Friday, August 22, 2008

KENAPA BABI DIHARAMKAN?

Bagi orang islam, jawapannya cukup mudah. Mengapa babi diharamkan? Sebabnya ialah kerana

Allah yang mengharamkannya dalam Al Quran. Rujuk 2:173, 5:3, 6:145, dan 16:115.

$yJ¯RÎ) tP§ym ãNà6øn=tæ sptGøŠyJø9$# tP¤$!$#ur zNóss9ur ̓ÌYÏø9$# !$tBur ¨@Ïdé& ¾ÏmÎ/ ÎŽötóÏ9 «!$# ( Ç`yJsù §äÜôÊ$# uŽöxî 8ø$t/ Ÿwur 7Š$tã Ixsù zNøOÎ) Ïmøn=tã 4 ¨bÎ) ©!$# Öqàÿxî íOŠÏm§ ÇÊÐÌÈ

Sesungguhnya Allah Hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, Maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.[2:173]

Hujah Sains mengenai Pengharaman Babi

1) Alex Fano, pengarang sebuah buku terkenal Lethal Laws - Animal Testing, Human Health and Environmental Policy dan Pengarah Medical Research Modernisation Committee mengesahkan dalam buku tersebut bahawa, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya atau mutations, daripada semasa ke semasa.

2) Dr. Glen Shepard berkata dalam Washington Post bertarikh 31 Mei 1952 bahawa terdapat cacing Trichina trichinosis dalam babi yang boleh menyebabkan penyakit Tichinosis. Lanjutan daripada itu, kajian di Amerika juga mendapati bahawa 22 orang daripada 24 yang menghidap Trichinosis makan babi yang dimasak dengan sempurna. Ini menunjukkan bahawa ova dalam babi tidak mati bila dimasak.[USDA Leaflet 34, page 8]

3) Adanya cacing Taenia Solium yang mengembara ke seluruh salur darah untuk melengkapkan kitar hidupnya. Cacing ini melengkapkan kitar hidupnya pada vital organ seperti otak, mata, jantung, paru-paru, daging dan hati. Rizvi dalam booklet nya mengenai babi, mukasurat 30 menyetakan bahawa In Short, the pig, the supreme germ carrier, is the cause of many serious and fatal disease, among them dysentry, trichinosis, jaundice, pneumonia and thyphoid

4) Parasit lain yang terapat dalam daging babi termasuklah Faciolopis buski, Paragonimus sp, Clonorchis senesis dan Erysipelothrix rhnsiphathiae.

5) Dr. O.S Parret dalam booklet nya Diseases Of Food Animal,mengatakan bahawa daging babi lebih sukar untuk dihadam. Ini bermakna, nilai biologikalnya ialah rendah. Begitu juga dengan anjing dan kucing.

6) Ramai yang mengatakan bahawa Babi mengandungi Polyunsaturated fatty acids,jadi ianya selamat untuk dimakan. Walaubagaimanapun, asid lemak ini terletak pada kedudukan 1 dan 3 TG molekul. Jadi ia tidak boleh dihidrolisis oleh enzim phospholipase. Jadi ia akan diserap sebagai lemak babi selepas diemulsi dan akan terenap dalam badan manusia.

Hujah Agama lain mengenai pengharaman babi

1) Babi juga diharamkan dalam Bible merujuk kepada ayat-ayat berikut ; Leviticus 11:7-8, Deutronomy 14:8, Isaiah 65:2-5.

2) Dalam Matthew 8:28-32, dinyatakan bahawa syaitan telah dihantar ke dalam khinzir.

3) Rev. C. L. Vories dalam pampletnya yang bertajuk The Hog. Mukasurat 26 menyatakan bahawa The Bible so clearly and definetely forbids the eating of pork that all who love the word of God would follow its teaching can have no question at all as to whether or not they should abstain from feasting on unclean creature.

Lain-lain hujah

1) Babi merupakan binatang yang paling kotor di atas muka bumi ini. Pada zaman dahulu, sewaktu tandas moden belum dicipta, manusia akan memelihara babi di bawah rumah mereka untuk memakan najis buangan. Ramai yang mengatakan bahawa babi yang diternak pada zaman moden seperti di Australia adalah sangat bersih. Akan tetapi, walaupun dipelihara dalam kandang moden dan canggih, mereka akan memakan najis sendiri.

2) Babi merupakan binatang paling memalukan atas bumi ini. Setelah babi jantan mengawan dengan babi betina, ia akan membantu babi-babi jantan lain untuk mengawan dengan pasangannya. Di Suatu daerah di Amerika yang mana penduduknya sangat gilakan daging babi, didapati ada perangai babi ini pada mereka. Mereka gemar bertukar pasangan dan malahan ada lelaki yang mengajak rakan-rakannya yang lain untuk sama-sama melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya.

Saturday, July 26, 2008

Injil=Bible? (Bahagian 2)

PADA bahagian pertama, kita telahpun jelas tentang apakah sebenarnya Injil dan Bible. Sekarang, bolehlah kita mengenali sedikit sebanyak senarai kitab dalam Bible bagi umat Kristian dan juga umat Yahudi kerana kedua-dua golongan ini beriman dengan Bible.

Adalah lebih baik untuk kita mulakan dengan Bible Ibrani umat Yahudi terlebih dahulu kerana kitab-kitab tersebut adalah milik mereka pada asalnya (sebelum diiktiraf sebagai OT oleh Kristianiti). Pada pendapat penulis sendiri, kita semua pasti telah mengetahui bahawa kitab yang diwahyukan kepada nabi Musa a.s. adalah kitab Taurat dan nabi Musa a.s. merupakan nabi yang teragung bagi umat Yahudi.

Penulis pernah terbaca satu artikel dalam laman web anti Islam seperti www.answering-islam.org yang menempelak al-Qur'an sebagai kitab yang ignorant (sebenarnya mereka merujuk kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w. sendiri sebab pada pandangan mereka bagindalah yang menulis al-Qur'an).

