Tuesday, November 25, 2008

Operate Dada X-Ray HAti

Oleh: Bro Faisal (FCR Alumni)

BLOGGER_PHOTO_ID_5272254336984231538

"Weh, Michael Jackson dah masuk Islam", Rahmat memberitahu dalam keadaan yang masih sememeh kerana baru bangun tidur.


"Eh tu bukan dah lama ke?" Saya bertanya.


"Dulu tu tak confirm, ni betul-betul confirm. Brother Masyuri YM aku ni", jawab Rahmat.


"Oh betul lah yang dulu tu aku baca pasal dia nak belajar Islam", selepas saya membaca berita tersebut di skrin laptop saya.


Saya meraikan kembalinya Michael Jackson kepada fitrah Islam sebagaimana hati gembira menerima berita-berita kembalinya saudara-saudara lain kepada Islam.


Bagi yang masih tidak faham mengapa saya menggunakan perkataan kembali. Ini kerana saya percaya setiap manusia itu lahir dalam keadaan fitrah, suci, bersih. Dalam keadaan Islami. Namun ibubapanya yang membesarkan manusia tersebut samada kekal dalam fitrah atau jauh darinya.


Malah mungkin kembalinya Michael akan membenihkan persoalan kepada yang masih belum mengenali wajah asli Islam. Untuk mengetahui mengapa seseorang itu sanggup keluar dari `zon selesa' dan memilih agama yang sering dihujani tanggapan negatif. Ini adalah peluang bagi umat Islam untuk memperkenalkan apakah itu Islam. Sebagaimana kisah Bilal Chin.



BLOGGER_PHOTO_ID_5272254335929271250


Akan tetapi, yang membuatkan hati membuak adalah respon yang saya baca terhadap berita tersebut. Komen-komen berprasangka kononnya beliau kembali kepada Islam kerana ingin melepaskan diri daripada kes mahkamah. Tidak ketinggalan yang berspekulasi beliau memeluk Islam kerana beliau akan ke mahkamah dan itu akan memburukkan imej Islam.


Ini mengingatkan saya kepada perbincangan saya dengan seorang saudara di forum maya. Milik sebuah organisasi (ada yang kata mereka gangster), yang tebal sentimen kemelayuannya. Saudara tersebut menyatakan bahawa mereka-mereka yang berbangsa cina kembali kepada Islam, tidak lain kerana nak mudah mendapat kontrak. Juga kerana hendak melepaskan diri daripada masalah kewangan semata.


Pada ketika itu saya akui, darah agak mendidih melihat sikap sebegitu.


Cukuplah dengan kelembapan kita memperjelaskan wajah Islam kepada bukan Islam. Wujud pula sikap sebegini membarah dalam diri manusia yang mengaku berTuhan dengan sebenar-benar tauhid. Itukah ajaran Tuhan melalui tauladan Nabi-Nya?


Di dalam sebuah perperangan, Usamah bin Zaid R.A telah berdepan dengan seorang lelaki. Lelaki tersebut kemudiannya mengucap "La ilaha il Allah".


Namun beliau tetap membunuhnya. Apabila kembali kepada Rasulullah SAW, Usamah menceritakan peristiwa tersebut.


"Adakah kamu membunuhnya sesudah dia mengucap La ilaha il Allah?" Nabi SAW bertanya.


"Wahai Rasulullah, lelaki tersebut mengucapkan demikian kerana takutkan hayunan pedang", jawab Usamah.


"Sudahkah kau membelah dadanya sehingga kau tahu dia benar-benar mengucapkan kalimah syahadah atau tidak??" Rasulullah SAW terus mengulang-ulang soalan tersebut sebagai menunjukkan bahawa salahnya perbuatan membunuh tersebut. [rujuk Sahih Muslim – hadis no: 158]


Melalui hadis di atas diambil pengajaran bahawa cukup kita melihat apa yang zahir. Siapalah kita untuk menilai iman orang lain. Tanyalah diri, mampukah kita mengukur kuantiti dan kualiti iman kita sendiri? Jika itupun diluar kemampuan. Tentu sekali di luar kemampuan kita menilai melebihi apa yang terzahir dapat dilihat.


