Sunday, June 29, 2008

Deception in the New World Order

Salam,You are cordially invited to a talk by a very famous Da'ie in South Africa. Details are as follow :

Title : Deception in the New World Order

Date : 1st July 2008 (Tuesday)

Time : 8.00 pm (Just after solat Maghrib)

Venue : Auditorium MPSJ,Bangunan MPSJ , USJ 5

Speaker : Dr. Hakim Quick from South Africa

This talk is open to public(muslim and non muslim) and entrance is free.Please distribute to your mailing groups,friends, relatives, neighbours, surau,masjid etc.Together we support dakwah work.May Allah bless us .

ISLAM WINS

Thursday, June 19, 2008

Bible study?? Perlu ke

Petikan daripada salah satu blog terkemuka...

http://lolongansejati.blogspot.com

Mengkaji bible bukan untuk mencari kebenaran yang terkandung di dalamnya.. Bukan juga kerana ingin membaca kata-kata nasihat yang cantik2 yang terkandung di dalamnya.. Jauh sekali untuk mengetahui perjalanan kisah hidup para Nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak disebutkan di dalam Al-Quran seperti Hosea, Ezra, Ezekiel, Isaiah dan sebagainya..


Mengkaji Bible semata2 bertujuan mencari titik persamaan yang terdapat antara ajaan Islam & Kristian untuk diterangkan kepada mereka sebagai salah satu method dakwah dan juga untuk menyingkap kesalahan serta kelemahan yang terkandung di dalamnya..Kelemahan-kelemahan yg terkandung di dalam Bible, seperti kesalahan fakta saintifik, pertentangan ayatnya antara satu sama lain, penghinaan para Nabi, gambaran Tuhan yang tidak sesuai, kelucahan isi kandungannya; apabila disingkap, ia bukan sahaja mampu meningkatkan iman kita yang sedia ada, malah meyakinkan kita dengan sebenar-benarnya bahawa agama Kristian adalah agama yang jauh menyimpang dari kebenaran, dan agama Islam merupakan agama yang terbaik sepanjang zaman..


Orang yang tidak kuat imannyalah yg seharusnya mengkaji Bible.. supaya sekurang-kurangnya terbantutlah kemahuannya untuk keluar dari agama Islam yang suci ini untuk menganut agama Kristian..Orang yang kuat imannya, mengkaji Bible untuk berdakwah kepada golongan yang lemah imannya atau kepada golongan yg not-yet-Muslim...Tak usah risau.. kajian menunjukkan, setakat ini, tidak ada seorang pun yang murtad dari agama Islam kerana membaca Bible lalu 'terpesona' dengan keindahan kata-katanya... Makin bertambah kebenciannya kepada Bible adalah..


"Eh, enta ada simpan Bible?? Enta buat ape dgn bible ni??"

"Eh, enta baca Bible?? Asas agama enta belum kuat lagi ni.. Sesat nanti.."

"Quran pun belum abis kaji, dah nak kaji Bible.."


Begitulah kata-kata yang seringkali saya dengari setiap kali mereka-mereka yang saya anggap kurang mendapat maklumat tentang ilmu perbandingan agama terpandang beberapa buah kitab Bible berlainan versi tersusun rapi di atas rak buku bilik saya..


Bagi mereka, golongan agamawan sahaja yang dibenarkan mengkaji isi kandungan Bible.. Golongan mutakhassisiin / specialist dlm bidang agama sahaja yang berhak bercakap tentang Bible.. Pelajar-pelajar 'tidak kuat asas agama' seperti saya ini, tidak lain hanya bertambah kekeliruan serta keraguan sahaja apabila hendak berjinak-jinak dgn kitab bible..


Jika diselidiki pakar-pakar ilmu perbandingan agama dari seluruh dunia, saya dapati mereka ini bukanlah berasal daripada golongan yang dikatakan 'pakar' dalam bidang syariah mahupun usuludin.. Mereka hanyalah individu biasa yang diberi kelebihan ilmu oleh Allah dalam bidang ini..


Ahmad Deedat misalnya, seorang tokoh paling popular yang disinonimkan dengan ilmu perbandingan agama ini, hanyalah seorang penjaga kedai yang dimiliki oleh seorang Muslim ketika beliau mula mengkaji kitab Bible dan berdebat secara kecil-kecilan bersama paderi-paderi kecil sekitar tempat tinggal beliau..


Dr. Zakir Abdul Karim Naik, (idola saya) yang juga diberi gelaran "Deedat Plus" oleh Ahmad Deedat sendiri, hanyalah seorang doktor perubatan yang 'graduate' daripada sebuah universiti sekitar India.. Beliau bukanlah seorang doktor graduan fakulti perubatan Universiti Al-Azhar yang punya silibus agamanya tersendiri.. Namun, beliau tetap muncul sebagai seorang pakar dalam bidang perbandingan agama ini yang telah berjaya mengislamkan -Allah-sahaja-yang-tahu-jumlahnya- manusia..


Shah Kirit Kalkulal Govinji, seorang pakar ilmu perbandingan agama yang tersohor namanya di negara Malaysia, merupakan seorang yang baru sahaja 8 tahun memeluk Islam.. Kuat manalah sangat asas agamanya ketika beliau mula membaca dan mengkaji kitab Bible sehinggakan beliau kini mampu berdiri mengislamkan ramai golongan bukan Islam di Malaysia..
Kesimpulannya, semua individu berhak dan seharusnya mengkaji isi kandungan Bible.. lebih-lebih lagi golongan agamawan hari ini yang semestinya akan berhadapan dengan isu murtad dan dakwah kepada golongan kristian.. tetapi tidak dinafikan, perlu adanya bimbingan daripada yang pakar sebelum mengkajinya dengan lebih lanjut...

Apa koment anda? Laungkan dan lolongkan suara hati anda di sini!!!

Tuesday, June 17, 2008

Perbezaan masa dalam Quran

Jawapan oleh Bro Jacknaim

www.jacknaim.blogspot.com
www.kelasperadabannabawi.blogspot.com

*******************

ASSALAMU’ALAIKUM, artikel ini ditulis disebabkan timbulnya perbahasan mengenai kesahihan Al-Quran yang menjadi asas kepada perkembangan Sains. Ada yang menyalahkan pendekatan cendiakawan islam yang menggunakan pendekatan Sains dan Al Quran yang konon-kononnya telah membuka pekung Al-Quran yang mengandungi banyak kejadian pelik, aneh dan kontradiksi. Di sini saya menggabungkan dua entry sekaligus di bawah entry perbezaan masa dalam Quran yakni berkaitan dengan


1)Penciptaan bumi, enam hari ataupun lapan hari
2)Tempoh masa sehari bersamaan seribu tahun ataupun 50 000 tahun.

