Soalan daripada saudara kristian.
Penindasan terhadap wanita dari segi kebebasan bercakap disebabkan wanita terikat dengan konsep aurat suara.
**************
Jawapan
Oleh:Kelas Peradaban Nabawi team
Suara sememangnya aurat bagi kaum wanita tetapi pada ketika dan gaya tertentu. Untuk percakapan biasa, ianya dibenarkan. Semasa zaman rasulullah, sekumpulan wanita meminta supaya diadakan sesi kelas agama untuk mereka bertanyakan soalan berkaitan agama. Selain daripada itu, terdapat satu surah dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa Rasulullah sendiri berbicara dengan kaum wanita (p/s: mengikut adat-adat dan batasan agama)
Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang mengajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat [Al Mujaadilah, 58:1] [1}
Dalam agama islam, wanita dibenarkan bercakap dengan lelaki. Cuma mereka dilarang daripada menggunakan suara yang mendayu-dayu dan menggoda kerana ia boleh menjurus kepada perbuatan zina. Ini diterangkan dalam al Quran, di mana Allah S.W.T berfirman
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk[2] dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya[3] dan ucapkanlah perkataan yang baik, Al Ahzab,[33:32]
Walaubagaimanapun, wanita tidak dilarang dari meninggikan suara mereka. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh oleh Ibn Abi Hatim, Rasulullah S.A.W mendengar seorang wanita membaca surah Al Ghasiyyah dengan kuat sewaktu baginda melalui sebuah jalan pada waktu malam di Madinah dan baginda tidak menghalang wanita itu.
Para sahabat juga sering bertanyakan Isteri Nabi berkenaan pelbagai hal keagamaan dan baginda sering menjawabnya. Kerana itulah kita mempunyai hadis daripada Aishah dan sawda.
Al Baihaqi juga pernah menyatakan dalam kitabnya Fiqh-ul-Sunnah, Vol.1. pp. 104-105, 113 bahawa Saidatina Aishah R.A pernah azan dan menjadi Imam bagi solat wanita. Kerana itulah mazhab Shafi’I dan Hambali membenarkan wanita azan. Walaubagaimanapun, solat jemaah yang diimamkan wanita hanyalah untuk wanita dan tidak boleh disertai oleh kaum lelaki.
Berbanding pula dengan agama kristian, wanita tidak dibenarkan bercakap semasa berada dalam gereja walaupun untuk bertanyakan soalan keagamaan.Ini lebih diskriminasi berbanding dengan agama islam.
"As in the churches of the saints, the women should keep silence in the churches. For they are not permitted to speak, but should be subordinate, as even the law says. If there is anything they desire to know, let them ask their husbands at home. For it is shameful for a woman to speak in Church."[ 1 Corinthians 14:34-35]
**************
[1].Sebab turunnya ayat ini ialah berhubungan dengan persoalan seorang wanita bernama Khaulah binti Tsa´labah yang telah dizhihar oleh suaminya Aus ibn Shamit, yaitu dengan mengatakan kepada isterinya: Kamu bagiku seperti punggung ibuku dengan maksud dia tidak boleh lagi menggauli isterinya, sebagaimana ia tidak boleh menggauli ibunya. Menurut adat Jahiliyah kalimat zhihar seperti itu sudah sama dengan menthalak isteri. Maka Khaulah mengadukan hal itu kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah menjawab, bahwa dalam hal ini belum ada keputusan dari Allah. Dan pada riwayat yang lain Rasulullah mengatakan: Engkau telah diharamkan bersetubuh dengan dia. Lalu Khaulah berkata: Suamiku belum menyebutkan kata-kata thalak Kemudian Khaulah berulang kali mendesak Rasulullah supaya menetapkan suatu keputusan dalam hal ini, sehingga kemudian turunlah ayat ini dan ayat-ayat berikutnya. |
[2]. Yang dimaksud dengan tunduk di sini ialah berbicara dengan sikap yang menimbulkan keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap mereka. [3]. Yang dimaksud dengan dalam hati mereka ada penyakit ialah: orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan wanita, seperti melakukan zina. |
No comments:
Post a Comment