Sepatutnya kembalinya beliau kita iring dengan doa. Moga Allah SWT terus memperkasakan aqidah hamba-Nya itu. Dan melalui peristiwa ini, membuka peluang kepada umat Islam yang giat berkongsi mesej Islam menceritakan keindahan Islam.




alFaisal

Kuala Lumpur

25 November 2008 / 27 Zulkaedah 1429

12.00 am

http://demipena. com

Kisah Muallaf buat Pengajaran

By: Bro Mas-Yuri Mahyiddin (FCR Alumni)
Let me share (or recap) pengalaman2 mualaf here...

Kisah 1

Di UTM Skudai awal tahun 2000, ada seorang student perempuan Cina yang masuk Islam. Tak lama kemudian dia terus pakai tudung. Labuh pulak tu. Mungkin dia bertudung labuh disebabkan dia berkawan baik dengan muslimat2 yang juga bertudung labuh. Tapi apa berlaku tak lama lepas tu?

Kawan2 dia yang non Muslim tahu benda ni (dia masuk Islam) disebabkan penampilan yang terbuka. So kawan2 dia beritahu parents mualaf tadi. Tak lama lepas itu dia dikeluarkan dari UTM Skudai & dihantar ke rumah uncle dia di Hong Kong ! Then lost contact! Kenapa jadi begini? Sebabnya ialah kawan2 Muslim dia tak ada skill how to handle mualaf.

Pengajaran: Rahsiakan keislaman seseorang mualaf jika keadaan memerlukannya. Oleh itu, sebagai FCR Alumni, kita patut selidik dahulu background familynya. Kalau familynya jenis yang amat menentang, dan mualaf itu sendiri adalah jenis yang tak kuat pendirian & tak kuat semangat, then RAHSIAKAN.

P/s: Bukan semua muslimat yang bertudung labuh yang begitu sifatnya.

Kisah 2

Seorang student lelaki Cina masuk Islam. Dia dihandle oleh seorang ustaz. Dia ni ada penyakit. Tiap bulan kena rawat. Ayah dia yang tanggung rawatan tersebut. Apabila dia masuk Islam, ustaz tu beritahu bahawa dia perlu (atau terpaksa) tinggalkan familynya. Mualaf ini percaya la bulat2. Kemudian dia ikut la nasihat (atau arahan?) tadi. Sudah semestinya rahsia dia peluk Islam diketahui ayah dia selepas dia keluar dari rumah.

Then what happen?

Rawatan bulanan dihentikan.. ..

Then what's next?

Ustaz tu tinggalkan dia macam tu saja disebabkan tak mampu nak tolong dai segi kewangan!

Pengajaran: Jangan handle sesuatu kes secara berseorangan. At least kita mesti maklumkan kepada beberapa orang yang kita percayai. Andainya berlaku masalah seperti di atas, mungkin kawan2 kita boleh membantu sama ada dalam bentuk kewangan ataupun dalam bentuk pandangan. Cthnya, mungkin ada di kalangan kawan kita itu yang tahu mengenai NGO yang boleh membantu mualaf tadi.

P/s: Bukan semua orang yang berstatus ustaz yang begitu sifatnya.

Kisah 3

Seorang perempuan Cina berumur 15 tahun memeluk Islam. Seorang cikgu di sekolahnya membantunya. Tetapi cikgu ini mahukan mualaf ini keluar dari rumah familynya, sehinggakan pada satu ketika, cikgu ini mengugut family mualaf ini untuk menggunakan kuasa jabatan agama supaya dia dibawa keluar. Since this sis is one of us inside this YG, then maybe this sis boleh ceritakan kisah yang selebihnya untuk diambil pengajaran oleh FCR Alumni member.