INSHAALLAH saya akan cuba menjawab isu ini dengan keterbasan ilmu saya. Sebelum saya memulakan hujah, saya ingin anda membuka mata untuk menerima dua teori yang dihasilkan oleh Ahli sains Terkenal, Albert Einstein. Dua teori tersebut ialah ‘General Theory of Relativity’ dan ‘Special Theory of Relativity.’ Mungkin penerangan saya adalah secara serba ringkas sahaja memandangkan background saya sebagai pelajar sains biology. Kedua-dua teori ini pun saya pelajari melalui powerpoint Bro Shah Kirit, Mentor saya dalam comparative Religion.

General Theory of Relativity.

Gµѵ + Ag µѵ = ΛΤµѵ

SECARA asasnya, teri ini menyatakan bahawa

-Alam semesta ini berkembang.

-Alam semesta akan mengecut sekiranya kita bergerak semakin ke belakang.

-Alam ini dicipta dari satu titik permulaan (tanpa masa, ruang atau jisim)

KESIMPULAN daripada teori ini dapat saya rumuskan kepada dua perkara iaitu

-Alam berkembang mengikut kadar terus dengan pertambahan masa.

-Alam terhasil dari satu ‘point of singularity’ yang seterusnya berkembang dan semakin berkembang.

Special Theory of Relativity (Photon of Electromagnetic Radiation)

-Kewujudan satu alam yang lain.

-Masa berkadar songsang dengan kelajuan. Sekiranya kelajuan bertambah, maka masa akan menjadi perlahan.

Ciri-ciri photon (Unit bagi tenaga)

-diluar kawalan dan peraliran masa

-Berada di mana-mana pada masa yang sama.

-Alam ini dicipta darpada photon dan ia melanjutkan dan mengekalkan alam ini.

-Segala bentuk maklumat dipindahkan melalui photon.

*********

BAIKLAH, sebelum mengupas isu ini dengan lebih lanjut, seterusnya saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai satu prinsip penghasilan kapal terang stealth bomber yang pernah diterangkan dalam sebuah buku yang pernah saya baca suatu masa dahulu.

“When the speed of an object increase, we hardly see the object. Furthermore, when the speed of the object equal to the speed of light, the object become invisible.”

#Saya akan terangkan kemudian mengapa saya menjelaskan konsep ini.

*********

Alam ini diciptakan dalam masa enam hari ataupun lapan hari.

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy [7:54] , juga rujuk ayat 10:3, 11:7 dan 25:29.

Sekarang, rujuk pula ayat-ayat ini.

Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang menciptakan bumi dalam dua masa [41:9]

Dan dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kokoh di atasnya. Dia memberkahinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni)nya dalam empat masa [ 41:10]

Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa[42:12]

MELALUI satu pengiraan mudah ayat-ayat dari surah Al Fushiilat:9-12 ini, maka konklusi yang dibuat ialah alam dicipta dalam masa 8 hari.2 hari penciptaan bumi + 4 hari penciptaan gunung-gunung dan pokok-pokok + 2 hari penciptaan tujuh langit = 8 hari. Maka secara superficialnya orang akan menafikan kesahihan ayat Al-Quran dan mereka yang tidak faham dengan Al-Quran akan terikut-ikut dengan konsep ini. Lalu mereka menyatakan adanya kontradiksi dalam Al-Quran.

Jawapan.

PERTAMA sekali kita perlu ingat bahawa perkatan yaum’ yang digunakan dalam ayat-ayat di atas tidak semestinya bermaksud enam hari manusia. Hal ini kerana perkataan Yaum’ itu sendiri daripada bahasa arab yang apabila diterjemahkan ke Bahasa Melayu membawa maksud,

1) Hari

2) Tempoh atau jangka masa yang panjang.

MAKSUD ayat di atas bukanlah Allah menciptakan bumi dalam masa dua hari dan setelah habis tempoh dua hari, Allah menyambungnya dengan mencipta gunung-ganang selama empat hari. Ia sebaliknya berlaku secara serentak dan berterusan. Maknanya dalam masa dua hari, Allah mencipta bumi dan gunung-ganang. Tetapi masa tambahan selama dua hari dugunakan untuk mencipta gunung-ganang. Jadi keseluruhan ciptaan bumi dan gunung ganang ialah empat hari. Setelah ditambah pula dengan penciptaan langit selama dua hari, maka lengkaplah enam hari penciptaan bumi. Untuk lebih memahami perkara ini, saya akan embawakan beberapa analogi.

1) Saya ingin membina sebuah rumah. Saya mengambil masa selama dua hari untuk membina rangka, empat hari untuk membuat diding dan pelantaian dan dua hari lagi untuk mengecat. Dalam temoh dua hari membuat rangka rumah itu, saya juga telah memulakan kerja-kerja memasang dinding dan lantai. Setelah semua rangka siap, saya masih lagi meneruskan kerja-kerja memasang dinding dan pelantaian dan kerja ini hanyalah siap dua hari berikutnya. Yakni dari tempoh saya mula-mula membuat rumah. Jadi pembinaan rangka, pemasanngan dinding dan lantai mengambil masa selama empat hari. Setelah siap rumah itu, saya mengambil masa tambahan selama dua hari untukkerja-kerja mengecat. Jadi jumlah keseluruhan masa untuk saya menyiapkan rumah itu ialah enam hari. [analogi saya untuk faham konsep ini]

2) Dalam empat hari adalah seperti berkata… “Saya memulakan perjalanan dari basra ke Baghdad dalam masa 10 hari dan ke Kufa selama 15 hari. Jadi keseluruhan masa perjalanan dari Bara ke Baghdad dan ke Kufa mengambil masa selama 15 hari.” [Al Qurtubi, al-Jaami’ li Ahkaam al-Qur’aan, vol. 15, p. 343]

3) Dalam masa empat hari bolehlah ditafsirkan seperti.. ”Saya berkahwin dengan seorang perempuan semalam dan hari ini saya mempunyai dua isteri. Jadi hari ini saya mempunyai dua isteri. Seorang dikahwini semalam dan seorang dikahwini hari ini.” [Al-Baghawi, Tafsir Al-Baghawi, 7/165]

4) Manakala Al- Zajjaaj dalam kitabnya, Al- Kashaaf, vol 3, p.444 pula berkata bahawa dalam empat hari bermaksud ‘dua hari yang dikira dengan tambahan dua hari sebelumnya’

MAKA tiadanya kontradiksi dalam ayat-ayat di atas. Bahkan perkara yang sebenarnya ialah, Surah Al Fushilaat inilah yang melengkapi dan membenarkan surah 7:54, 10:3, 11:7 dan 25:29 bahawa Alam dicipta dalam masa 6 hari.