Mereka memaparkan kesemua ayat-ayat al-Qur'an yang menceritakan kitab Taurat dan Injil berserta hubungkaitnya dengan kaum Yahudi dan Kristian. Seolah-olah al-Qur'an tidak mengetahui bahawa kaum Yahudi dan Kristian sebenarnya beriman dengan Bible yakni himpunan kitab-kitab para nabi dan bukannya Taurat (bagi Yahudi) dan Injil (bagi Kristian) sahaja. Sebagai contoh, mereka menunjukkan ayat ini:

Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu berani mempertengkarkan tentang (agama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal? (Aali Imran:65)

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi tentang apakah yang dimaksudkan dengan Taurat itu mengikut persepsi Islam dan Yahudi, marilah kita merenung ayat al-Qur'an ini:

Bandingan orang-orang (Yahudi) yang dipertanggungjawabkan Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab itu, maka samalah seperti keldai yang memikul bendela kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang zalim. (al-Jum'ah:5)

Dalam ayat di atas, Allah s.w.t. menempelak kaum Yahudi yang dipertanggungjawabkan dengan kitab Taurat tetapi tidak amanah dalam memikul tanggung jawab itu. Mereka diumpamakan oleh Allah s.w.t. laksana himar atau keldai yang tiada akal yang hanya tahu memikul bebanan berupa kitab-kitab besar tanpa mengetahui apa-apapun di sebalik tugasan atau tanggung jawab yang diberikan.

Suatu yang menarik yang dapat kita kenal pasti dalam ayat di atas ialah perumpamaan yang dibuat Allah s.w.t. terhadap umat Yahudi dan tanggung jawab mereka untuk kitab Taurat sebagai keldai yang memikul bendela kitab-kitab besar. Jika Yahudi yang tidak amanah itu adalah keldai, maka kitab Taurat yang dipertanggungjawabkan tersebut pula ialah bendela kitab-kitab besar. Beginilah secara ringkasnya yang dapat disimpulkan.

Baiklah, sekarang marilah kita mengenali dengan lebih dekat lagi tentang apakah sebenarnya Taurat di sisi umat Yahudi. Bagi umat Yahudi, "Torah" (Taurat) dalam bahasa Ibrani secara literalisnya bererti Hukum-Hakam atau Undang-Undang (The Law) dan juga Pengajaran. Ia meliputi kesemua kompendium kitab suci umat Yahudi sama ada yang bertulis atau yang lisan dan bukanlah semata-mata merujuk kepada kitab Taurat yang dinuzulkan kepada Musa a.s. di Gunung Sinai sahaja.

Terdapat dua jenis Taurat dalam ajaran Yahudi iaitu Torah She Bi Khtav (Taurat Bertulis/Written Law) dan Torah She Be 'Al Peh (Taurat Lisan/Oral Law).

Torah She Bi Khtav inilah yang dipanggil Bible Ibrani dan juga Perjanjian Lama (OT) oleh Kristianiti. Bagaimanapun, lazimnya umat Yahudi mengenalinya dengan nama TaNa''KH iaitu akronim bagi tiga bahagian utama Bible ini-Torah, Nevi'im dan Ketuvim. Tradisi Yahudi mengatakan bahawa kitab-kitab yang sebanyak 24 buah ini telah dikumpulkan sekitar tahun 450 SM lagi oleh Anshei Knesset HaGedolah (Para Tua Muktamar Agung) yang dipimpin oleh Rabbi Yokhanan ben Zakkai.

Bahagian pertama ialah Torah proper (Taurat yang kita percaya sebagai kitab yang dinuzulkan kepada nabi Musa a.s.). Dalam kalangan Yahudi, ia dipanggil Torah le Moshei Rabbeinu Mi Sinai (Taurat untuk Musa Mahaguru Kita dari Sinai), Torah HaKhumash (Taurat yang Lima) ataupun Khamishei Khumshei Torah (Lima [Kitab] dari Lima yang Pertama Taurat). Secara ringkasnya, ia digelar sebagai HaKhumash (Yang Lima) atau Sefer Torah (Kitab Taurat) sahaja.

Umat Yahudi percaya bahawa Taurat yang diwahyukan kepada Musa itu termaktub dalam 5 buah kitab yang ditulis oleh nabi Musa sendiri dalam tempoh yang berlainan sehinggalah baginda wafat. Kitab ini menceritakan zaman permulaan dunia ini diciptakan, kisah Adam dan Hawa, Qabil dan Habil, kisah nabi Nuh, nabi Ibrahim dan keluarganya, nabi Ya'akub dan keluarganya, kisah bani Israel sehinggalah kewafatan baginda sendiri (kononnya, kisah yang menceritakan kewafatan nabi Musa itu ditambah oleh muridnya iaitu nabi Yusha') di samping merakamkan hukum-hakam yang diwahyukan kepada Musa.

Bahagian Pertama:Sefer Torah (Kitab Taurat):

1. Beresheit (Pada Mulanya)-Kejadian (Genesis)

2. Shemot (Nama-Nama)-Keluaran (Exodus)

3. Vai Yiqra (Dan Dia Berfirman)-Imamat (Leviticus)

4. Be Midbar (Di Padang Pasir)-Bilangan (Numbers)

5. Devarim (Firman-Firman)-Ulangan (Deuteronomy)

nota: Ini adalah nama-nama kitab dalam Ibrani berserta maksudnya secara harfiah, dan juga nama-nama mengikut panggilan orang-orang Kristian dalam OT menurut bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Bahagian kedua bagi TaNa''KH ialah Nevi'im (Para Anbiya'). Dinamakan sebagai Nevi'im kerana ia menghimpunkan kitab para nabi selepas Musa. Terdapat 8 buah kitab besar dalam bahagian ini. Bahagian Nevi'im dibahagikan pula kepada 2 bahagian kecil iaitu Nevi'im Rishonim (Nabi-Nabi Salafi/Terdahulu) dan Nevi'im Akharonim (Nabi-Nabi Khalafi/Terkemudian). Sementara Nevi'im Akharonim pula diklasifikasikan pula kepada 2 bahagian lagi iaitu Nevi'im Gedolim (Nabi-Nabi Major/Besar) dan Nevi'im Ketanim (Nabi-Nabi Minor/Kecil). Kitab-kitab ini menceritakan perihal kehidupan dan dakwah serta nubuat para nabi selepas nabi Musa a.s.