Kisah 4

Seorang non Muslim sedang berjinak2 dengan Islam. Dia call satu jabatan yang ada kaitan dengan agama Islam dan bertanyakan satu perkara. This guy bertanya sama ada dia perlu menukar nama asalnya ataupun tidak jika dia memeluk Islam, lalu dijawab oleh orang yang menjawab panggilan telefonnya itu dengan jawapan "Ya perlu". Selepas itu tidak ada lagi perbualan lanjut.

Pengajaran: Kekalkan nama asal sendiri & nama asal bapa. Tetapi seandainya mualaf itu sendiri yang memilih untuk menukar nama, then jangan sesekali kita menghalangnya. Sebaliknya cadangkan supaya mereka mengekalkan nama lama di samping penambahan nama Muslim.

Kisah 5

Seorang perempuan Melayu mualaf (yang pernah hampir2 murtad), dihandle oleh seorang ustazah. Satu hari, semasa ustazah ini datang ke rumah mualaf Melayu ini, ustazah itu bertanya soalan "Sudah solat sunat taubat ke belum?". Then mualaf ini berasa amat sedih & sakit hati dengan ustazah tadi.

Pengajaran: Jangan lemahkan semangat mualaf. Sebaliknya banyakkan kata2 yang boleh memotivasikan mereka. Sebutkan ayat2 seperti 39:53-54, 25:70 & 4:40.

P/s: Bukan semua ustazah yang begitu sifatnya.

Kes 6

Seorang mualaf hendak berkahwin dengan seorang Melayu. Majlis nikah dibuat di dalam sebuah surau/masjid. Family mualaf yang non Muslim juga hadir ke majlis tersebut. Kemudian seluruh family ini dihalau keluar dari surau/masjid tersebut.

Pengajaran: Sepatutnya bukan sahaja kita tak boleh menghalau keluar mereka yang non Muslim itu dari surau/masjid tersebut, malah sepatutnya secara beramai2 kita mengalu2kan kedatangan mereka. Kemudian kita explain tentang akidah selepas majlis akad nikah. So, this is our duty in future.

Kes 7

Ada seorang mualaf di UPM yang memeluk Islam hasil daripada usaha sendiri (tanpa didakwah oleh spesifik individu). Kemudian dia mahu belajar membaca Quran. Then kawan Muslim dia di UPM yang tahu mengenai keislamannya mencadangkan supaya dia belajar dengan seseorang yang lain (yang juga student UPM). Kemudian mualaf ini dipassingkan pula kepada seseorang yang lain pula. Kemudian passing lagi dan lagi.

Akhirnya mualaf ini bosan dan mengambil keputusan untuk belajar sendiri! Kini dia mempunyai very bad impression terhadap Melayu Muslim di kalangan kawan2 dia sendiri.

Pengajaran: Jom beramai2 jadi volunteer untuk membantu our new reverts!

Kes2 yang berikutnya mungkin boleh dikongsi oleh our reverts bro & sis yang ada dalam YG kita ni, dan boleh juga dikongsi oleh our bro & sis yang pernah handle mualaf....meowww

Wednesday, November 19, 2008

Experiencing the love of Allah

In Islam, nothing is more important than Allah and He is everything for Muslim. He is the eternal Creator, Savior, the only one God with no family or son and the One who deserves to be worshipped.

And He is the Oft-Forgiving, Full of Loving-Kindness,[85:14]

Allah is full of love and his Gracious extends to all mankind. The most important thing is, He gives us faculty of intellect to guide us towards His way of salvation and to differentiate which is right or wrong. Since the developing of faculty of intellect progress as one grows and gain knowledge, many will wonder.What about the baby which is their thinking is not develop yet? Well, no worry about them since they are born in the state of fitrah (pure, clean, sinless, Islam) no matter in what family they are born to. So, if the baby dies, he will straight away go to heaven.