*********

Masa Di sisi Allah bersamaan dengan 1000 tahun ataupun 50 000 tahun?

“Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu” [22:47]

Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu [32:5]

Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun [70:4]

PERTAMA sekali, saya ingin nyatakan bahawa masa Allah tidak sama dengan masa Manusia. Seperti yang saya jelaskan di awal artikel, alam dicipta dari point of singularity yang mana tiadanya konsep masa. Maknanya, Allah berada di luar point of singularity dan masa Allah sudah semestinya berbeza dengan masa manusia selepas penghasilan alam semesta.

DI SINI juga saya ingin membuat penegasan sekali lagi bahawa perkataan yang digunakan dalam kesemua ayat di atas ialah Yaum’ yang boleh membawa maksud hari atau tempoh jangka masa yang panjang.

SUKA juga untuk saya jelaskan disini mengenai maksud kontradiksi. Kontradiksi bermaksud adanya percanggahan apabila merujuk kepada SATU benda atau kejadian yang sama. Untuk memudahkan pemahaman kita, saya sediakan situasi dibawah.

Premis 1 : Perjalanan saya dari Pahang ke Terengganu mengambil masa satu jam

Premis 2 : Perjalanan saya dari Pahang ke Kemboja mengambil masa 50 jam.

Penjelasan:

Ayat ini bukanlah kontradiksi kerana ia merujuk kepada dua perjalanan yang berbeza.

Premis 1 : Perjalanan saya dari Pahang ke Kemboja, menaiki kapal terbang mengambil masa satu jam

Premis 2 : Perjalanan saya dari Pahang ke Kemboja menaiki bas mengambil masa 50 jam.

Penjelasan

Ayat ini juga bukan kontradiksi walaupun destinasi sama tetapi kaedah perjalanan adalah berbeza.

KEDUA-DUA situasi di atas merupakan jawapan kepada ayat- ayat yang dikatakan bercanggah itu. Jika kita perhatikan, ayat 22: 47 merujuk kepada tempoh masa azab diturunkan. Ayat 32:5 merujuk kepada urusan penyampaian maklumat. Maka di sini jelas menunjukkan bahawa ia merujuk kepada event yang berbeza. Jadi di sini, tiada istilah kontradiksi yang sepatutnya digunakan.

HAL ini juga samalah dengan ayat 70:4 Cuma penambahan ialah cara pergerakan malaikat dan pergerakan manusia. Perbandingan pergerakan malaikat untuk menghadap Allah ialah satu hari berbanding masa yang di ambil manusia sekiranya menghadap Allah ialah 50k tahun. Kita tidak tahu apakah method yang digunakan Malaikat untuk bergerak. Mungkin kelajuan Malaikat itu tersangat laju sehingga membatasi masa manusia yang begitu perlahan sekali. Mungkin juga disebabkan itulah Kita tidak dapat melihat malaikat. Kelajuannya yang laju berkemungkinan menyamai laju cahaya atau mungkin lebih dari itu menyebabkan mereka ghaib.

DI SINI juga saya ingin memetik beberapa ayat daripada Holy Bible untuk diperdebatkan mengenai erti sebenar kontradiksi.

‘Therefore Michal the daughter of Saul had no child unto the day of her death [2 Samuel 6:23]

‘…and the five sons of Michal the daughter of Saul…’ [2 samuel 21:8 ]

‘When Toi king of Hamath heard that David had smitted all the host of Hadadezer, Then Toi sent Joram

his son unto king David…’ [2 Samuel 8:9&10]

‘Now when Tou king of Hamath heard how David had smitten all thehost of Hadarezer king of Zobah; He sent Hadoram his son to king David,…’ [1 Chronicles 18:9]

‘And David took from him a thousand chariots and seven hundred horseman and twenty thousand

footmen…[2 Samuel 8:4]

‘And David took from him a thousand chariots, and seven thousand horsemen, and twenty thousand footmen…’ [1 Chronicles 18:4]

*******************

Tambahan :

Penciptaan Alam mengikut Teori Big Bang dan Teori Relativiti

KEDUA-DUA teori ini saling menyokong antara satu sama lain. Pada peringkat awal penciptaan alam, Teori Relativiti mengatakan bahawa alam ini tercipta daripada satu point of singularity. Teori Big Bang pula mengatakan bahawa titik permulaan itu ialah ‘Nebula primer’. Dan hal ini turut disokong oleh Al-Quran

Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, [21:30]

KEMUDIAN satu letupan yang kuat (big bang) telah menyebabkan perpecahan Nebula Primer untuk membentuk Nebula Sekunder. Ini juga selari dengan ayat sambungan 21:30

kemudian Kami pisahkan antara keduanya[21:30]

MAKA bermula dengan pembentukan Nebula sekunder inilah, alam mula terbentuk. Saintis telah mengambil kata sepakat bahawa penciptaan alam ini dimulakan dengan proses pengumpulan gas yang akhirnya membentuk sifat-sifat lain alam seperti galaksi dan bintang-bintang. Maka disini, sekali lagi kita dapat lihat keselarian antara Sains dan Al Quran

Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, [41:11].

SETERUSNYA, bermula dari sini, alam mula berkembang dan membesar. Pelopor astronomi AS, Edwin Hubble telah memerhatikan perkembangan alam ini menggunakan teleskop ciptaannya. Perkara ini selaras dengan teori relativiti jirim. Bahkan sehingga sekarang kita dapati bahawa alam ini terus berkembang mengikut pertambahan masa. Betapa uniknya, Al-Quran telah menyokong teori sains ini.

Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa [51:47]

‘BERKUASA’ atau dalam bahasa arabnya musioon sebenarnya lebih tepat membawa kepada maksud mengembangkannya.

PERKARA ini telah menimbulkan kekaguman kepada saintis terkenal Stephan Hawking dan beliau telah mengulas hal ini dalam bukunya ‘A Brief History of Time’.