Bahagian Kedua:Nevi'im (Para Anbiya'):

A. Nevi'im Rishonim (Nabi-Nabi Salafi/Terdahulu):

1. Sefer Yehoshua' (Kitab Yusha')-Yoshua (Joshua)

2. Sefer Shofetim (Kitab Para Hakim)-Hakim-Hakim (Judges)

3. Sefer Shemuel (Kitab Samuel)-Samuel (Samuel):

i. Sefer Shemuel Alef (Kitab Samuel 1)-1 Samuel (Samuel I)
ii. Sefer Shemuel Bet (Kitab Samuel 2)-2 Samuel (Samuel II)

4. Sefer Melakhim (Kitab Para Raja)-Raja-Raja (Kings):

i. Sefer Melakhim Alef (Kitab Para Raja 1)-1 Raja-Raja (Kings I)
ii. Sefer Melakhim Bet (Kitab Para Raja 2)-2 Raja-Raja (Kings II)


B. Nevi'im Akharonim (Nabi-Nabi Khalafi/Terkemudian):

I. Nevi'im Gedolim (Nabi-Nabi Major/Besar):

5. Sefer Yesha'ayahu (Kitab Yesaya)-Yesaya (Isaiah)

6. Sefer Yirmeyahu (Kitab Irmia)-Yermia (Jeremiah)

7. Sefer Yekhezqiel (Kitab Hizqil)-Yehezkiel (Ezekiel)


II. Nevi'im Ketanim (Nabi-Nabi Minor/Kecil):

8. Sefarim Nevi'im Trei Asar (Kitab-Kitab 12 Para Nabi):

i. Sefer Hoshea' (Kitab Hosea)-Hosea (Hosea)
ii. Sefer Yoel (Kitab Yoel)-Yoel (Joel)
iii. Sefer 'Amos (Kitab 'Amos)-Amos (Amos)
iv. Sefer 'Ovadyah (Kitab Obadiah)-Obaya (Obadiah)
v. Sefer Yonah (Kitab Yunus)-Yunus (Jonah)
vi. Sefer Mikhah (Kitab Mikah)-Mikhah (Micah)
vii. Sefer Nakhum (Kitab Nahum)-Nahum (Nahum)
viii. Sefer Khavaqquq (Kitab Habakuk)-Habakuk (Habakkuk)
ix. Sefer Tsefan'yah (Kitab Sefaniah)-Zefania (Zephaniah)
x. Sefer Khaggai (Kitab Hajai)-Hagai (Haggai)
xi. Sefer Zekharyah (Kitab Zakaria)-Zakaria (Zechariah)
xii. Sefer Mal'akhi (Kitab Malaki)-Maleakhi (Malachi)

nota: Ini adalah nama-nama kitab dalam Ibrani berserta maksudnya secara harfiah, dan juga nama-nama mengikut panggilan orang-orang Kristian dalam OT menurut bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kitab Samuel dan Kitab Para Raja masing-masing terdiri daripada 2 buah kitab kecil. Kitab-Kitab 12 Para Nabi adalah kitab-kitab kecil yang dibukukan menjadi satu kitab sahaja di mana, ia selalunya dipanggil dengan nama Trei Asar (Yang Dua Belas) sahaja.

Bahagian ketiga TaNa''KH pula ialah Ketuvim (Karangan-Karangan/Kitab-Kitab). Terdapat 11 buah kitab besar dalam bahagian ini. Bahagian Ketuvim terbahagi kepada 3 kumpulan kecil iaitu Liturgiyah (Kesusasteraan), Megillot HaKhumash (Skrol-Skrol yang Lima) dan Historiyah (Sejarah). Kitab-kitab ini mempunyai gaya bahasa kesusasteraan yang berbentuk nyanyian dan syair.

Bahagian Ketiga:Ketuvim (Karangan-Karangan/Kitab-Kitab):

A. Liturgiyah (Kesusasteraan):

1. Sefer Tehilim/Mizmor le David (Kitab Puji-Pujian/Zabur/Mazmur Daud)-Zabur/Mazmur (Psalms)

2. Sefer Mishlei (Kitab Perumpamaan-Perumpamaan)-Amsal (Proverbs)

3. Sefer 'Iyov (Kitab Ayub)-Ayub (Job)


B. Megillot HaKhumash (Skrol-Skrol yang Lima):

4. Sefer Shir HaShirim (Kitab Nyanyian Segala Nyanyian)-Kidung Agung (Songs of Solomon)

5. Sefer Rut (Kitab Rut)-Ruth (Ruth)

6. Sefer Eikhah (Kitab Ratapan;Literalisnya: Bagaimana)-Ratapan (Lamentation)

7. Sefer Qohelet (Kitab Khutbah;Literalisnya: Dia Menghimpunkan)-Pengkhutbah (Ecclesiastes)

8. Sefer Ester (Kitab Astar)-Esther (Esther)


C. Historiyah (Sejarah):

9. Sefer Daniyel (Kitab Daniel)-Daniel (Daniel)

10. Sefer 'Ezra u Nekhemyah (Kitab Uzair dan Nehemiah):

i. Sefer 'Ezra (Kitab Uzair)-Ezra (Ezra)
ii. Sefer Nekhemyah (Kitab Nehemiah)-Nehemiah (Nehemiah)

11. Sefer Divrei HaiYamim (Kitab Kisah-Kisah Segala Zaman)-Tawarikh (Chronicles):

i. Sefer Divrei HaiYamim Alef-1 Tawarikh (Chronicles I)
ii. Sefer Divrei HaiYamim Bet-2 Tawarikh (Chronicles II)

nota: Ini adalah nama-nama kitab dalam Ibrani berserta maksudnya secara harfiah, dan juga nama-nama mengikut panggilan orang-orang Kristian dalam OT menurut bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kitab Kisah-Kisah Segala Zaman terdiri daripada 2 buah kitab kecil.

Jadi, TaNa''KH ini mempunyai 24 buah kitab besar; 5 buah kitab dari Sefer Torah, 8 buah kitab dari Nevi'im dan 11 buah kitab dari Ketuvim. Kristianiti tiada pengklasifikasian untuk Perjanjian Lama sebagaimana pengklasifikasian kitab dalam TaNa''KH di atas. Ia menjadikan setiap kitab dalam TaNa''KH sebagai kitab yang solo dan sama taraf, tidak kira yang besar atau yang kecil. Sebab itulah dalam Perjanjian Lama (bagi Kristianiti Protestant), terdapat 39 buah kitab walaupun sebenarnya sama sahaja nama-nama dan isi kandungan dengan 24 buah kitab dalam TaNa''KH (Bible Ibrani) umat Yahudi.