It is also mention in the Hadith that Allah is tenderer towards His creatures than a mother towards his infant. Hurm... Interesting huh! However, Allah love does not means that you will never get punishment if you sins against him. This is because, his love is just. But, he however is oft-forgiving and can forgive all sins except Shirk (which means you associate God with others or says that God has family).

In Islam, it is very easy to gain rewards with the grace of Allah. If something cross in your mind about doing good but you didn’t perform it, then you will be giving one reward. But if you perform it, then you get double. Even throwing rubbish into dustbin will gain you a reward from Allah. Wow! I can have a lot of rewards then.

So, let us experience the Love of Allah and may we will be rewarded by him the most pleasurable heaven. Ameen!

i-Medic sesi 2008/2009, keluaran pertama, Persatuan Sains Perubatan

Tuesday, November 11, 2008

Suka Duka Saudara Baru Untuk Diiktiraf Sebagai Muslim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan tuan dan puan puan yang saya hormati.

Saya ingin menengahkan satu masaalah besar yang dihadapi oleh saudara saudari baru kita di Malaysia ini.


Bagi kita yang lahir sebagai Muslim, ramai yang mengambil mudah akan hakikat diri itu beragama Islam dan hidup tanpa sedar akan kepayahan mereka yang lahir dikalangan orang orang kafir dan setelah membesar dan mendapat Taufik dan Hidayah dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala berusaha untuk memeluk Agama Islam nan suci ini.





Cikgu Nur Aliya Yeoh binti Abdullah.

Seorang rakan blogger saya @ Cikgu Nur Aliya Yeoh binti Abdullah melalui pengalaman pengalaman yang amat mencabar dan menduga tahap kesabarannya bila terpaksa menghadapi pelbagai macam kerenah kerenah birokrasi pegawai pegawai Kerajaan Malaysia.

Kalau orang yang kurang sabar atau rapuh imannya, sudah tentu akan berkata' Ah! Persetanlah dengan ini semua!' dan membatalkan hasrat mereka untuk menjadi seorang Muslim!

Namun Alhamdulillah beberapa orang Mualaf yang saya kenal didalam hidup saya ini membuktikan kesungguhan dan kemantapan iman mereka dan berjaya melalui keseluruhan ujian ujian dari manusia manusia berbangsa Melayu dinegara ini yang merasakan diri mereka lebih Islam dari yang lain padahal suratkhabar dan majalah majalah agama mendedahkan kes kes jenayah jenayah yang memaparkan realiti sebaliknya.

Saya amat kagum dan bangga dengan sahabat sahabat saya ini terutama sekali dengan Cikgu Nur Aliya diatas semangat nya dan Ustaz Haji Kamaruddin Abdullah Santanasamy, rakan pengasas Pusat Dakwah Islam yang kami tubuhkan di Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang.







Ustaz Haji Kamaruddin Abdullah sedang berdakwah kepada seorang pelancung yang hadir di pusat dakwah kami di Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang.

Mereka adalah simbol insan insan istimewa yang melalui 'Gauntlet of Fire' didalam hidup mereka demi untuk menegakkan Ad Deenullah didalam jiwa mereka dan membantu yang lain untuk memahami Agama Islam yang maha suci.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala merahmati kehidupan mereka berdua ini dan juga rakan rakan mualaf yang lain supaya terus tabah menghadapi ragam ragam manusia sesama agama ditanahair ini yang sayangnya mengidap penyakit ujub dan riya' didalam hati mereka dan memandang rendah terhadap mualaf!

Saya memohon kepada para pembaca agar menasihati mereka yang memandang rendah terhadap para mualaf supaya bertaubat dan kembali menghayati ertikata menjadi seorang Muslim didalam pengertian yang sebenarnya. Insya Allah.

