Saya diminta memberikan pandangan berhubung surat berantai berikut. Ini adalah komen saya berkenaan surat ini. Diharapkan ia dapat member sedikit pencerahan pada pembaca
bace sampai abez....pastu fowardkn plz..... ni adalah benar... sila baca sehingga habis... dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia). pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.
(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.
Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya
membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.
PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat – jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji – bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa
~~~~~~~~~~~~~
Komen saya
Pertama saya tidak dapat shahihkan samada berita ini benar ataupun tidak kerana tidak dinyatakan sumber yang shahih berkenaan penulis, di mana ia ditulis dan disebar. Maka ia termasuk dalam kategori surat berantai dan umat islam dilarang menyebar mana-mana surat berantai tanpa disahkan terlebih dahulu kebenarannya.
Keduanya adakah Syeikh Ahmad Maeine itu benar2 penjaga makam rasulullah? kenapa nama dia tidak famous sedangkan dia menjaga makam seorang nabi..
Ketiga soal mati dalam iman atau tidak itu terserah pada Allah dan apakah terdapat dalil-dalil shahih yang mengatakan tiga jenis orang mati itu mati dlm keadaan tidak beriman. sedangkan iman itu berdasarkan akidah dan berpaksikan panduan dari 6 rukun iman. sedangkan perkara2 yg disebutkan dlm artikel ini adalah soal mua'mmalat.
Keempat adalah berdasarkan pesanan beliau.. kesemua pesanan beliau sudah pun ada dalam islam. tapi memandangkan ia adalah soal ibadat, maka tidak boleh disandarkan ia hanya berdasarkan mimpi. apabila isu mengenai ibadat, ia hanya akan diterima apabila ada sumber yang shahih dari al quran atau hadis mutawattir ataupun rangkaian hadis ahad yang mencukupkan utk membuat sesuatu hukum
Berdasarkan apa yang saya nyatakan di atas, saya serahkan kepada pembaca untuk membuat justifikasi samada ingin menyebarkannya atau tidak. Untuk saya, saya tidak akan menyebarkan surat-surat sebegini. Ingatlah amaran Allah supaya mengesahkan sesuatu berita yang dibawa oleh orang fasik.
Oleh
Bro Muhamad Na’im B. Ab Razak (Jack)
Kelas Peradaban Nabawi USMKK
No comments:
Post a Comment