Sekarang, kita akan beralih pula kepada Torah She Be 'Al Peh. Ia adalah Taurat Lisan (Oral Law) yang kita kenalinya dengan nama kitab Talmud. Talmud adalah lebih besar kepentingan dan isi kandungannya daripada TaNa''KH.

Secara lengkapnya, Talmud terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama ialah bahagian yang disepakati (Mehanneh) manakala bahagian yang kedua ialah bahagian yang tidak disepakati (Natunneh; maknanya boleh didebati). Bahagian yang disepakati ialah Mishnah dan Gemarah manakala bahagian yang tidak disepakati pula ialah Baraitah dan Toseftah.

Tradisi Yahudi mendakwa bahawa semasa Musa menerima Torah HaKhumash yang mengandungi hukum-hakam secara bertulis daripada Tuhan, baginda juga menerima hukum-hakam secara lisan daripada-Nya, iaitu penjelasan yang panjang lebar daripada Tuhan sendiri berkenaan syariat yang termaktub dalam Taurat. Hal ini kerana mereka mengatakan bahawa Musa boleh berkata-kata dengan Tuhan secara terus apabila baginda ingin berbuat demikian.

Bagi umat Yahudi, penjelasan hasil daripada komunikasi antara Musa dan Tuhan inilah yang dinamakan sebagai Mishnah (Ulangan) yakni ulangan kepada Taurat yang Lima berserta dengan penjelasan daripada Tuhan sendiri. Penjelasan secara lisan berbentuk seperti "hadith" ini kemudiannya diwariskan oleh Musa kepada Yehoshua' (Nabi Yusha'), dan selepas itu diwariskan pula kepada Avotei Yisroel HaQedushah (Leluhur Bani Israel Yang Mulia), kemudian kepada para Nevi'im (Para Anbiya' selepas Musa) dan Shofetim (Hakim-Hakim) dan kemudian kepada Anshei Knesset Hagedolah (Para Tua Muktamar Agung) dan akhirnya kepada Zugot (pendeta-pendeta yang hidup di zaman kewujudan Haikal Sulaiman ke-2).

Kononnya, kesemua penjelasan ini diturunkan dengan sanad daripada generasi kepada generasi dengan tambahan sabda-sabda setiap tabaqah atau generasi yang menerima hadith tersebut sebagai penjelasan. Kemudian, ulama-ulama Tannaim (ulama Mishnah, iaitu para rabbi yang hidup semasa 70-200 M) merasakan kepentingan "hadith-hadith" Mishnah ini agar ia tidak pupus maka mereka mencatatkannya dan dikumpulkannya dengan klasifikasi yang sistematik. Himpunan Mishnah yang telah diklasifikasikan ini dinamakan Shesha Sedarim (Enam Aturan/Tertib) atau secara ringkasnya dipanggil SHa"S

Setiap Sidrah (Aturan, kata tunggal bagi Sedarim) terdiri daripada bebearapa Masekhet (kata jamaknya ialah Masekhtot) iaitu Kitab Kecil (Tractate) dan setiap Masekhet pula mempunyai beberapa Peraqim (kata banyak bagi Pereq yang bermaksud Surah atau Bab). Setiap Pereq terdiri daripada Perashiyot Mishnah (Ayat-Ayat Mishnah) atau lebih ringkasnya Mishnayot (kata jamak bagi Mishnah).

Shesha Sedarim ba Mishnah (Enam Aturan/Tertib dalam Mishnah):

Sidrah 1. Zera'im (Benih-Benih)-Hukum-hakam mengenai Sembahyang, Zikir, Doa, Hal Ehwal Pertanian etc:

1. Masekhet Berakhot (Kitab Berkat)
2. Masekhet Pe'ah (Kitab Lapangan Pertanian)
3. Masekhet Demai (Kitab Hasil Pertanian Shubhah)
4. Masekhet Kil'ayim (Kitab Tanaman Heterogenous)
5. Masekhet Shevi'it (Kitab Tahun Ketujuh)
6. Masekhet Terumot (Kitab Sumbangan)
7. Masekhet Ma'aserot (Kitab Cukai)
8. Masekhet Ma'aser Sheni (Kitab Cukai Kedua)
9. Masekhet Kallah (Kitab Roti Khallah)
10.Masekhet Orlah (Kitab Pohon Berbuah)
11. Masekhet Bikkurim (Kitab Buah-Buahan Pertama)

Sidrah 2. Mo'ed (Perayaan)-Hukum-hakam mengenai Hari Sabbat, Puasa, Haji dan Perayaan-Perayaan:

1. Masekhet Shabbat (Kitab Hari Sabbat)
2. Masekhet 'Eruvin (Kitab Shubhah)
3. Masekhet Pesakhim (Kitab Hari Raya Pesakh)
4. Masekhet Shekalim (Kitab Shekel)
5. Masekhet Yoma (Kitab Hari Kifarah)
6. Masekhet Sukkah (Kitab Hari Raya Sukkah)
7. Masekhet Beitsah (Kitab Telur)
8. Masekhet Rosh Hashanah (Kitab Hari Tahun Baru)
9. Masekhet Ta'anit (Kitab Puasa)
10. Masekhet Megillah (Kitab Skrol)
11. Masekhet Mo'ed Katan (Kitab Perayaan Minor)
12. Masekhet Khagigah (Kitab Haji)

Sidrah 3. Nashim (Wanita-Wanita)-Hukum-hakam mengenai Perkahwinan, Perceraian, Kewanitaan, Kerahiban etc:

1. Masekhet Yevamot (Kitab Perkahwinan Levirate)
2. Masekhet Ketubot (Kitab Perjanjian Perkahwinan)
3. Masekhet Nedarim (Kitab Akad)
4. Masekhet Nazir (Kitab Kerahiban)
5. Masekhet Sotah (Kitab Isteri Nusyuz)
6. Masekhet Gittin (Kitab Talak)
7. Masekhet Kiddushin (Kitab Pertunangan)