Maka berdasarkan hujah-hujah di atas, dapatlah kita membuat beberapa kesimpulan penting. Yang pokoknya ialah, tiadanya percanggahan di antara Islam dengan Sains. Keduanya, tiadanya percanggahan dalam al-Quran yang telah terbukti kesahihannya. Dan terakhirnya ialah, Al Quran itu benar-benar wahyu dari langit yang diturunkan ALLLAH, Tuhan yang maha mengetahui. Maka besarlah harapan saya agar mereka-mereka yang menolak penghujahan penggunaan Sains dalam membuktikan kesahihan Islam supaya meneliti balik ucapan mereka. Ingatlah, Uniknya Islam ialah apabila ia menyediakan jawapan untuk setiap permasalahan. Dan permasalahan yang ditimbulkan merupakan sesuatu yang kecil sahaja. Ia menjadi besar apabila kita tidak melihatnya dengan Ilmu dan kita sebenarnya masih ragu-ragu dengan agama kita. Oleh yang demikian, saya menyeru diri saya sendiri dan anda semua untuk kita sama-sama tingkatkan pemahaman kita mengenai Islam.

Tuesday, June 10, 2008

Soalan2 lazim tentang Islam

BY FCR member

Bagaimana hendak berdakwah? Bolehkah jika tiada ilmu?

Jawapan:

Kita perlu pelajari bagaimana hendak menjawab 1001 persoalan yang bakal kita temui apabila berdepan dengan golongan non Muslim. Kita juga perlu tahu doktrin-doktrin (kepercayaan) agama-agama mereka untuk melakukan dakwah.


Antara soalan-soalannya ialah:-


1. Islam agama mundur.
2. Kenapa tidak boleh makan babi dan minum arak?
3. Islam agama susah (solat 5 waktu, puasa, banyak benda haram, banyak peraturan,
kena pakai tudung dll).
4. Islam tindas wanita (poligami, tidak boleh bekerja, tidak boleh jadi pemimpin,
solat saf belakang).
5. Islam agama ganas (9/11, suicide bombing).
6. Islam sembah kaabah.
7. Islam disebar melalui mata pedang.
8. Tuhan tidak adil sebab cipta orang kafir, dan kenapa tidak cipta semua orang
Islam.
9. Tuhan tidak adil sebab sebahagian manusia telah ditakdirkan sejak azali ke syurga
dan sebahagian lagi ke neraka.
10. Nabi akhir ialah Jesus sebab Jesus akan turun sebelum kiamat.
11. Nabi saw ada 12 isteri.
12. Nabi saw kahwin dengan budak 9 tahun.
13. Jesus lebih hebat dari Muhammad saw sebab nama Jesus disebut 25 kali dalam Al
Quran tapi nama Muhammad disebut 5 kali sahaja iaitu 4 kali sebagai Muhammad
(3:144, 33:40, 47:2, 48:29) dan sekali sebagai Ahmad (61:6)
14. Al Quran ada contradictions, contohnya, satu hari di sisi Allah adakah bersamaan
seribu tahun 22:47, 32:5 atau limapuluh ribu tahun 70:4. Allah cipta langit dan
bumi dalam enam hari 7:54, 10:3, 11:7, 25:59, 32:4, 50:38, 57:4 atau lapan hari
41:9-12
15. Al Quran hasil kerja syaitan.
16. Al Quran tiru bible.
17. Al Quran yang ada sekarang tidak asli sebab Al Quran pernah dibakar pada
zaman Uthman.
18. Allah guna perkataan “Kami” dan ini bermakna trinity itu adalah benar.
19. Al Quran tiada cerita mengenai mukjizat Nabi saw.
20. Kalau ada seorang Muslim yang sangat jahat dan seorang non Muslim yang
sangat baik, adakah Muslim itu akan masuk syurga (setelah dibalas kejahatan) dan
non Muslim itu akan kekal dalam neraka selamanya? Ini adalah tidak adil.
21. Apa buktinya kandungan Al Quran tidak pernah berubah?
dan banyak lagi.

Kelahiran Isa Al- Masih Bukti beliau sebagai Tuhan- Satu penentangan

Kedua- dua agama Islam dan kristian mempercayai kelahiran ajaib Jesus Christ iaitu tanpa bapa. Namun konsep yang diguna pakai oleh kedua-dua agama ini nyata berbeza. Islam menyifatkan kelahiran ini sebagai bukti kekuasaan Allah sesuai dengan firmannya

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia.[36:82]

Bagi pengikut kristian pula, ia konon-kononnya Mary melahirkan anak Tuhan. Analogi mereka ialah sekiranya kuda melahirkan anak maka anak itu ialah kuda. Tuhan telah menghantar rohnya kepada Mary dan menyebabkan Mary melahirkan Anak. Maka anak yang dilahirkan itu ialah anak Tuhan. Kesimpulannya ialah, Jesus itu Tuhan kerana bapanya Tuhan. Kelakar bukan, tapi itulah analogi yang biasa digunakan oleh para missionary kristian

Yang menghairankan ialah, kenapa Tuhan yang dilahirkan itu tidak mempunyai kuasa seperti bapanya. Anak kuda tadi dikatakan kuda kerana ia boleh berlari, melompat, mengeluarkan suara kuda dan mempunyai rupa fizikal kuda. Oleh yang demikian, analogi yang digunakan oleh mubaligh kristian ini adalah sangat-sangat melucukan.

Paling ketara, perkara yang boleh kita lihat ialah melalui bentuk Tuhan dan Jesus. Anak kuda dan ibu kuda tadi mempunyai rupa fizikal yang sama sedangkan Tuhan merupakan roh dan Jesus pula ialah manusia.

God is spirit, and his worshipers must worship in the Spirit and in truth.” [John 4:24]

Keduanya ialah dari segi kuasa dan kelakuan. Anak kuda boleh berlari dan melompat seperti ibunya. Jesus pula begitu lemah sekali dibandingkan Tuhan kerana tidak mampu untuk berbuat apa-apa tanpa kebenaran Tuhan. Ini turut membuktikan yanng Jesus bukan Tuhan.

By myself I can do nothing; I judge only as I hear, and my judgment is just, for I seek not to please myself but him who sent me. [John 5:30]

Segala keajaiban yang dilakukan Jesus seperti merawati penyakit herpes, menyembuhkan orang buta serta menghidupkan orang mati pada hakikatnya adalah merupakan mukjizat dari Allah untuk membuktikan kerasulannya. Dan konsep inilah yang diguna pakai oleh orang islam.

