Tuesday, December 28, 2010

Friendly Comparative Tawheed-Introductionary Night




Tarikh: 1 January 2011

Masa : 7.30 PM- 11 PM

Tempat: Masjid Murni USMKK

Penceramah: Bro Shah Kirit Kalkulal Govidji

Tentatif:

7.30 PM- 9.00 PM (Sesi 1- Kuliah dari Bro Shah Kirit)

9.00 PM- 9.30 PM (Solat Isyak dan jamuan ringan)

9.30 PM- 11 PM (Sesi soal jawab peserta dan bro shah)


~~~~~~~~~~~~~~~


Friendly Comparative Tawheed merupakan siri kursus perbandingan agama atau pun dalam bahasa arabnya diistilahkahkan sebagai Muqaranah al-Adyan. Melalui kursus ini, peserta akan diberi pendedahan tentang agama-agama dunia.


Apabila bercerita tentang perbandingan agama, ramai yang beranggapapan bahawa ia adalah seperti debat antara Ahmad Deedat dan paderi. Namun, pendekatan yang digunakan melalui kursus ini ialah dengan mencari persamaan di antara islam dan agama dunia. Ini selari dengan firman Allah dalam ayat Q3:64.


Dengan mencari persamaan, kita akan dapat membina hubungan yang lebih baik dengan non muslim dan ini secara tidak langsung akan membuka ruang untuk kita berkongsi tentang keindahan islam.


Atas justifikasi itu, perkataan ‘friendly’ digunakan. Iaitu untuk membina hubungan yang baik dengan non muslim agar dialog antara agama dapat dijalankan dengan penuh harmoni.


Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk mendidik peserta tentang teknik-teknik menjawab soalan kritikal yang sering dikemukakan oleh non muslim. Ada kalanya, soalan yang diutarakan boleh menggoncang akidah.


Sejak dari kecil lagi kita dididik untuk hanya mengikut sahaja apa yang diajar oleh ustaz-ustaz dan ustazah. Kita dilarang bertanya soalan kerana dikhuatiri akan menggoncangkan akidah. Akibatnya, seribu satu persoalan akan terkumpul dalam kepala kita hingga ia akhirnya meletup.


Oleh itu, melalui kursus ini, setiap bentuk soalan akan cuba dijawab melalui teknik yang sistematik iaitu berpandukan al quran, sunnah, sains, rasional dan juga pendapat ulamak.


Antara soalan-soalan kritikal yang sering ditanya ialah


Salah Faham Terhadap Islam


Semasa menyampaikan kebenaran Islam kepada non-Muslim (malah sesama Muslim), kita tidak akan terlepas daripada mendengar 1001 persoalan serta salah tanggapan terhadap Islam. Antara soalan-soalannya ialah:-


Isu umum

· Masuk Islam = Masuk Melayu

· Islam agama susah (perlu solat 5 kali sehari, puasa, banyak pantang larang, tidak boleh makan babi, minum arak dll)

· Islam agama mundur

· Tuhan Islam tidak adil – kenapa cipta kafir, kenapa takdir ke syurga/neraka

· Semua agama sama

· Doa tidak terjawab

· Kafir yang baik ke neraka tapi Muslim yang jahat ke syurga

· Sains dan agama tidak selari


Isu keganasan

· Islam agama ganas (9/11, suicide bombing)

· Islam disebar melalui mata pedang

· Negara Muslim suka berperang


Isu wanita

· Wanita tidak boleh jadi imam

· Saf solat wanita di belakang (ini kerap ditanya oleh pelancong asing yang datang ke masjid semasa Mosque Tour)

· Lelaki dapat 2 kali ganda harta warisan daripada wanita (4:11)

· Kesaksian seorang lelaki menyamai kesaksian dua orang wanita (2:282)

· Wanita tidak boleh jadi pemimpin

· Lelaki mempunyai satu darjat lebih tinggi daripada wanita (2:228)

· Suami boleh pukul isteri (4:34)

· Poligami

· Kenapa wanita tidak boleh kahwin 4 (poliandri)?


Soalan dari missionary Kristian

· Jesus lebih hebat dari Muhammad sebab nama Jesus disebut 25 kali dalam Quran tapi nama Muhammad disebut 5 kali sahaja (3:144, 33:40, 47:2, 48:29, 61:6)

· Muhammad sudah meninggal tapi Jesus masih hidup

· Jesus tidak berbapakan manusia, maka Father lah bapanya

· Nabi akhir ialah Jesus sebab Jesus akan turun sebelum kiamat

· Quran tiru Bible

· Quran hasil kerja syaitan

· Allah guna perkataan “Kami” dan ini bermakna trinity itu adalah benar


Soalan dari orang-orang Hindu

· Muslim sembah Kaabah

· Tuhan Linggam di dalam Kaabah

· Semua manusia sepatutnya Vegetarian

· Sembelihan haiwan cara Islam adalah kejam

· Berhala (Idol) bukan disembah tetapi ia hanya untuk tujuan penumpuan (concentration) kepada tuhan


Quran ada contradictions

· Satu hari di sisi Allah adakah bersamaan seribu tahun manusia (22:47, 32:5) atau limapuluh ribu tahun manusia (70:4)?

· Allah cipta langit dan bumi dalam enam hari (7:54, 10:3, 11:7, 25:59, 32:4, 50:38, 57:4) atau lapan hari (41:9-12)?

· Manusia dicipta daripada air (25:54), sperma (76:2) atau tanah (6:2)?

No comments:

ISLAM UNTUK SEMUA DAN INDAHNYA ISLAM DENGAN DAKWAH

Erti Hidup Dengan Memberi, Erti Bijaksana Dengan Hikmah