Sidrah 4. Nezikin (Jenayah)-Syariat tentang Undang-Undang Sivil dan Kriminal, Sumpah, Fungsi Mahkamah, Saksi etc:

1. Masekhet Bava Qamma (Kitab Pintu Pertama)
2. Masekhe Bava Metzia (Kitab Pintu Tengah)
3. Masekhe Bava Batra (Kitab Pintu Terakhir)
4. Masekhe Sanhedrin (Kitab Muktamar Sanhedrin)
5. Masekhe Makkot (Kitab Sebatan)
6. Masekhe Shevu'ot (Kitab Sumpah)
7. Masekhe 'Eduyot (Kitab Saksi)
8. Masekhe Avodah Zarah (Kitab Ibadah Syirik)
9. Masekhe Avot (Kitab Leluhur)
10. Masekhe Horayot (Kitab Pemutusan)

Sidrah 5. Qodashim (Kesucian-Kesucian)-Hukum-hakam mengenai Korban, Sembahan, Penyembelihan, Makanan Kosher, Haikal etc:

1. Masekhet Zevakhim (Kitab Korban)
2. Masekhet Menakhot (Kitab Gandum)
3. Masekhet Khullin (Kitab Sembelihan)
4. Masekhet Bekhorot (Kitab Anak Sulung)
5. Masekhet Arakhin (Kitab Sembahan)
6. Masekhet Temurah (Kitab Penggantian)
7. Masekhet Keritot (Kitab Pengeluaran)
8. Masekhet Me'ilah (Kitab Kerosakan)
9. Masekhet Tamid (Kitab Harian)
10. Masekhet Middot (Kitab Ukuran)
11. Masekhet Qinnim (Kitab Sarang Burung)

Sidrah 6. Tohorot (Purifikasi-Purifikasi)-Hukum-hakam berkaitan Haid, Nifas, Hadas, Janabah etc:

1. Masekhet Keilim (Kitab Bekas)
2. Masekhet Oholot (Kitab Khemah)
3. Masekhet Nega'im (Kitab Wabak)
4. Masekhet Parah (Kitab Lembu Betina)
5. Masekhet Tohorot (Kitab Purifikasi)
6. Masekhet Mikva'ot (Kitab Upacara Mandian)
7. Masekhet Niddah (Kitab Haid)
8. Masekhet Makhshirin (Kitab Persediaan)
9. Masekhet Zavim (Kitab Mani)
10. Masekhet Tevul Yom (Kitab Hari Permandian)
11. Masekhet Yadayim (Kitab Tangan)
12. Masekhet Uktsim (Kitab Tangkai)

Mishnah-Mishnah yang terbuku sebagai SHa''S ini kemudiannya ditafsirkan pula oleh ulama-ulama Amoraim (ulama Gemarah, iaitu para rabbi yang hidup semasa 200-500 M) yang himpunan tafsirannya dinamakan Gemarah. Mishnah dan Gemarah adalah dua bahagian yang disepakati oleh para rabbi (Mehanneh).

Sebelum itu, terdapat syarah-syarah ulama Tannaim dalam menguatkan kesahihan Mishnah-Mishnah tersebut dan kumpulah syarah-syarah itu dinamakan Baraitah. Maka, ulama-ulama Amoraim yang menafsirkan Mishnah telah mensyarahkan Baraitah terlebih dahulu dan syarahan terhadap Baraitah ini dinamakan Toseftah (Tambahan). Baraitah dan Toseftah adalah dua bahagian yang tidak sepakati oleh para rabbi (Natunneh). Maka dua bahagian ini dianggap kandungan Talmud yang external sahaja. Bagaimanapun, ia tetap dianggap signifikan dalam penghujahan mereka.

-bersambung-

Wednesday, July 23, 2008

Is Allah the Most Merciful by Creating Hell?

A Question from Christian sister: Why Allah creates the hell if he is the Most Merciful? Does that mean by creating the hell, He is not being the Most Merciful?

***********

By Bro Jacknaim

FCR member

This is a very good question. At first, I also wonder why Allah wants to put his creation into hell. However, after a discussion and refer to the Holy quran and Hadith then only I understand the concept of ‘Most Merciful’

First of all, you have to bear in mind that In Islam, every baby is born in the state of fitrah (natural state). That so called fitrah is Islam and sinless. Meaning that, eventhough the baby is born from non Muslim family, he is still sinless (from hadith) and Islam. So, if the baby died, he straightly go to paradise.

So set you your face towards the religion Hanif. Allah’s Fitrah with which he has created mankind. [Ar Rum 30:30]

When men grow up, Allah gives them free will (choices to do good or bad) which acquired from experience and knowledge.

Whatever of good reaches you, is from Allah, but whatever of evil befalls you, is from yourself [4:79]

With the mercy of Allah, He guides the people to do goods and avoid bad manners.

The good deed and the evil deed cannot be equal. Repel the evil with one which is better [41:34]

However, for those who do the bad things, Allah always gives them oppurtunity to ask for his forgiveness and Allah will forgive all sins except the sin of Shirk (to accept others except Allah as God)

Verily, Allah forgives not that partners should be set up with him, but He forgives except that to whom He wills; and whoever sets up partners with Allah, he has indeed invented a tremendous sin. [4:48]

The Mercy of Allah in accepting the sins commited by the mankind is also been told in many verses in Quran. Among them, includes Q39:53-54, Q 9:17, Q 11:190, Q2:128, Q4:64

I would like to share a story with you. If someone brokes into your house and rape your mother and sisters then the criminal get away without any punishment, how would you feel. You must be very angry and wants the criminal to get the punishment for what he’s doing. So, eventhough God is the ‘Most Merciful’, he still punish the wrong doers.

It is already mentioning in the Quran and through Muhammad’s teaching that Allah always warn the people to stay away from committing sins. So, he will never penalize man before giving a clear warning. He also gives many chances for Human to repent for the sins that they commit. Besides, in Islam the concept of sins and reward also shows the Mercy of Allah. If you just thinking about doing good deed but did not have the oppurtunities to do that, then there is already a rewards for you. But when you are thinking of doing mischief and did not yet doing it, then there’s no sins charges for you. And Allah will reward you every good deed that you perform even it’s a very small deed like throwing the rubbish into dustbin.