“People of Israel, listen to this: Jesus of Nazareth was a man accredited by God to you by miracles, wonders and signs, which God did among you through him, as you yourselves know [Acts 2:22]

Pada hakikatnya, penciptaan Jesus yang dilahirkan tanpa bapa merupakan satu hujah yang lemah sekali untuk membuktikan bahawa Jesus itu Tuhan. Mari kita imbau kembali sejarah penciptaan Adam dan Hawa. Bukankah Allah menciptakan Adam dari Tanah dan tidak mempunyai bapa. Sama keadaannya dengan Jesus. Tapi adakah Adam anak Tuhan? Bukan kan? Begitu juga dengan Hawa (yang kononnya diciptakan dari rusuk Adam) adakah dia mempunyai bapa? Jadi adakah Hawa juga Tuhan?

Di sini juga saya ingin membawakan satu nama yang sering dilupakan oleh penganut agama kristian. Sekiranya ada tuhan manusia. Dia selebihnya layak bergelar Tuhan berbanding Jesus memandangkan kelahirannya tanpa Ibu-Bapa dan tiada asal-usul dan susur galur keluarga. Melchizedek telah menimbulkan kekeliruan kepada ramai pendeta-pendeta kristian mengenai siapakah dia. Ada yang mengatakan yang Dia adalah Malaikat tetapi hujah itu dapat disangkal (akan datang post berkenaan adakah Melchizedek Malaikat?)

Without father or mother,without genealogy, without beginning of days or end of life, resembling the Son of God, he remains a priest forever [Hebrew 7:3]

Sebagai penutup kepada artikel ini, marilah kita renung ayat daripada Al-Quran mengenai penciptaan Jesus PBUH.

Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu[1], dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya[2]] yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya[3]. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara.[4:171]

**************

[1] Maksudnya: janganlah kamu mengatakan Nabi Isa a.s. itu Allah, sebagai yang dikatakan oleh orang-orang Nasrani.

[2] Maksudnya: membenarkan kedatangan seorang nabi yang diciptakan dengan kalimat kun (jadilah) tanpa bapak yaitu nabi Isa a.s.

[3] Disebut tiupan dari Allah karena tiupan itu berasal dari perintah Allah.

Friday, June 6, 2008

Jemputan ke program Friendly Comparative Religion

Assalamu'alaikum...Bagi yang berkelapangan ataupun tinggal dekat area KL bolehlah menyertai Kursus Intensif Friendly Comparative Religion Fasa I, Bahasa Malaysia. Sila klik pada gambar untuk maklumat mengenai jadual, bayaran dan contat person.


Thursday, June 5, 2008

Aurat Suara wanita

Soalan daripada saudara kristian.

Penindasan terhadap wanita dari segi kebebasan bercakap disebabkan wanita terikat dengan konsep aurat suara.

**************

Jawapan

Oleh:Kelas Peradaban Nabawi team

Suara sememangnya aurat bagi kaum wanita tetapi pada ketika dan gaya tertentu. Untuk percakapan biasa, ianya dibenarkan. Semasa zaman rasulullah, sekumpulan wanita meminta supaya diadakan sesi kelas agama untuk mereka bertanyakan soalan berkaitan agama. Selain daripada itu, terdapat satu surah dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa Rasulullah sendiri berbicara dengan kaum wanita (p/s: mengikut adat-adat dan batasan agama)

Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang mengajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat [Al Mujaadilah, 58:1] [1}

Dalam agama islam, wanita dibenarkan bercakap dengan lelaki. Cuma mereka dilarang daripada menggunakan suara yang mendayu-dayu dan menggoda kerana ia boleh menjurus kepada perbuatan zina. Ini diterangkan dalam al Quran, di mana Allah S.W.T berfirman

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk[2] dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya[3] dan ucapkanlah perkataan yang baik, Al Ahzab,[33:32]

Walaubagaimanapun, wanita tidak dilarang dari meninggikan suara mereka. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh oleh Ibn Abi Hatim, Rasulullah S.A.W mendengar seorang wanita membaca surah Al Ghasiyyah dengan kuat sewaktu baginda melalui sebuah jalan pada waktu malam di Madinah dan baginda tidak menghalang wanita itu.

Para sahabat juga sering bertanyakan Isteri Nabi berkenaan pelbagai hal keagamaan dan baginda sering menjawabnya. Kerana itulah kita mempunyai hadis daripada Aishah dan sawda.

Al Baihaqi juga pernah menyatakan dalam kitabnya Fiqh-ul-Sunnah, Vol.1. pp. 104-105, 113 bahawa Saidatina Aishah R.A pernah azan dan menjadi Imam bagi solat wanita. Kerana itulah mazhab Shafi’I dan Hambali membenarkan wanita azan. Walaubagaimanapun, solat jemaah yang diimamkan wanita hanyalah untuk wanita dan tidak boleh disertai oleh kaum lelaki.

Berbanding pula dengan agama kristian, wanita tidak dibenarkan bercakap semasa berada dalam gereja walaupun untuk bertanyakan soalan keagamaan.Ini lebih diskriminasi berbanding dengan agama islam.

"As in the churches of the saints, the women should keep silence in the churches. For they are not permitted to speak, but should be subordinate, as even the law says. If there is anything they desire to know, let them ask their husbands at home. For it is shameful for a woman to speak in Church."[ 1 Corinthians 14:34-35]

**************

[1].Sebab turunnya ayat ini ialah berhubungan dengan persoalan seorang wanita bernama Khaulah binti Tsa´labah yang telah dizhihar oleh suaminya Aus ibn Shamit, yaitu dengan mengatakan kepada isterinya: Kamu bagiku seperti punggung ibuku dengan maksud dia tidak boleh lagi menggauli isterinya, sebagaimana ia tidak boleh menggauli ibunya. Menurut adat Jahiliyah kalimat zhihar seperti itu sudah sama dengan menthalak isteri. Maka Khaulah mengadukan hal itu kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah menjawab, bahwa dalam hal ini belum ada keputusan dari Allah. Dan pada riwayat yang lain Rasulullah mengatakan: Engkau telah diharamkan bersetubuh dengan dia. Lalu Khaulah berkata: Suamiku belum menyebutkan kata-kata thalak Kemudian Khaulah berulang kali mendesak Rasulullah supaya menetapkan suatu keputusan dalam hal ini, sehingga kemudian turunlah ayat ini dan ayat-ayat berikutnya.

[2]. Yang dimaksud dengan tunduk di sini ialah berbicara dengan sikap yang menimbulkan keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap mereka.


[3]. Yang dimaksud dengan dalam hati mereka ada penyakit ialah: orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan wanita, seperti melakukan zina.