Mari lah kita membaca luahan hati Cikgu Nur Aliya yang terkini yang saya petik dengan izinnya dari blog beliau di Musings of a Mualaf yang beralamat http://pukullima.blogspot.com.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Artikel ini muncul dalam pos bulan Disember 2007. Saya pos sekali lagi bagi pengetahuan pembaca yang baru mengenali blog ini agar dapat membantu mereka yang berhasrat memeluk Islam. Bacalah dan bayangkanlah kalau anda mualaf yang baru memeluk Islam :)


Tape apakah yang saya maksudkan?

Bukan tape pelekat tetapi (red tape)@ kerenah birokrasi yang saling berkait, berlingkaran, dan mengambil masa lama untuk diurus.

Tape pertama: Mendaftar di Jabatan Agama Islam PP
Saya pergi ke sana dengan dua orang ustazah yang menjadi saksi pengislaman saya tempoh hari. Mereka juga ingin tahu prosedur yang perlu dilalui oleh seseorang yang hendak memeluk Islam. Ya la, bukan semua orang tahu tentang perkara ini. Kebetulan kami tiba agak lewat, maka proses yang dijalani kurang rumit.

Pertama, mendengar penerangan ringkas tentang konsep Islam.
Saya angguk faham, mudah apabila dua orang ustazah memberitahu pegawai bertugas bahawa mereka telah memberi penerangan lengkap kepada saya lebih awal lagi.

Kedua, mengisi Borang Maklumat Diri.
Sekali lagi dinasihati agar kekalkan nama keluarga.

Ketiga, diberi Surat Perakuan Masuk Islam Sementara yang mempunyai tarikh luput satu bulan. Surat sebesar ketas A4 ini penting, satu-satunya dokumen yang membuktikan keIslaman seseorang.

Keempat, diminta hadir kursus Fardu Ain untuk sebulan. Alamak, susah sebab saya tak ada pelepasan daripada pihak universiti, maklum saja semester baru bermula.

Alhamdulillah ustazah-ustazah saya menawarkan diri untuk mengajar. Kelonggaran diberi dengan syarat kembali ke situ untuk ditemuduga dalam tempoh sebulan.

Saya pulang dengan satu beg barang saguhati peralatan ibadah untuk saudara baru iaitu sejadah, pakaian sembahyang, terjemahan al-quran, buku asas fardu ain, serta buku asas mengerjakan sembahyang. Terima kasih.

Tape kedua: Kena lulus temuduga untuk dapat Sijil Masuk Islam
Haiyah!! Kena belajar ekspres pula sebelum diakui orang Islam oleh Jabatan Agama Islam. Dalam tempoh genap 30 hari pula tu. Banyak pula yang kena tahu.

Rasa-rasanya bukan semua orang Islam yang lahir dalam keluarga Islam yang boleh lulus temuduga kalau disoal semua perkara berikut.

Tak bolehkah beri tempoh lebih lama atau kurangkan topik yang perlu diketahui? Tensyen jadinya, tambahan saya juga merupakan mahasiswi yang belajar sepenuh masa.

Saya petik daripada Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri PPinang:

Kaedah Jagaan Dan Pengajaran Orang Masuk Islam Dan Cara Pendaftarannya.

(2) Mana-mana orang yang telah menghadiri mana-mana kelas Fardhu Ain di bawah perenggan 5 (1)
(b) hendaklah ditemuduga bagi memastikan tahap kefahaman Islam orang tersebut dan soalan-soalan yang perlu dikemukakan ialah –
(a) pengertian Iman dan Islam menurut bahasa dan istilah syarak;
(b) huraian rukum Iman dan Islam;
(c) pengertian bersuci dalam Islam seperti Istinjak, jenis-jenis air dan jenis najis/cara- cara mandi wajib@ mandi hadas besar;
(d) pengertian wudhu’ dan rukun-rukunnya;
(e) cara-cara melaksanakan sembahyang 5 waktu dan sembahyang Jumaat;
(f) Bacaan-bacaan wajib dalam sembahyang (Tabiratul Ihram, Surah Al-Fatihah, Tahiyat/Tasyahud dan Taslim/Salam)
(g) Pengertian hukum dan pembahagiannya.