Surely! Allah wrongs not even of the weight of an atom, but if there is any good, He doubles it, and gives from him a great reward. [4:40]

So, Allah is not cruel at all. Yes, he indeed create hell as a place for punishment to the wrong doers. But, instead of just punishing them, He gives man guide to avoid it. Besides, the Quran stated that Allah always accepting repentance from mankind. And he already being the 'Most Merciful' by creating the man originally sinless and qualify for heaven.It is man's decision whether to do mischief after that and being put in hell or continue to believe in Allah and do goods then he will be rewarded heaven by Allah.

Tuesday, July 22, 2008

Bolehkah Bukan Islam Memasuki Masjid?

Artikel ini dpetik daripada blog Bro Faisal, salah seorang FCR Alumni IIS. Beliau sangat berpengalaman dalam bidang comparative religion walaupun baru sahaja tamat pengajian dari MMU. Keistimewaan penulisan beliau ialah dapat mengaitkan sesuatu masalah dengan pendapat ulamak dan tidak lari dai Al-Quran dan Sunnah. Beliau juga kerap menjadi sukarelawan dan penceramah untuk program FCR di Saba' Islamic Media
***************


Bolehkah mereka yang bukan Islam memasuki masjid? Pada 8 Ramadhan 1428 (semalam), Institusi Usrah telah menjalankan aktiviti Iftar Perdana 07/08 di surau al-Hidayah. Antara objektif utama program tersebut adalah untuk memperkenalkan kepada kawan-kawan beragama lain tentang Islam dan kehidupan umat Islam dibulan Ramadhan dengan mengajak mereka berbuka bersama. Selain menjamu saudara-saudara seagama dengan santapan jasmani dan rohani. Walaupun jumlah rakan-rakan beragama lain yang hadir pada tahun ini tidak serancak tahun lepas, namun segala puji bagi Allah Subhana wa Ta’ala kerana acara tersebut berjalan dengan lancar. Selepas berbuka puasa, lazimnya kami akan mengajak kawan-kawan agama lain untuk melihat dan menerangkan bagaimana umat Islam melaksanakan solat dan ini memerlukan mereka untuk masuk ke dalam surau. Saya masih terdengar ada yang keliru apakah bukan Islam boleh memasuki masjid atau tidak. Maka saya menulis risalah ringkas ini untuk menjelaskan hukum bukan Islam memasuki masjid. Ini bukanlah saya pandai-pandai buat hukum, tetapi persoalan ini sudah saya pelajari kupasannya ketika mempelajari kitab Bulugh al-Maram dengan ustaz Abdullah Othman al-Iraqi (beliau syarahkan menggunakan kitab Subul as-Salam) tentang hal bukan Islam memasuki masjid.

DIHARAMKAN MEMBENARKAN BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJIDIL HARAM.

Diharamkan bagi orang Islam membenarkan bukan Islam untuk memasuki MasjidIL Haram dan tanah Haram disekelilingnya. Ini berdalilkan firman Allah Subhana wa Ta’ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ

يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا وَإِنْ

خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللّهُ مِن فَضْلِهِ إِن شَاء

إِنَّ اللّهَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjidilharam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. [at-Taubah 9:28]

Namun yang demikian, berkenaan dengan masjid lain, sesetengah fuqaha berkata adalah diharuskan (orang kafir memasuki masjid) kerana tidak ada petunjuk yg jelas yg mengatakan ia tidak dibenarkan. Dan selainnya tidak diharuskan kerana mengqiyaskan masjidil haram. [Fatwa Al-Lajnah Daimah, jld.6, ms.276]

DALIL MEMBOLEHKAN BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID SELAIN MASJIDIL HARAM

Imam al-Bukhari di dalam kitab Sahih al-Bukhari telah meletakkan satu bab bertajuk Orang Musyrik Masuk ke Dalam Masjid (دخول المشرك المسجد). Hadis yang diletakkan di bawah bab tersebut adalah hadis yang terkenal dan lazim dijadikan dalil untuk menyokong hujah bahawa bukan Islam boleh memasuki masjid. Diriwayatkan dari Sa’id bin Abi Sa’id bahawasanya ia mendengar Abu Hurairah berkata:

بعث رسول الله صلى الله عليه وسلم خيلا قبل نجد، فجاءت برجل من بني حنيفة، يقال له ثمامة بن أثال، فربطوه بسارية من سواري المسجد.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengutus pasukan berkuda ke arah Najd, lalu mereka kembali membawa seorang lelaki dari Bani Hanifah yang dipanggil Tsumamah bin Utsaal. Maka mereka mengikatnya di salah satu tiang masjid. [Sahih al-Bukhari – no: 457]

Al-Hafizh Ibn Hajar al-Asqalani ketika mensyarahkan hadis di atas berkata:

وَفِي دُخُولِ الْمُشْرِكِ الْمَسْجِد مَذَاهِب : فَعَنْ الْحَنَفِيَّةِ الْجَوَازُ مُطْلَقًا ، وَعَنْ الْمَالِكِيَّةِ وَالْمُزَنِيِّ الْمَنْع مُطْلَقًا ، وَعَنْ الشَّافِعِيَّةِ التَّفْصِيلُ بَيْنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَام وَغَيْره لِلْآيَةِ . وَقِيلَ : يُؤْذَنُ لِلْكِتَابِيِّ خَاصَّةً ، وَحَدِيث الْبَابِ يَرُدُّ عَلَيْهِ ، فَإِنَّ ثُمَامَة لَيْسَ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ .

Ada beberapa mazhab mengenai masuknya orang musyrik ke dalam masjid. Pendapat yang dinukil dari Abu Hanifah membolehkan secara mutlak. Sementara pendapat dari mazhab Maliki dan al-Muzani melarangnya secara mutlak. Adapun mazhab Syafi’i membezakan antara Masjidil Haram dan masjid-masjid lainnya berdasarkan ayat al-Quran.

