Jawapan oleh Bro Jacknaim
www.jacknaim.blogspot.comwww.kelasperadabannabawi.blogspot.com
*******************
ASSALAMU’ALAIKUM, artikel ini ditulis disebabkan timbulnya perbahasan mengenai kesahihan Al-Quran yang menjadi asas kepada perkembangan Sains. Ada yang menyalahkan pendekatan cendiakawan islam yang menggunakan pendekatan Sains dan Al Quran yang konon-kononnya telah membuka pekung Al-Quran yang mengandungi banyak kejadian pelik, aneh dan kontradiksi. Di sini saya menggabungkan dua entry sekaligus di bawah entry perbezaan masa dalam Quran yakni berkaitan dengan
1)Penciptaan bumi, enam hari ataupun lapan hari
2)Tempoh masa sehari bersamaan seribu tahun ataupun 50 000 tahun.
INSHAALLAH saya akan cuba menjawab isu ini dengan keterbasan ilmu saya. Sebelum saya memulakan hujah, saya ingin anda membuka mata untuk menerima dua teori yang dihasilkan oleh Ahli sains Terkenal, Albert Einstein. Dua teori tersebut ialah ‘General Theory of Relativity’ dan ‘Special Theory of Relativity.’ Mungkin penerangan saya adalah secara serba ringkas sahaja memandangkan background saya sebagai pelajar sains biology. Kedua-dua teori ini pun saya pelajari melalui powerpoint Bro Shah Kirit, Mentor saya dalam comparative Religion.
General Theory of Relativity.
Gµѵ + Ag µѵ = ΛΤµѵ
SECARA asasnya, teri ini menyatakan bahawa
-Alam semesta ini berkembang.
-Alam semesta akan mengecut sekiranya kita bergerak semakin ke belakang.
-Alam ini dicipta dari satu titik permulaan (tanpa masa, ruang atau jisim)
KESIMPULAN daripada teori ini dapat saya rumuskan kepada dua perkara iaitu
-Alam berkembang mengikut kadar terus dengan pertambahan masa.
-Alam terhasil dari satu ‘point of singularity’ yang seterusnya berkembang dan semakin berkembang.
Special Theory of Relativity (Photon of Electromagnetic Radiation)
-Kewujudan satu alam yang lain.
-Masa berkadar songsang dengan kelajuan. Sekiranya kelajuan bertambah, maka masa akan menjadi perlahan.
Ciri-ciri photon (Unit bagi tenaga)
-diluar kawalan dan peraliran masa
-Berada di mana-mana pada masa yang sama.
-Alam ini dicipta darpada photon dan ia melanjutkan dan mengekalkan alam ini.
-Segala bentuk maklumat dipindahkan melalui photon.
*********
BAIKLAH, sebelum mengupas isu ini dengan lebih lanjut, seterusnya saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai satu prinsip penghasilan kapal terang stealth bomber yang pernah diterangkan dalam sebuah buku yang pernah saya baca suatu masa dahulu.
“When the speed of an object increase, we hardly see the object. Furthermore, when the speed of the object equal to the speed of light, the object become invisible.”
#Saya akan terangkan kemudian mengapa saya menjelaskan konsep ini.
*********
Alam ini diciptakan dalam masa enam hari ataupun lapan hari.
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy [7:54] , juga rujuk ayat 10:3, 11:7 dan 25:29.
Sekarang, rujuk pula ayat-ayat ini.
Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang menciptakan bumi dalam dua masa [41:9]
Dan dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kokoh di atasnya. Dia memberkahinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni)nya dalam empat masa [ 41:10]
Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa[42:12]
MELALUI satu pengiraan mudah ayat-ayat dari surah Al Fushiilat:9-12 ini, maka konklusi yang dibuat ialah alam dicipta dalam masa 8 hari.2 hari penciptaan bumi + 4 hari penciptaan gunung-gunung dan pokok-pokok + 2 hari penciptaan tujuh langit = 8 hari. Maka secara superficialnya orang akan menafikan kesahihan ayat Al-Quran dan mereka yang tidak faham dengan Al-Quran akan terikut-ikut dengan konsep ini. Lalu mereka menyatakan adanya kontradiksi dalam Al-Quran.
Jawapan.
PERTAMA sekali kita perlu ingat bahawa perkatan yaum’ yang digunakan dalam ayat-ayat di atas tidak semestinya bermaksud enam hari manusia. Hal ini kerana perkataan Yaum’ itu sendiri daripada bahasa arab yang apabila diterjemahkan ke Bahasa Melayu membawa maksud,
1) Hari
2) Tempoh atau jangka masa yang panjang.