Monday, June 2, 2008

Dialog bersama paderi-Triniti/akhir

SIRI DIALOG BERSAMA PADERI - BENARKAH NABI ISA DISALIB –Bahagian akhir

Oleh: Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid

Penulis merupakan anak murid kepada Bro Ungku yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di Friendly Comparative Religion, saba’ islamic Media. Beliau juga pernah mengisi satu slot Kelas Peradaban Nabawi semester 1 06/07 di Surau Murni

BAB KETIGA: TRINITI

(ANAK TUHAN DAN KETUHANAN JESUS)

Apakah dia Triniti?

Triniti merupakan Akidah Utama di dalam Agama Kristian. Ia bermaksud Tuhan itu satu tetapi di dalam tiga keperibadian. Triniti terdiri daripada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Holy Spirit. Ketiga-tiga Tuhan ini bersatu dan tidak pernah berpisah. Orang-orang Kristian meyakini akidah Triniti ini berdasarkan (Yohanes 5 :7-8):

“Ada tiga saksi: Roh Allah, air dan darah dan ketiga-tiganya memberi kesaksian yang sama”.

Namun tahukah anda? Ayat ini telah dibuang dari cetakan Bible RSV (Revised Standard Version) kerana Ulama-Ulama Kristian mengakuinya sebagai ayat palsu serta ditokok tambah!

Di dalam (Matius 3:16-17) menyatakan:

Setelah Jesus dibaptis, Dia keluar dari air sungai itu. Tiba-tiba langit terbuka dan Jesus nampak Roh Allah turun seperti burung merpati ke atasnya. Kemudian terdengarlah suara Allah berfirman: “Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku”.

Di dalam (Lukas 3:21-22):

Setelah semua orang itu dibaptis, Jesus juga dibaptis. Ketika Dia berdoa, langit terbuka dan roh Allah berwujud burung merpati turun ke atas-Nya. Lalu terdengar suara dari syurga mengatakan: “Engkaulah Anak-Ku yang Aku kasihi. Engkau menyenangkan hati-Ku”.

Inilah dalil-dalil yang menyatakan wujudnya tiga kesaksian atau Triniti dalam Agama Kristian. Ketiga-tiga keperibadian ini tidak terpisah dan mereka adalah satu. Jika benar Tuhan-Tuhan ini tidak pernah berpisah, mengapa ketika Jesus mati di tiang salib, Tuhan Bapa dan Holy Spirit masih hidup? Ini menunjukkan ‘Tuhan-Tuhan’ ini bercerai dan mempunyai Tiga keperibadian yang berasingan!

Holy Spirit di Dalam Agama Kristian

Orang-orang Kristian percaya bahawa selain dari Allah sebagai Tuhan Bapa dan Jesus sebagai Anak Tuhan, mereka juga meyakini bahawa Holy Spirit adalah oknum ketiga di dalam akidah Trinity mereka. Ketiga-tiga oknum ini adalah Tuhan dan mereka semua adalah satu.

Holy Spirit adalah pengganti Jesus di bumi ini. Dialah yang mengambil alih tugas Jesus yang sekarang ini berada di sebelah kanan Tuhan Bapa di langit. Orang-orang Kristian mendakwa bahawa mereka semua adalah umat ‘kelahiran kembali’ dan mengakui Holy Spirit atau Ruh Kudus telah menguasai mereka. Di dalam (Yohanes 3:3) menyatakan:

Jesus menjawab: “Percayalah, tidak seorang pun dapat menikmati pemerintahan Allah, kecuali dia dilahirkan kembali”.

Bahkan untuk memahami Al Kitab pun, mereka mendakwa harus mempunyai Ruh Kudus atau Holy Spirit terlebih dahulu. Di dalam (Korintus 2: 13-14) menyatakan:

Oleh itu, ketika kami menjelaskan hal-hal tentang Allah kepada orang yang mempunyai Ruh kudus, kami tidak berkata-kata menurut kebijaksanaan manusia, tetapi menurut ajaran Ruh kudus. Sesiapa yang tidak mempunyai Ruh kudus, tidak dapat menerima kurnia daripada Ruh Kudus, kerana orang seperti itu tidak dapat memahaminya dan menganggapnya sebagai satu kebodohan sahaja. Kurnia daripada Ruh Kudus hanya dapat dinilai secara rohani.

Inilah dalil yang selalu digunakan oleh orang-orang Kristian ketika menjawab soalan-soalan tentang percanggahan di dalam kitab mereka. Mereka mengatakan: “Kamu harus mempunyai Ruh Kudus terlebih dahulu sebelum memahami kitab kami!”.

Holy Spirit yang membisu!

Ketika berpeluang mengunjungi salah sebuah gereja di Selangor, kenalan Kristian saya telah menceritakan bahawa terdapat sebuah keluarga Melayu telah menganut Agama Kristian manakala seorang melayu di Puchong pula, telah pun menjadi Paderi!

Dengan harapan agar cerita tadi dapat ‘merangsang’ saya untuk menjadi ‘saudara baru’ mereka, maka kenalan Kristian saya yang berbangsa Cina dan India itu, cuba memberi kefahaman pada saya tentang akidah mereka. Antaranya, bagaimanakah Jesus di anggap sebagai Anak Tuhan dan Tuhan oleh Penganut Kristian.

Mereka mengatakan Jesus sebagai Anak Tuhan kerana di dalam Bible sendiri menyatakan demikian. Saya bertanya kepada mereka: “Adakah semata-mata kerana Bible menggunakan kalimah Anak Tuhan maka Jesus dianggap Anak Tuhan? Sedangkan Jesus juga menggunakan kalimah Anak Manusia di dalam Bible. Bahkan penggunaan kalimah Anak Manusia lebih banyak berbanding dengan kalimah Anak Tuhan”.

‘Anak-anak Tuhan’

Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Kalaulah semata-mata penggunaan kalimah Anak Tuhan ini dijadikan dalil dan bukti untuk menerima Jesus sebagai Anak Tuhan, maka ramailah Anak Tuhan di dalam Bible”. Di dalam Old Testament (Kejadian 6:1-4):

…………anak-anak Allah mengahwini anak-anak manusia…………

Di dalam Old Testament (Keluaran 4:22):

……………Israel adalah anak-ku, anak sulung-Ku…………

Di dalam Old Testament (Yeremiah 31:9):

…………Efraim adalah anak-ku yang sulung…………

Di dalam New Testament (Lukas 3:38):

…………menurut pendapat orang… Dia (Jesus) anak Yusuf, anak Eli, anak Matat…… anak Enos, anak Set, Anak Adam, Anak Allah.