Lalu ada pula pendapat yang khusus membolehkan bagi ahli kitab. Namun hadis dalam bab ini menolak pendapat tersebut, kerana Tsumamah bukan ahli kitab. [Fath al-bari Syarh Sahih al-Bukhari, Pustaka Azam, jld. 3 ms. 237]

Hadis penuh yang menceritakan kisah Tsumamah bin Utsaal yang diikat di tiang masjid itu boleh dilihat di dalam bab Mandi Apabila Masuk Islam, Mengikat Tawanan di Masjid (الاغتسال إذا أسلم، وربط الأسير أيضا في المسجد) juga di dalam kitab Sahih al-Bukhari. Dari Sa’id bin Abu Sa’id, dia mendengar Abu Hurairah berkata:

بعث النبي صلى الله عليه وسلم خيلا قبل نجد، فجاءت برجل من بني حنيفة، يقال له ثمامة بن أثال، فربطوه بسارية من سواري المسجد، فخرج إليه النبي صلى الله عليه وسلم فقال: (أطلقوا ثمامة). فانطلق إلى نخل قريب من المسجد، فاغتسل ثم دخل المسجد، فقال: أشهد أن لا إله إلا الله، وأن محمدا رسول الله.

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengutus pasukan berkuda ke arah Najd, lalu pasukan tersebut kembali dengan membawa seorang lelaki dari Bani Hanifah yang dipanggil Tsumamah Ibn Utsaal. Maka mereka mengikatnya di dalah satu tiang masjid. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar kepadanya seraya bersabda, “Lepaskan Tsumamah”. Ia pun berangkat menuju kebun kurma yang dekat dengan masjid dan mandi. Kemudian ia masuk ke masjid dan berkata, “Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah dab bahawasanya Muhammad adalah Rasulullah.” [Sahih al-Bukhari – no: 450]

Kalau dilihat di dalam hadis diatas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pun menegur tindakan para Sahabat yang mengikat Tsumamah Ibn Utsaal, yang ketika itu seorang musyrik di salah sebuah tiang di dalam masjid. Sekiranya membawa bukan Islam ke dalam masjid adalah satu kesalahan, tentu sekali Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam akan menegur para Sahabat menjelaskan yang perbuatan membawa bukan Islam ke dalam masjid adalah salah. Namun dapat kita lihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menegur membuktikan tindakan membawa masuk bukan Islam ke masjid adalah dibenarkan.

KESIMPULAN

Berkata Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Ibn ‘Abdullah Ibn Baaz:

لا حرج في دخول الكافر المسجد إذا كان لغرض شرعي وأمر مباح ، كأن يسمع الموعظة ، أو يشرب الماء ، و نحو ذلك ، لأن النبي صلى الله عليه وسلم أنزل بعض الوفود الكافرة في مسجده صلى الله عليه وسلم ، ليشاهدوا المصلين ويسمعوا قراءته صلى الله عليه وسلم وخطبه ، ، وليدعوهم إلى الله من قريب ، ولأنه صلى الله عليه وسلم ربط ثمامة بن أثال الحنفي في المسجد لما أتي به إليه أسيراً فهداه الله وأسلم

Tidak ada salahnya bukan Islam memasuki masjid jika ia adalah kerana tujuan syar'i atau sebab-sebab yang diharuskan, seperti mendengar ajaran-ajaran atau untuk minum air dan sebagainya. Ini kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membenarkan sebahagian delegasi bukan Islam tinggal di dalam masjid, supaya mereka boleh melihat orang bersolat dan mendengar bacaan al-Quran dan khutbah baginda shallallahu 'alaihi wasallam, agar mereka dapat diseru kepada Allah dari jarak lebih hampir. Dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengikat Tsumamah Ibn Utsaal al-Hanafi di dalam masjid ketika dibawa sebagai tawanan perang, dan Allah memberinya petunjuk dan dia akhirnya memeluk Islam. [Fatawa wa Maqalaat Mutanawwi’ah li Samahat al-Syaikh al-‘Allamah ‘Abd al-‘Aziz ibn ‘Abdullah ibn Baaz (rahimahullah), jld. 8, ms.356]

Moga kupasan serba ringkas ini mempunyai manfaat kepada para pembaca, membuka minda bagi yang tidak mengetahui tentang hal ini dan memperbanyakkan usaha menjadikan masjid sebagai salah satu medan dakwah.

Wallahu’alam.



Monday, July 21, 2008

Doctrine and theology of Islam and Christianity

DOCTRINAL AND THEOLOGICAL COMPARISON BETWEEN ISLAM AND
CHRISTIANITY.

Both Islam and Christianity subscribe to the conviction of the deliverance of sin and its penalties, also termed as salvation. However, they each go separate way in their path for salvation. This is where the great divide begins that affected the centuries old relationship between Islam and Christianity. And the prime factor that contributes to this rift in the path towards salvation is the Christian Doctrine of Sin (Hamartiology).

Again although both Islam and Christianity acknowledge that sin is disobedience to God that is as far as they could see eye to eye. Islam refutes the attributes of sin as advocated in Christianity.

Christian Doctrine of Salvation and Theology.

In Christianity, sin is inheritable from Adam the first transgressor. Hence we are all born sinners. Further, the effect of sin according to Christianity is a severe relationship with God leading to our separation from God. However, this separation from God can only be restored if our sin is redeemed through a sacrifice of a sinless person. Since all human are born sinners and only God is sinless it follows that God had to incarnate as a sinless Godly person in the form of Christ @ The Son of God to be sacrificed in our place. It is only upon the sacrifice of such a sinless Godly person will God grant the forgiveness of our sin and re-establish His relationship with us. Hence the Christian Doctrine of Salvation (Soteriology) is founded upon their Doctrine of Sin. That accounts for the sin centricity in their salvation plan.

Had the attributes, nature, effect and redemption of sin been otherwise then their Doctrine of Salvation as well as their path towards salvation would also vary. And Christ need not be a God incarnate @ The Son of God after all just so as to accommodate the requisites of a vicarious atonement. In other words, the Christian Doctrine of God or Theology is defined by their Doctrine of Salvation and NOT BY GOD HIMSELF!

Finally, according to the church salvation is by grace of God only and not by deeds. Our deeds are futile for only the elected are saved. Further to be a Christian the elected is not only required to having faith in the redemptive works of Christ but also to believing that Christ was resurrected from the grave. Only then will a Christian gain eternal life and never perish for such is the reward of attaining salvation from God.

