقال له ثمامة بن أثال، فربطوه بسارية من سواري المسجد، فخرج إليه النبي صلى الله عليه وسلم فقال: (أطلقوا ثمامة). فانطلق إلى نخل قريب من المسجد، فاغتسل ثم دخل المسجد، فقال: أشهد أن لا إله إلا الله، وأن محمدا رسول الله.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengutus pasukan berkuda ke arah
Kalau dilihat di dalam hadis diatas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pun menegur tindakan para Sahabat yang mengikat Tsumamah Ibn Utsaal, yang ketika itu seorang musyrik di salah sebuah tiang di dalam masjid. Sekiranya membawa bukan Islam ke dalam masjid adalah satu kesalahan, tentu sekali Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam akan menegur para Sahabat menjelaskan yang perbuatan membawa bukan Islam ke dalam masjid adalah salah. Namun dapat kita lihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menegur membuktikan tindakan membawa masuk bukan Islam ke masjid adalah dibenarkan.
KESIMPULAN
Berkata Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Ibn ‘Abdullah Ibn Baaz:
لا حرج في دخول الكافر المسجد إذا كان لغرض شرعي وأمر مباح ، كأن يسمع الموعظة ، أو يشرب الماء ، و نحو ذلك ، لأن النبي صلى الله عليه وسلم أنزل بعض الوفود الكافرة في مسجده صلى الله عليه وسلم ، ليشاهدوا المصلين ويسمعوا قراءته صلى الله عليه وسلم وخطبه ، ، وليدعوهم إلى الله من قريب ، ولأنه صلى الله عليه وسلم ربط ثمامة بن أثال الحنفي في المسجد لما أتي به إليه أسيراً فهداه الله وأسلم
Tidak ada salahnya bukan Islam memasuki masjid jika ia adalah kerana tujuan syar'i atau sebab-sebab yang diharuskan, seperti mendengar ajaran-ajaran atau untuk minum air dan sebagainya. Ini kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membenarkan sebahagian delegasi bukan Islam tinggal di dalam masjid, supaya mereka boleh melihat orang bersolat dan mendengar bacaan al-Quran dan khutbah baginda shallallahu 'alaihi wasallam, agar mereka dapat diseru kepada Allah dari jarak lebih hampir. Dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengikat Tsumamah Ibn Utsaal al-Hanafi di dalam masjid ketika dibawa sebagai tawanan perang, dan Allah memberinya petunjuk dan dia akhirnya memeluk Islam. [Fatawa wa Maqalaat Mutanawwi’ah li Samahat al-Syaikh al-‘Allamah ‘Abd al-‘Aziz ibn ‘Abdullah ibn Baaz (rahimahullah), jld. 8, ms.356]
Moga kupasan serba ringkas ini mempunyai manfaat kepada para pembaca, membuka minda bagi yang tidak mengetahui tentang hal ini dan memperbanyakkan usaha menjadikan masjid sebagai salah satu
No comments:
Post a Comment