Di dalam New Testament (Roma 8:14):

Orang yang dipimpin oleh ruh Allah, maka mereka itu, anak-anak Allah.

Saya bertanya lagi: “Berapa ramaikah Anak Allah di dalam Bible?”. Mereka terdiam dan saya dapati salah seorang dari mereka agak tegang dan penuh emosi. Manakala yang lain pula (kemungkinan) berminat untuk mendengar hujah saya yang selanjutnya.

Saya tidak pasti mengapa dia tegang dengan situasi perbincangan dan soalan yang telah saya kemukakan. Sedangkan jika dia membaca di Dalam New Testament (1 Peter 3: 15-16) telah menyebut:

“Tetapi dengan tulus hormatilah Kristus sebagai tuhan dalam hidup kamu, Hendaklah kamu sentiasa bersedia memberikan jawapan kepada sesiapa sahaja yang meminta kamu menjelaskan harapan yang kamu miliki. Tetapi lakukanlah hal itu dengan lemah lembut dan hormat. Hendaklah hati nurani kamu murni, supaya apabila kamu difitnah kerana hidup dengan baik sebagai pengikut Kritus, orang yang menfitnah kamu itu akan menjadi malu.”

Tanpa menghiraukan keadaan yang agak tegang tadi, saya meneruskan lagi dengan berkata: “Sebenarnya kalimah Anak Allah di sini ialah kiasan atau pun metafora di dalam bahasa Yahudi”.

Dengan memetik kata demi kata dari pidato Allahyarham Syeikh Ahmed Hoosen Deedat (semoga Allah merahmati beliau), saya membawakan contoh lain bagi mereka dengan mengatakan: “Saudara, cuba kita perhatikan New Testament (Yohanes 10:34-36):

Jesus berkata kepada mereka: “Bukankah tertulis di dalam Taurat kamu: Allah berfirman, ‘kamu Tuhan’? Kita tahu bahawa apa yang tertulis di dalam Alkitab berlaku untuk selama-lamanya. Allah menyebut, orang yang menerima firman-Nya sebagai ‘Ilahi’. Aku ini dipilih dan diutus oleh bapa ke dunia. Adakah kamu mengatakan aku mengkufuri Allah semata-mata aku mengatakan aku ‘anak Allah’? (Sedangkan dalam bahasa kamu, kamu dipanggil sebagai ‘Ilahi’)

“Inilah buktinya! Bukankah kalimah Anak Allah yang digunakan oleh Jesus berdasarkan ayat ini adalah metafora semata-mata dan di sinilah Jesus cuba memberi faham kepada umat Kristian, bahawa Allah tidak pernah mempunyai anak dan Jesus bukan Anak Allah seperti yang dipercayai oleh jutaan umat Kristian pada hari ini”.

Tuhan-Tuhan

Saya berkata lagi: “kalaulah semata-mata kalimah Anak Allah yang telah disebut oleh Jesus tadi kita menerimanya tanpa memikirkan unsur kiasan atau metafora, bagaimana pula dengan ayat-ayat ini?”. Di dalam Old Testament (Keluaran 7:1):

Tuhan berfirman kepada Musa, “Dengarlah, Aku akan menjadikan engkau Tuhan di depan Firaun, dan Harun sebagai Nabimu.

Di Dalam New Testament (Mazmur 82:6):

“Aku berkata bahawa kamu semua Tuhan, bahawa kamu semua anak Yang Maha Tinggi”

`Di dalam New Testament (2 Korintus 4:4):

……Iblis adalah Tuhan pada zaman ini……

Di dalam New Testament (Yohanes 10:34) Jesus berkata kepada mereka:

“Bukankah telah tertulis di dalam Taurat kamu bahawa Allah telah berfirman: “Kamu adalah Tuhan?”.

`Saya bertanya lagi: “Adakah Tuhan yang disebutkan dalam ayat-ayat ini adalah Tuhan yang membawa makna hakiki?”. Mereka semua terdiam.

`Tanpa menunggu jawapan dari mereka, saya meneruskan hujah dengan berkata: “Inilah buktinya bahawa kalimah Anak Tuhan dan Tuhan di dalam ayat-ayat yang saya nyatakan tadi merupakan metafora di dalam Bahasa Yahudi. Bila Jesus menyebutkan dia sebagai Anak Tuhan sebagaimana yang difahami oleh orang-orang Kristian. Maha Suci Allah s.w.t dari mempunyai anak atau diperanakkan”.

`Seterusnya saya menyambung lagi dengan berkata: “Al Quran telah menerangkan kepada manusia bahawa Allah SWT tidak mempunyai anak atau diperanakkan sebagaimana firman-Nya”:

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Dialah Allah yang Maha Esa. Allah tempat bergantung segala makhluk. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tiada satu pun yang setara dengan-Nya. (Surah Al-Ikhlas 112:1-4)

“Sekarang, cuba anda terangkan kepada saya, dari sudut manakah lagi yang ingin anda pertahankan bahawa Jesus itu sebagai Anak Tuhan dan juga Tuhan?”

“Jika anda katakan dia memang Anak Tuhan dan juga Tuhan kerana telah menghidupkan sahabatnya yang telah mati iaitu Lazarus sebagaimana yang telah dikisahkan dalam (Yohanes 11: 38-44), Elia dam Elisha juga pernah menghidupkan orang yang telah mati”. Elia pernah menghidupkan seorang kanak-kanak kecil yang telah mati sebagaimana yang tercatat di dalam (Old Testament, 1 Raja-Raja 17: 20-22):

Kemudian Elia berdoa dengan suara kuat, “Ya tuhan, Allahku, mengapakah engkau melakukan perkara yang sedahsyat ini kepada balu itu? Dia sudah memberikan tumpangan kepadaku, tetapi engkau telah membunuh anaknya!”. Kemudian Elia menelengkupkan badannya di atas anak itu tiga kali sambil berdoa, “Ya TUHAN, Allahku, hidupkanlah semula anak ini!” Tuhan mengabulkan doa Elia. Anak itu mula bernafas lagi, lalu hidup semula.

Bahkan, cara Elisha menghidupkan orang mati lagi mengkagumkan. Ini adalah kerana Elisah telah menghidpkan orang mati setelah Elisha sendiri mati dan telah pun menjadi tulang. Perhatikan (Old Testament, 2 Raja-Raja 13:21):

Pada suatu hari, ketika orang Israel sedang menguburkan orang mati, mereka nampak gerombolan orang Moab. Oleh sebab ketakutan, mereka melemparkan mayat itu ke dalam kubur Elisha, lalu melarikan diri. Sebaik sahaja mayat itu terkena pada tulang-tulang Elisha, mayat itu hidup semula dan berdiri tegak.

