Tuesday, June 10, 2008

Kelahiran Isa Al- Masih Bukti beliau sebagai Tuhan- Satu penentangan

Kedua- dua agama Islam dan kristian mempercayai kelahiran ajaib Jesus Christ iaitu tanpa bapa. Namun konsep yang diguna pakai oleh kedua-dua agama ini nyata berbeza. Islam menyifatkan kelahiran ini sebagai bukti kekuasaan Allah sesuai dengan firmannya

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia.[36:82]

Bagi pengikut kristian pula, ia konon-kononnya Mary melahirkan anak Tuhan. Analogi mereka ialah sekiranya kuda melahirkan anak maka anak itu ialah kuda. Tuhan telah menghantar rohnya kepada Mary dan menyebabkan Mary melahirkan Anak. Maka anak yang dilahirkan itu ialah anak Tuhan. Kesimpulannya ialah, Jesus itu Tuhan kerana bapanya Tuhan. Kelakar bukan, tapi itulah analogi yang biasa digunakan oleh para missionary kristian

Yang menghairankan ialah, kenapa Tuhan yang dilahirkan itu tidak mempunyai kuasa seperti bapanya. Anak kuda tadi dikatakan kuda kerana ia boleh berlari, melompat, mengeluarkan suara kuda dan mempunyai rupa fizikal kuda. Oleh yang demikian, analogi yang digunakan oleh mubaligh kristian ini adalah sangat-sangat melucukan.

Paling ketara, perkara yang boleh kita lihat ialah melalui bentuk Tuhan dan Jesus. Anak kuda dan ibu kuda tadi mempunyai rupa fizikal yang sama sedangkan Tuhan merupakan roh dan Jesus pula ialah manusia.

God is spirit, and his worshipers must worship in the Spirit and in truth.” [John 4:24]

Keduanya ialah dari segi kuasa dan kelakuan. Anak kuda boleh berlari dan melompat seperti ibunya. Jesus pula begitu lemah sekali dibandingkan Tuhan kerana tidak mampu untuk berbuat apa-apa tanpa kebenaran Tuhan. Ini turut membuktikan yanng Jesus bukan Tuhan.

By myself I can do nothing; I judge only as I hear, and my judgment is just, for I seek not to please myself but him who sent me. [John 5:30]

Segala keajaiban yang dilakukan Jesus seperti merawati penyakit herpes, menyembuhkan orang buta serta menghidupkan orang mati pada hakikatnya adalah merupakan mukjizat dari Allah untuk membuktikan kerasulannya. Dan konsep inilah yang diguna pakai oleh orang islam.

“People of Israel, listen to this: Jesus of Nazareth was a man accredited by God to you by miracles, wonders and signs, which God did among you through him, as you yourselves know [Acts 2:22]

Pada hakikatnya, penciptaan Jesus yang dilahirkan tanpa bapa merupakan satu hujah yang lemah sekali untuk membuktikan bahawa Jesus itu Tuhan. Mari kita imbau kembali sejarah penciptaan Adam dan Hawa. Bukankah Allah menciptakan Adam dari Tanah dan tidak mempunyai bapa. Sama keadaannya dengan Jesus. Tapi adakah Adam anak Tuhan? Bukan kan? Begitu juga dengan Hawa (yang kononnya diciptakan dari rusuk Adam) adakah dia mempunyai bapa? Jadi adakah Hawa juga Tuhan?

Di sini juga saya ingin membawakan satu nama yang sering dilupakan oleh penganut agama kristian. Sekiranya ada tuhan manusia. Dia selebihnya layak bergelar Tuhan berbanding Jesus memandangkan kelahirannya tanpa Ibu-Bapa dan tiada asal-usul dan susur galur keluarga. Melchizedek telah menimbulkan kekeliruan kepada ramai pendeta-pendeta kristian mengenai siapakah dia. Ada yang mengatakan yang Dia adalah Malaikat tetapi hujah itu dapat disangkal (akan datang post berkenaan adakah Melchizedek Malaikat?)

Without father or mother,without genealogy, without beginning of days or end of life, resembling the Son of God, he remains a priest forever [Hebrew 7:3]

Sebagai penutup kepada artikel ini, marilah kita renung ayat daripada Al-Quran mengenai penciptaan Jesus PBUH.

Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu[1], dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya[2]] yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya[3]. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara.[4:171]

**************

[1] Maksudnya: janganlah kamu mengatakan Nabi Isa a.s. itu Allah, sebagai yang dikatakan oleh orang-orang Nasrani.

[2] Maksudnya: membenarkan kedatangan seorang nabi yang diciptakan dengan kalimat kun (jadilah) tanpa bapak yaitu nabi Isa a.s.

[3] Disebut tiupan dari Allah karena tiupan itu berasal dari perintah Allah.

No comments:

ISLAM UNTUK SEMUA DAN INDAHNYA ISLAM DENGAN DAKWAH

Erti Hidup Dengan Memberi, Erti Bijaksana Dengan Hikmah