Wednesday, April 22, 2009

Benarkah Quran Mengiktiraf Agama Kristian Paulus



Menurut Kristian, St Paul atau nama sebenarnya Saul the Tarsus merupakan penyambung warisan kenabian Nabi Isa Alayhi wa Salam.


Oleh yang demikian, kisah Paul lebih diceritakan secara meluas dalam Bible dan tulisan beliau menjadi sumber rujukan utama untuk penulisan empat buah injil dalam perjanjian baru.


Baru-baru ini, saya telah diberitahu bahawa terdapat satu ayat dalam Quran yang dikatakan mengiktiraf Paul sebagai waris Nabi Isa iaitu dalam surah As-Shaff yang berbunyi seperti berikut


Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang. [Q61:14]


Mereka menambah hujjah mereka bahawa Allah telah menolong Paul menegakkan agama Allah dan berjaya. Buktinya, pada hari ini kristian mempunyai penganut agama yang teramai di dunia.


Sebelum masuk ke bahagian penghujahan, mari kita lihat beberapa tafsir sebenar ayat di atas mengikut pandangan beberapa ulamak tafsir Islam.


Mengikut tafsir Ibn Qurtubi


Ibn Abbas mengatakan bahawa Allah telah menguatkan para pengikut Nabi Isa pada zamannya dan memberi kemenangan kepada mereka dengan meletakkan agama Nabi Muhammad sebagai agama yang ulung berbanding agama orang kafir.


Tafsir Tabari pula berkata


Allah telah memberikan kemenangan kepada dua puak bani Israel berbanding musuh mereka(iaitu kaum yang menolak Nabi Muhammad). Nabi Muhammad telah dihantar untuk mengesahkan bahawa Nabi Isa merupakan utusan Allah dan mendedahkan pembohongan bani Israel yang mengatakan Nabi Isa itu Tuhan ataupun anak Tuhan. Oleh yang demikian, Allah memberi kemenangan pada puak yang percaya pada ajaran Muhammad ini dan menjadikan mereka sebagai puak yang Berjaya dan mengatasi musuh mereka.


Mengikut tafsir Ar Razi pula


Allah telah mengangkat kedudukan mereka yang mempercayai kerasulan Nabi Isa seperti mana diberitahu Nabi Muhammad dan percaya bahawa Nabi Isa itu merupakan kalam Allah dan merupakan roh yang dicipta oleh Allah.


Islam mengiktiraf agama asal yang dibawa Nabi Isa kerana ia bersumberkan Allah. Akan tetapi, setelah berlaku penyelewengan, Nabi Muhammad telah dihantar untuk memulihkan kembali akidah ummat manusia yang rosak.


Lakaran Nabi Isa mengikut kepercayaan Kristian. Nabi Isa digelar sebagai "the Lamb of God" kerana mengorbankan dirinya bagi emnebus dosa warisan. Dalam Islam, lakaran sebegini tidak dibenarkan dan dianggap sebagai 'blasphemy'

Namun, pengikut asal agama Nabi Isa diberikan kemenangan oleh Allah. Dan penolong agama Allah seperti mana diceritakan dalam ayat ini merupakan pengikut setia nabi Isa yang berdakwah seperti mana ajaran nabi Isa. Mereka ini digelar sebagai golongan Hawariyyun. Mengikut kepercayaan kristian, terdapat 12 orang kesemuanya anak murid Isa (termasuk Judas yang mengkhianati Nabi Isa dan tidak lagi digelar hawariyyun). Golongan Hawariyyun ini berlatarbelakangkan mereka yang bekerja sebagai nelayan, pengutip cukai dan tukang kayu.


Dalam buku Acts of Apostle ada diceritakan mengenai dakwah yang dijalankan puak Hawariyyun contohnya Barnabas, Peter. Akan tetapi, cerita mengenai kaum hawariyyun ini menjadi senyap sepi.


Adalah dipercayai bahawa golongan ini musnah setelah ajaran bawaan Paul menjadi lebih dominan setelah maharaja Rom memeluk kristian.


Islam tidak mengiktiraf agama kristian Paulus disebabkan ajarannya yang jauh menyimpang daripada ajaran sebenar Nabi Isa. Dan ayat diatas juga semestinya tidak ditujukan kepada Paulus kerana dia mengatakan bahawa Nabi Isa telah mati disalib seperti mana yang diceritakan dalam buku 1 Corinthians 1:23.


“But we preach Christ crucified: a stumbling block to Jews and foolishness to Gentiles,”


Hal ini jelas menyalahi kepercayaan orang Islam iaitu Allah telah menyelamatkan Nabi Isa dari disalib


dan karena ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah”, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya [Q4:157]


Kepercayaan Nabi Isa tidak disalib turut dicatat dalam tulisan Agnostic yang tidak diiktiraf oleh Kristian pada hari ini seperti Gospel according to Thomas.


Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa ayat tersebut bukanlah dituju kepada kristian pada hari ini.

1 comment:

Unknown said...

Salam, maafkan saya sebab soalan ni tak de kaitan dengan post anda, tapi saya nak tanyala, bagaimana kita nak sayang akan Allah swt? Saya pernah claim sayang Allah bagai sebelum ni...

tapi, bila fikir balik, macam hipokrit je. Memng tak wujud pun dalam hati. Maksud saya, setelah buat perbandingan relatif dengan orang-orang yang kita sayangi, memang perasaan sayang terhadap Allah tu sebenarnya hanya ucapan di mulut semata-mata, seperti dibuat-buat.

Macam mana kita nak mengaku sayang terhadap sesuatu yang kita tidak pernah jumpa?

salam ..ini komen kamukan...kita semua akan berjumpa dgn Allah apabila kita mati nanti,,,sebenar kihupan ini bukan lagi khidupan kita,,kalo kidupan kita,kenapa ada yg sakit,susah,senang,kecewa ,seronok dan ada mati pulak tu,,,sebab ini bukan lagi kehidupan...dan kehidupan pd hakikatnya ialah selepas mati..inilah kehidupan sebenarnya...dan disinilah Allah swt akan zahirkan makrifatnya...

ISLAM UNTUK SEMUA DAN INDAHNYA ISLAM DENGAN DAKWAH

Erti Hidup Dengan Memberi, Erti Bijaksana Dengan Hikmah