“Dan jika anda katakan dia adalah Anak Tuhan dan juga Tuhan kerana tidak mempunyai bapa sebagaimana manusia yang normal, bagaimana pula dengan adam A.S? Adam tidak mempunyai ibu dan juga bapa. Bukankah begitu?”

Dan sudah tentu anda pernah membaca tentang Melkisedik sebagaimana yang tercatat di dalam New Testament (Ibrani 7: 1-3):

“Melkisedik adalah Raja Salem dan Imam Allah Yang Maha Tinggi. Ia pergi berjumpa dengan Ibrahim untuk memberkatinya setelah Ibrahim kembali dari mengalahkan Raja-Raja. Ibrahim memberikan kepada Melkisedik sepersepuluh dari harta yang dirampasnya. Menurut erti nama Melkisedik itu ialah, Raja kebenaran. Oleh sebab dia adalah Raja Salem, maka namanya juga bermakna Raja Kesejahteraan. Ia tidak mempunyai bapa, tidak mempunyai ibu, tidak ada salasilah keturunan, harinya tiada permulaan dan hidupnya tiada kesudahan dan ia dijadikan sama dengan anak Allah, ia tetap menjadi Imam selama-lamanya”.

“Jadi, cuba anda terangkan kepada saya, di atas dasar apakah Jesus itu dianggap Anak Tuhan dan juga Tuhan?

Salah seorang dari mereka menjawab: “Kamu tidak boleh menggunakan akal semata-mata dalam memahami Tuhan. Dan yang paling penting seseorang itu seharusnya mempunyai Holy Spirit terlebih dahulu sebelum menafsirkan ayat-ayat di dalam Alkitab”.

Saya menjawab: “Mengapa tidak boleh menggunakan akal? Bukankah Tuhan yang memberikan kita akal? Bahkan di dalam New Testament (Markus 12: 30) mengatakan:

“Cintailah Tuhan Allah mu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan seluruh akalmu dan dengan segala kekuatanmu”.

Dan banyak lagi ayat-ayat di tempat lain yang menyatakan pentingnya akal untuk menyintai Allah.

Ke mana Menghilangnya Holy Spirit?

Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Orang-orang Kristian mendakwa bahawa mereka adalah umat yang mempunyai serta dipimpin oleh Holy Spirit. Dan bila kami sebagai Muslim bertanya kepada kamu tentang percanggahan-percanggahan di dalam Alkitab, kamu mengatakan pula bahawa seseorang itu perlu mempunyai Holy Spirit terlebih dahulu untuk memahami Alkitab. Sungguh menghairankan! Apa yang telah Holy Spirit buat pada kamu sehinggakan kamu sebagai umat yang telah merasai Holy Spirit, terdiam membisu setiap kali soalan diutarakan kepada kamu? Ke mana menghilangnya Holy Spirit itu?”

Salah seorang dari mereka menyatakan secara ikhlas kepada saya: “Saya tak mampu untuk memberikan jawapan tentang apa yang telah kamu timbulkan tadi, tetapi saya berdoa semoga satu hari nanti, kamu mendapat hidayah dari Holy Spirit dan beriman dengan ketuhanan Jesus!”.

Lihatlah, betapa mereka masih mempertahankan akidah mereka yang rapuh itu walaupun segala bukti dan hujah untuk menolak idea dosa warisan ini datangnya dari kitab suci mereka sendiri!

Mereka meremehkan ajaran Jesus yang mana baginda sendiri telah menafikan idea dosa warisan dan penebusan dosa ini. Dan amat malang lagi, mereka lebih mempercayai apa yang dikatakan oleh Paul, Peter dan lain-lain berbanding apa yang dikatakan oleh Jesus sendiri!

Sedangkan Jesus menyeru mereka supaya mentauhidkan Allah yang Esa bukannya menyembah makhluk selain Allah SWT atau mensyirikkan-Nya dengan sesuatu!

Perhatikan apa yang telah dikatakan oleh Jesus terhadap mereka:

Jesus menjawab: “Inilah perintah yang paling utama, “Dengarlah wahai bangsa Israil Tuhan Allah KITA, Dialah Tuhan Yang ESA’. Kasihilah tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan seluruh akalmu, dan dengan segala kekuatanmu”. (Markus 12: 29-30)

Dan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri telah membenarkan apa yang dikatakan oleh Jesus melalui Firman Allah s.w.t. di dalam Al Quran yang telah diturunkan kepada Baginda:

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Dialah Allah yang Maha ESA, Allah tempat bergantung segala makhluk. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tiada satu pun yang setara dengan-Nya.” (Surah Al-Ikhlas 112:1-4)

Inilah kalimah tauhid yang dibawa oleh para Rasul dan Nabi-nabi dan kaumnya termasuk Jesus sendiri.

Bagi mereka yang memerhatikan dalil-dalil ini dengan hati yang ikhlas dalam mencari kebenaran, maka sudah pasti mereka akan memilih Islam sebagai ‘Jalan Keselamatan’ hakiki, namun bagi mereka yang tertutup pintu hatinya dari kebenaran, maka mereka tetap mempertahankan akidah mereka walaupun telah datang cahaya kebenaran melalui utusan-utusan Allah SWT

Di dalam hal ini, Allah SWT telah menggambarkan kepada Muslim tentang sikap sesetengah mereka yang masih ingin mempertahankan akidah mereka yang bercanggah dengan apa yang telah diajar oleh Jesus sendiri serta menyeru umat Islam agar terus berdakwah kepada golongan Ahli Kitab ini. Firman Allah SWT:

Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kepada makruf, dan mencegah dari kemungkaran dan beriman pada Allah. Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman, tentulah (keimanan) itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah Al-Imran 3:110)

Perhatikan, betapa benarnya Al-Quran dalam menyatakan sifat mereka ini terhadap Islam dan kita sebagai Muslim wajib menyampaikan dakwah ini kepada seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w agar terus berakidah dengan akidah yang sebenar. Dan yakinlah, Allah SWT akan membantu kita yang membantu agama-Nya.

Firman Allah SWT:

Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (Agama) Allah, pasti Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu). (Surah Muhammad 26:7)

ISLAM UNTUK SEMUA DAN INDAHNYA ISLAM DENGAN DAKWAH

Erti Hidup Dengan Memberi, Erti Bijaksana Dengan Hikmah