Tape ketiga: Dapatkan Sijil Masuk Islam
Alhamdulillah saya lulus. Disuruh oleh Ustaz Malik untuk membaca Tahiyat akhir daripada ingatan. Saya katakan saya belum hafal sepenuhnya kerana sukar nak ingat kesemuanya dalam tempoh sebulan. Saya berdialog panjang dengan Ustaz Malik dan meminta dia menyoal bahagian lain yang saya tahu (amoi ini memang tak takut sesiapa kecuali Allah). Akhirnya dia mengalah dan mengistiharkan saya lulus :P.

Malangnya pegawai yang sepatutnya menandangani Sijil Masuk Islam bercuti dan tiada pegawai yang diamanahkan menggantikan tugasnya. Terpaksalah saya jadi orang Islam tak berdokumen pengenalan Islam selama dua minggu . Itu pun syukur kerana saya sudah bertudung.

Andai kata ditakdirkan maut dalam keadaan tiada dokumen dan mayat diambil oleh keluarga saya yang bukan Islam, jadi pula kes rebut mayat. (huhuhuuu).

Selepas menelefon Ustaz Malik berkali-kali dan merayu meminta dokumen berkenaan, akhirnya saya terpaksa meminta bantuan Pusat Islam untuk campur tangan.

Sijil yang ditunggu-tunggu sampai ke tangan saya dua minggu lewat. Terpaksa dihantar sendiri oleh Ustaz Malik kepada Ketua Imam Masjid al-Malik, USM. Agaknya sehingga hari ini Ustaz Malik masih ingat Aliya ini, hehehe.

Tape keempat: Surat Akuan Sumpah
Terpaksa pula mencari Pesuruhjaya Sumpah untuk mengangkat sumpah bahawa saya telah memeluk agama Islam, dan bahawa saya telah menggugurkan penggunaan nama lama untuk dikenali dengan nama Islam saya dalam segala perkara. Wajib ada surat akuan ini barulah permohonan untuk kad pengenalan baru boleh diproses. Khidmat ini tidak disediakan di Pejabat Agama Islam. Oleh sebab kesibukan studi dan kesuntukan masa untuk mendapatkan Pesuruhjaya Sumpah, akhirnya Sijil Masuk Islam dari negeri lain, Surat Akuan dari negeri lain. Bila ingat balik, terasa lucu juga.
Semoga Allah berkati pasangan Melayu yang tidak dikenali yang begitu baik hati membayar bagi pihak saya untuk Surat Akuan Sumpah tersebut. Kata mereka, sebagai menyambut saya sebagai saudara seagama mereka.

Tape kelima: Borang Permohonan Pindaan Butiran Dalam Kad Pengenalan
Sudah tentu saya mahu membuat kad pengenalan yang mempunyai nama baru saya dan perkataan Islam tertera di bawah gambar foto. Lagipun tak elok gambar lama yang tidak menutup aurat dilihat setiap kali saya mengeluarkan MyKad. Saya sudah mulai letih menerangkan mengapa saya memeluk Islam setiap kali orang membaca nama lama saya dan melihat saya memakai tudung. Masyarakat kita masih belum bersedia menerima wanita bernama Cina yang memakai tudung, melainkan dia rakyat negara China.Borang ini terhad di Jabatan Agama Islam. Saya minta juga kerana hendak menjimat masa dan tenaga pergi ke Pejabat Pendaftaran Negara, dan diberi borang terakhir dalam simpanan mereka. Borang ini perlu dilengkapkan dan dihantar kepada Bahagian Pendaftaran Negara di Putrajaya. Kalau pergi ke Pejabat Pendaftaran Negara yang terdekat pun, borang yang sama tetap perlu diisi.