MAKSUD ayat di atas bukanlah Allah menciptakan bumi dalam masa dua hari dan setelah habis tempoh dua hari, Allah menyambungnya dengan mencipta gunung-ganang selama empat hari. Ia sebaliknya berlaku secara serentak dan berterusan. Maknanya dalam masa dua hari, Allah mencipta bumi dan gunung-ganang. Tetapi masa tambahan selama dua hari dugunakan untuk mencipta gunung-ganang. Jadi keseluruhan ciptaan bumi dan gunung ganang ialah empat hari. Setelah ditambah pula dengan penciptaan langit selama dua hari, maka lengkaplah enam hari penciptaan bumi. Untuk lebih memahami perkara ini, saya akan embawakan beberapa analogi.
1) Saya ingin membina sebuah rumah. Saya mengambil masa selama dua hari untuk membina rangka, empat hari untuk membuat diding dan pelantaian dan dua hari lagi untuk mengecat. Dalam temoh dua hari membuat rangka rumah itu, saya juga telah memulakan kerja-kerja memasang dinding dan lantai. Setelah semua rangka siap, saya masih lagi meneruskan kerja-kerja memasang dinding dan pelantaian dan kerja ini hanyalah siap dua hari berikutnya. Yakni dari tempoh saya mula-mula membuat rumah. Jadi pembinaan rangka, pemasanngan dinding dan lantai mengambil masa selama empat hari. Setelah siap rumah itu, saya mengambil masa tambahan selama dua hari untukkerja-kerja mengecat. Jadi jumlah keseluruhan masa untuk saya menyiapkan rumah itu ialah enam hari. [analogi saya untuk faham konsep ini]
2) Dalam empat hari adalah seperti berkata… “Saya memulakan perjalanan dari basra ke Baghdad dalam masa 10 hari dan ke Kufa selama 15 hari. Jadi keseluruhan masa perjalanan dari Bara ke Baghdad dan ke Kufa mengambil masa selama 15 hari.” [Al Qurtubi, al-Jaami’ li Ahkaam al-Qur’aan, vol. 15, p. 343]
3) Dalam masa empat hari bolehlah ditafsirkan seperti.. ”Saya berkahwin dengan seorang perempuan semalam dan hari ini saya mempunyai dua isteri. Jadi hari ini saya mempunyai dua isteri. Seorang dikahwini semalam dan seorang dikahwini hari ini.” [Al-Baghawi, Tafsir Al-Baghawi, 7/165]
4) Manakala Al- Zajjaaj dalam kitabnya, Al- Kashaaf, vol 3, p.444 pula berkata bahawa dalam empat hari bermaksud ‘dua hari yang dikira dengan tambahan dua hari sebelumnya’
MAKA tiadanya kontradiksi dalam ayat-ayat di atas. Bahkan perkara yang sebenarnya ialah, Surah Al Fushilaat inilah yang melengkapi dan membenarkan surah 7:54, 10:3, 11:7 dan 25:29 bahawa Alam dicipta dalam masa 6 hari.
*********
Masa Di sisi Allah bersamaan dengan 1000 tahun ataupun 50 000 tahun?
“Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu” [22:47]
Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu [32:5]
Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun [70:4]
PERTAMA sekali, saya ingin nyatakan bahawa masa Allah tidak sama dengan masa Manusia. Seperti yang saya jelaskan di awal artikel, alam dicipta dari point of singularity yang mana tiadanya konsep masa. Maknanya, Allah berada di luar point of singularity dan masa Allah sudah semestinya berbeza dengan masa manusia selepas penghasilan alam semesta.
DI SINI juga saya ingin membuat penegasan sekali lagi bahawa perkataan yang digunakan dalam kesemua ayat di atas ialah Yaum’ yang boleh membawa maksud hari atau tempoh jangka masa yang panjang.
SUKA juga untuk saya jelaskan disini mengenai maksud kontradiksi. Kontradiksi bermaksud adanya percanggahan apabila merujuk kepada SATU benda atau kejadian yang sama. Untuk memudahkan pemahaman kita, saya sediakan situasi dibawah.
Premis 1 : Perjalanan saya dari Pahang ke Terengganu mengambil masa satu jam
Premis 2 : Perjalanan saya dari Pahang ke Kemboja mengambil masa 50 jam.
Penjelasan:
Ayat ini bukanlah kontradiksi kerana ia merujuk kepada dua perjalanan yang berbeza.
Premis 1 : Perjalanan saya dari Pahang ke Kemboja, menaiki kapal terbang mengambil masa satu jam
Premis 2 : Perjalanan saya dari Pahang ke Kemboja menaiki bas mengambil masa 50 jam.
Penjelasan
Ayat ini juga bukan kontradiksi walaupun destinasi sama tetapi kaedah perjalanan adalah berbeza.
KEDUA-DUA situasi di atas merupakan jawapan kepada ayat- ayat yang dikatakan bercanggah itu. Jika kita perhatikan, ayat 22: 47 merujuk kepada tempoh masa azab diturunkan. Ayat 32:5 merujuk kepada urusan penyampaian maklumat. Maka di sini jelas menunjukkan bahawa ia merujuk kepada event yang berbeza. Jadi di sini, tiada istilah kontradiksi yang sepatutnya digunakan.