Salvation and Theology in Islam

Salvation in Islam is only from Allah the Merciful and Beneficent. He forgives us as He forgives Adam and Eve. He does not burden us beyond our burden neither with the burden of others. For that reason sin is not inheritable in Islam. Hence we are all born sinless. Accordingly we are measured and judged by our own deeds. A Muslim submits totally to Allah, do good deeds and follow the way of the Holy Prophet Muhammad (pbuh). In case of wrongdoings a Muslim needs only to sincerely repent from his transgression and seek forgiveness directly from Allah with a pledge of an immediate end in his misdemeanor as Allah is All-Forgiving. A sinning Muslim may incur the wrath of Allah yet His Love, Magnanimity and Mercifulness surpasses His wrath that He is ever willing to forgive those who truthfully seek for His forgiveness. Hence sin in Islam does not result in any separation from Allah. Rather it provides an opportunity for the sinner to reach for Allah. As such a Muslim is an Allah conscious person who constantly seek for the favor of Allah. That accounts for the Allah centricity in the Islamic call to salvation.

The oneness of Allah is the dominant foundation of Islamic theology. Islam professes the unity of Allah or Tawheed in contrast to the tri-unity of God in Christianity. Allah Himself proclaimed in surah Al-Ikhlas that He is one and only. He begets not, nor was He begotten. And there is none like Him. The All-Powerful and Self-Sufficient Allah need only say, “ Be “ and it is done.

Allah promises a blissful life in Paradise as the reward for the righteous Muslim. While those who do not earn the favor of Allah are thrown into the pits of Hell. It is in this light that the Just, Wise, Merciful and Loving Allah sends His guidance to us in His revelations to His Messengers and Prophets from Adam (pbuh) to Muhammad (pbuh) so that every soul be rightly guided. Islam therefore is the best of fortune from Allah and a mercy to all of His creation.

By:

Engku A Fauzi
January 13, 2001

Kemaman

Thursday, July 17, 2008

Misconception-Islam tindas wanita

Alhamdulillah sewaktu program Minggu Penghayatan Islam hari tu, aku sempat berbual bersama seorang Dr non Muslim perempuan sewaktu bertanyakan soalan survey berkenaan salah faham terhadap islam. Yang menarik ialah apabila isu Islam menindas wanita dibincangkan.

Jacknaim : Dr setuju ke yang Islam menindas wanita?

Dr : Memang saya setuju sangat. Islam menindas wanita.

Jacknaim : Boleh saya tahu menindas dari segi apa?

Dr : Ye lah, Perempuan kena pakai tudung dan pakai baju sampai tutup semua kecuali muka dengan tangan je. Mestilah menyekat kebebasan wanita. Kenapa tak suruh lelaki je jangan tengok perempuan tu dan kawal nafsu?

Jacknaim : Selain daripada tu ada lagi tak?

Dr : Ada, kenapa ketika waktu sembahyang, mesti perempuan kena duduk belakang lelaki dan tak boleh jadi imam.

Jacknaim : Sebelum saya jawab soalan Dr. Ada lagi ke yang Dr tak puas hati pasal Islam?

Dr : Kenapa islam suka asingkan lelaki dan perempuan. Masa saya dan husband pergi kenduri, kami kena duduk asing-asing.

Jacknaim : Baiklah, untuk soalan pertama. Benar Islam menyuruh wanita menutup aurat. Ini dijelaskan dalam surah An Nur ayat 31 yang menyuruh wanita menutup aurat. Tapi, ia bukan untuk wanita sahaja. Seperti yang doktor katakan tadi, kenapa tak suruh lelaki je yang tahan nafsu. Sebelum ayat yang memerintahkan perempuan tutup aurat iaitu dalam surah An Nur juga, ayat 30. Allah perintahkan kepada lelaki beriman supaya menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Maknanya mereka dilarang memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga kena tahan diri mereka dari berfikir tentang maksiat.

Dr : Oh ok.

Jacknaim : Untuk soalan kedua, masa sembahyang, bukan kami diskriminasi wanita. Wanita boleh jadi imam, tapi untuk kaum wanita sahaja. Tak boleh jadi imam atau duduk depan lelaki. Sebab nya masa sembahyang, kita ada gerakan tertentu seperti Rukuk dan Sujud. Bayangkan kalau lelaki duduk belakang, agak-agak doktor kan, mereka akan sembahyang dengan baik atau mereka akan lihat punggung perempuan tu? Mesti tak jadi punya sembahyang sebab lelaki ni memang dah sifat dia macam tu.

Dr : Oh macam tu ke.

Jacknaim : Untuk terakhir tu, pisahkan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim je. Kalau dah kawin, boleh duduk bersama-sama. Mungkin kat rumah sahabat Dr tu, dia tak faham kot.

Dr : Oh boleh ke. Saya ingat memang tak boleh.

Menarik mengenai Buddhism

Semasa sedang mengkaji pasal agama Buddha, saya tertarik dengan beberapa isi yang dinyatakan dalam satu powerpoint daripada subang Jaya Buddhist Association yang mana ia berbunyi seperti berikut.

What buddhism is about:

"Buddhism Is not idol-worshipping or meaningless rituals"

What Quran said:

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.[14:35]

Apakah mereka mempersekutukan (Allah dengan) berhada-berhala yang tak dapat menciptakan sesuatupun? Sedangkan berhala-berhala itu sendiri buatan orang. [7:191]

What buddhism is about:

"Buddhism is about Knowledge and understanding, not blind faith are needed to walk the path."

What Quran said:

Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa kitab (wahyu) yang bercahaya [22:8]

antara manusia ada orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan dan mengikuti setiap syaitan yang jahat, [22:3]

Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al Quran dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud,[17:107]

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.[17:36]

What buddhism is about:

“The Buddha said that if you can find truth in any religion, accept the truth.”

What Quran said:


Oleh karena itu, hadapkanlah wajahmu kepada agama yang lurus (Islam) sebelum datang dari Allah suatu hari yang tidak dapat ditolak (kedatangannya): pada hari itu mereka terpisah-pisah[30:43]

Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:256]


ISLAM UNTUK SEMUA DAN INDAHNYA ISLAM DENGAN DAKWAH

Erti Hidup Dengan Memberi, Erti Bijaksana Dengan Hikmah