Dokumen-dokumen lain perlu dikepilkan sekali, iaitu:
- Surat Akuan Berkanun Asal
- Salinan Sijil kelahiran
- Sijil Memeluk Agama Islam
- Wang Pos RM10

Saya diberitahu oleh seorang saudara baru ketika menerima wang sumbangan zakat bahwa MyKad barunya mengambil masa selama 6 bulan untuk siap. Saya tak mahu tunggu begitu lama, jadi pada waktu cuti, saya turun sendiri ke Putrajaya. Alhamdulillah walaupun buat kali pertama sampai ke sana, dengan bantuan kawan saya Ija, saya berjaya menghantar sendiri borang ini dengan dokumen yang diperlukan kepada pegawai bertugas. Permohonan saya diluluskan dalam tempoh sebulan tetapi surat tiba dua bulan kemudian. Tak kisah lah, dua bulan lebih baik daripada enam bulan.

Tape keenam : Menunggu MyKad baru
Kena tunggu dua bulan lagi untuk siap. Sabar sajalah dan senyum simpul setiap kali apek teksi tanya, “eh, lu Cina atau Melayu ahh?” bila nampak pas masuk ke dalam kampus saya yang masih bernamakan nama lama. Nak senang, saya jawab, “Apek, bapa saya Cina.”
“Oh, jadi lu masuk Melayu kah?” Nak selamat, senyum tak perlu jawab…

Alhamdulillah sekarang MyKad baru dah dapat, pas universiti dengan nama Islam pun dah dibuat dan digunakan sehingga saya tamat pengajian universiti. Lega sungguh kerana urusan seharian yang memerlukan pengenalan diri seperti urusan bank, paspot, dan sebagainya pasti lebih mudah dilakukan menggunakan MyKad baru. Tak banyak soal lagi.

(Saya tersilap rupanya. Tengoklah apa yang perlu diharungi semasa memohon paspot. Urusan bank banyak yang masih menggunakan nama asal. Tunggulah, kalau susah sangat, saya cari saja bank yang memudahkan saya. Setakat ini alhamdulillah Bank Muamalat dan BSN memberi kerjasama yang baik).

Selepas melalui semua tape ini, barulah saya sedar mengapa masih terdapat saudara baru yang masih belum mengutip Sijil Masuk Islam mereka dari Pejabat Agama Islam. Mengapa ada orang yang telah memeluk Islam yang dikatakan murtad, dan ada yang masih belum diketahui pengislamannya oleh ahli keluarga kerana pertukaran dokumen pengenalan diri merupakan pilihan individu itu sendiri. Juga mengapa masih ramai yang tidak menukar kad pengenalan untuk menyatakan secara bertulis bahawa mereka sudah beragama Islam, kerana tak tahu prosedur dan tak dibantu oleh orang yang bertanggungjawab. Sebenarnya kalau tak umumkan pertukaran agama, tiada siapa yang tahu atau ambil kisah, sehingga orang berkenaan meninggal dunia di hospital. Barulah heboh satu negara apabila berlakunya perebutan mayat antara ahli keluarga dan pihak Jabatan Agama yang tidak melakukan lawatan ke rumah saudara baru setelah Sijil Masuk Islam dikeluarkan.

Mengistiharkan diri sebagai orang Islam di Malaysia adalah satu proses yang rumit, panjang dan lama.

SEMUANYA KENA URUSKAN SENDIRI.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Begitulah tuan tuan dan puan puan para pembaca blog yang saya hormati sekelian, suka duka saudara baru kita yang selalunya tidak diendahkan orang.

Cabaran cabaran yang hebat menanti mereka yang mahu memeluk Agama Islam di Malaysia ini.























Saya rasa Kerajaan Malaysia harus menganugerahkan satu pingat emas kepada setiap mualah yang berjaya melalui halangan halangan birokrasi kakitangan pegawai jabatan jabatan dan kementerian mereka sendiri kerana bukan sebarangan orang boleh tahan sabar dengan segala birokrasi tanpa perlu ini?