HAL ini juga samalah dengan ayat 70:4 Cuma penambahan ialah cara pergerakan malaikat dan pergerakan manusia. Perbandingan pergerakan malaikat untuk menghadap Allah ialah satu hari berbanding masa yang di ambil manusia sekiranya menghadap Allah ialah 50k tahun. Kita tidak tahu apakah method yang digunakan Malaikat untuk bergerak. Mungkin kelajuan Malaikat itu tersangat laju sehingga membatasi masa manusia yang begitu perlahan sekali. Mungkin juga disebabkan itulah Kita tidak dapat melihat malaikat. Kelajuannya yang laju berkemungkinan menyamai laju cahaya atau mungkin lebih dari itu menyebabkan mereka ghaib.
DI SINI juga saya ingin memetik beberapa ayat daripada Holy Bible untuk diperdebatkan mengenai erti sebenar kontradiksi.
‘Therefore Michal the daughter of Saul had no child unto the day of her death [2 Samuel 6:23]
‘…and the five sons of Michal the daughter of Saul…’ [2 samuel 21:8 ]
‘When Toi king of Hamath heard that David had smitted all the host of Hadadezer, Then Toi sent Joram
his son unto king David…’ [2 Samuel 8:9&10]
‘Now when Tou king of Hamath heard how David had smitten all thehost of Hadarezer king of Zobah; He sent Hadoram his son to king David,…’ [1 Chronicles 18:9]
‘And David took from him a thousand chariots and seven hundred horseman and twenty thousand
footmen…[2 Samuel 8:4]
‘And David took from him a thousand chariots, and seven thousand horsemen, and twenty thousand footmen…’ [1 Chronicles 18:4]
*******************
Tambahan :
Penciptaan Alam mengikut Teori Big Bang dan Teori Relativiti
KEDUA-DUA teori ini saling menyokong antara satu sama lain. Pada peringkat awal penciptaan alam, Teori Relativiti mengatakan bahawa alam ini tercipta daripada satu point of singularity. Teori Big Bang pula mengatakan bahawa titik permulaan itu ialah ‘Nebula primer’. Dan hal ini turut disokong oleh Al-Quran
Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, [21:30]
KEMUDIAN satu letupan yang kuat (big bang) telah menyebabkan perpecahan Nebula Primer untuk membentuk Nebula Sekunder. Ini juga selari dengan ayat sambungan 21:30
kemudian Kami pisahkan antara keduanya[21:30]
MAKA bermula dengan pembentukan Nebula sekunder inilah, alam mula terbentuk. Saintis telah mengambil kata sepakat bahawa penciptaan alam ini dimulakan dengan proses pengumpulan gas yang akhirnya membentuk sifat-sifat lain alam seperti galaksi dan bintang-bintang. Maka disini, sekali lagi kita dapat lihat keselarian antara Sains dan Al Quran
Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, [41:11].
SETERUSNYA, bermula dari sini, alam mula berkembang dan membesar. Pelopor astronomi AS, Edwin Hubble telah memerhatikan perkembangan alam ini menggunakan teleskop ciptaannya. Perkara ini selaras dengan teori relativiti jirim. Bahkan sehingga sekarang kita dapati bahawa alam ini terus berkembang mengikut pertambahan masa. Betapa uniknya, Al-Quran telah menyokong teori sains ini.
Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa [51:47]
‘BERKUASA’ atau dalam bahasa arabnya musioon sebenarnya lebih tepat membawa kepada maksud mengembangkannya.
PERKARA ini telah menimbulkan kekaguman kepada saintis terkenal Stephan Hawking dan beliau telah mengulas hal ini dalam bukunya ‘A Brief History of Time’.
Maka berdasarkan hujah-hujah di atas, dapatlah kita membuat beberapa kesimpulan penting. Yang pokoknya ialah, tiadanya percanggahan di antara Islam dengan Sains. Keduanya, tiadanya percanggahan dalam al-Quran yang telah terbukti kesahihannya. Dan terakhirnya ialah, Al Quran itu benar-benar wahyu dari langit yang diturunkan ALLLAH, Tuhan yang maha mengetahui. Maka besarlah harapan saya agar mereka-mereka yang menolak penghujahan penggunaan Sains dalam membuktikan kesahihan Islam supaya meneliti balik ucapan mereka. Ingatlah, Uniknya Islam ialah apabila ia menyediakan jawapan untuk setiap permasalahan. Dan permasalahan yang ditimbulkan merupakan sesuatu yang kecil sahaja. Ia menjadi besar apabila kita tidak melihatnya dengan Ilmu dan kita sebenarnya masih ragu-ragu dengan agama kita. Oleh yang demikian, saya menyeru diri saya sendiri dan anda semua untuk kita sama-sama tingkatkan pemahaman kita mengenai Islam.
1 comment:
Well written, thnx.
Post a Comment