Detail program
Tarikh: 16 Julai 2010 (Jumaat)
Masa: 2.50 PM
Tempat: Masjid Murni, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Bayaran: Percuma
Nota: Minum petang disediakan.
Overview program
Legasi bermaksud sesuatu yang boleh diwarisi.
Dalam konteks perbincangan pada slot ini, pihak kelas Peradaban Nabawi akan memberi focus kepada dua persoalan.
Pertamanya ialah adakah islam itu sendiri merupakan agama yang diwarisi? Dalam erti kata lain, anak orang melayu mesti beragama islam dan anak bukan melayu mesti mengikut agama ibu bapa mereka.
Persoalan kedua ialah mengenai apa sebenarnya yang islam wariskan kepada penganutnya. Bersesuaian dengan nama “kelas Peradaban Nabawi” itu sendiri, kami ingin memfokuskan warisan para nabi kepada umatnya.
Ia tidak lain dan tidak bukan ialah ‘dakwah’. Setiap para rasul ditugaskan untuk menyeru manusia kepada kalimah tauhid, melakukakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Selepas kematian Nabi Muhammad, tidak ada lagi Rasul yang diturunkan. Oleh itu, tugas untuk menjalankan dakwah menjadi tanggung jawab kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W
Berkenaan Penceramah
Bro Shah Kirit merupakan seorang Hindu yang telah memeluk Islam pada tahun 1996. Beliau telah banyak terlibat dalam kursus intensif perbandingan agama antaranya ialah; International Da’wa Training Program di IRF Mumbai yang dianjurkan Dr Zakir Naik. Dan “Training the Trainer” course di Nigeria yang dianjurkan oleh Nuruddeen Lemu & Asiya Rodrigo dari Islamic Education Trust.
Kini, beliau bertugas sebagai Pegawai Dakwah sepenuh masa di Islamic Information and Services Setiawangsa dan merupakan tenaga pengajar bagi program perbandingan agama “Friendly Comparative Religion”. Beliau sering dijemput untuk memberikan ceramah-ceramah perbandingan agama dan terlibat dalam Dialog antara agama di seluruh tanah air.
Selain daripada itu, Bro Shah juga berpengalaman memberikan presentation mengenai Islam di gereja-gereja sekitar Kuala Lumpur.
Bro Shah Kirit merupakan antara tenaga pengajar dan penasihat kepada program Kelas Peradaban Nabawi USMKK.
No comments:
Post a Comment