Bukan mudah untuk lulus sebagai seorang mualaf di tanah air kita.

Mereka bukan sahaja akan menghadapi cemuhan dan prasangka buruk dari masyarakat sekaum dengan mereka tetapi dipandang rendah pula oleh golongan tertentu didalam masyarakat Islam di Malaysia ini.

Mereka akan dituduh masuk Islam kerana kemaruk dengan diskaun kos harga rumah 5 hingga 7% bagi mereka yang bertaraf bumiputera!

Mereka akan dituduh cuba mendapatkan peruntukan rumah kos rendah yang dikhaskan untuk orang orang Melayu, dsbnya!

Mereka akan dituduh 'Masuk Melayu' oleh orang orang yang 'kureng' dibahagian pemahaman ertikata sebenar agama Islam disini.

Siapa yang boleh menukar keturunannya?

Tengok muka sahaja kita dah tahu sipolan ni bangsa apa dan sebagainya? Hanya orang yang 'kureng' sahaja boleh keluarkan kenyataan kenyataan kurang bijak seperti itu!

Nak kata bodoh ramai yang melenting karang tetapi bukankah itu hakikatnya?

Pelbagai ujian ujian sosial akan dihadapi oleh mereka yang hanya mahu hidup sebagai orang Islam setelah mendapat kesedaran akan siapa diri mereka sebenarnya dan siapa Tuhan sebenar yang berhak disembah?

Sebab itulah saya amat sayang akan kedua sahabat saya yang saya rujuk didalam artikel ini.

Sehingga kehari ini, saya akan mendapat berita dari Kamaruddin tentang cabaran cabaran terkini yang dihadapinya di Masjid Kapitan Keling.

Saya akan menasihatinya supaya bersabar dan ingat kepada azamnya untuk hidup dan mati dijalan Allah!

Kita hidup dengan izin Allah dan kalau boleh biarlah kita mengakhiri hayat kita dijalan Nya!

Amin.

Semoga setiap pembaca artikel ini akan sedar akan perlunya kita membantu para mualaf dikalangan kita dan bersedia membela mereka dari ketidakadilan didalam tanahair kita ini.

Insya Allah.

Selamat menunaikan solat Jumaat dan Selamat Berbakti terhadap para mualaf dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan dan kerjasama kita. Allah tetap akan membalas jasa jasa tuan puan semua. Insya Allah.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

http://mahaguru58.blogspot.com/2008/11/suka-duka-saudara-baru-untuk-diiktiraf.html

Bengkel Dakwah Syeikh Yusuf Estes

Assalamualaikum w.b.r. kepada semua yang dikasihi,

Bengkel Dakwah oleh Sheikh Yusuf Estes,bekas Paderi dan Pendakyah Kristian dari Texas,Amerika Syarikat.

Tarikh: 16hb Nov 2008/Hari Ahad.

Waktu: 8.30pagi hingga 13.30 tengahari.

Tempat: Dewan Kuliah G31, Bangunan Sains Komputer, bersebelahan dengan Masjid Al Malik Khaliq USM,Pulau Pinang.

Yuran: Rm20.00, bayaran boleh dibuat pada hari tersebut.

Permohonan Pendaftaran tutup bagi pihak ipsi pada 14hb nov 2008. Permohonan Pendaftaran Baru pada hari tersebut tidak akan dilayan.Harap Saudara dan Saudari dapat mendaftar dengan secepatnya atas sebab terhadnya pesertaan.

Kepada yang telah menghantar email kepada ipsi, ini adalah informasi lanjutan. Harap Maklum.

Bantulah kami untuk membantu Agama Allah.

Sekian Terimakasih

Kamarudin Abdullah (ipsi7@streamyx.com)

IPSI


ISLAM UNTUK SEMUA DAN INDAHNYA ISLAM DENGAN DAKWAH

Erti Hidup Dengan Memberi, Erti Bijaksana Dengan Hikmah