Tuesday, September 9, 2008

BOLEHKAH NON MUSLIM MEMEGANG AL QURAN?

Kesemua ulamak bersetuju bahawa terjemahan Al Quran boleh dipegang. Walaubagaimanapun terdapat percanggahan pendapat dalam kalangan ulamak mengenai boleh atau pun tidak non muslim menyentuh teks asal Al- Quran yakni dalam bahasa arab.

Ulamak yang mengharamkan non muslim menyentuh AL Quran biasanya menggunakan dalil daripada surah Al Waqi’ah ayat 77-79.

m¯RÎ ×b#äöà)s9 ×L̍x. ÇÐÐÈ Îû 5=»tGÏ. 5bqãZõ3¨B ÇÐÑÈ žw ÿ¼çm¡yJtƒ žwÎ) tbr㍣gsÜßJø9$# ÇÐÒÈ

Sesungguhnya Al-Quran Ini adalah bacaan yang sangat mulia, Pada Kitab yang terpelihara (Lauhul Mahfuzh), Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan. [56:77-79]

Ayat ini juga diguna sebagai dalil oleh Imam Syafie agar mengambil wudhu’ sebelum menyentuh Quran.

Walaubagaimanapun, mengikut ulamak tafsir ; ayat ini sebenarnya merujuk kepada lauh mahfuz ataupun Al- Quran yang berada dalam syurga. Ayat "kecuali orang-orang yang disucikan” pula merujuk kepada Malaikat. Ini menunjukkan bahawa, hujah ini sebenarnya lemah untuk dikaitkan dengan isu yang dibincangkan.

Kenapa Al-Quran diturunkan?

x8u$t6s? Ï%©!$# tA¨tR tb$s%öàÿø9$# 4n?tã ¾ÍnÏö6tã tbqä3uÏ9 šúüÏJn=»yèù=Ï9 #·ƒÉtR ÇÊÈ

Maha Suci Allah yang Telah menurunkan Al Furqaan (Al Quran) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam [25:1]

Ayat ini diturunkan kepada semua manusia. Ayat ini dengan kukuh sekali menyatakan bahawa Al-Quran adalah pemberi peringatan ke[ada seluruh alam termasuklah non muslim.

Dalam AL Quran sendiri banyak ditulis cabaran Allah kepada non muslim yang mempertikaikan kesahihan Al-Quran. Bahkan Allah mencabar mereka supaya membuat 10 ayat yang semisal Al-Quran. Apabila cabaran ini tidak terjawab, Allah mengurangkan kesusahan cabarannya sehingga mencabar non muslim mencipta satu surah sahaja. Rujuk 17:88, 11:13, 10:38, 2:23-24.

Dalam ayat 4:82, Allah mengatakan bahawa Al-Quran ini tiada percanggahan. Sekiranya ada non Muslim yang ingin mempertikaikan Al Quran, maka mereka perlu mencari percanggahan dalam Quran dan semestinya mereka perlu mengkaji keseluruhan Al Quran.

Nabi Muhammad sendiri banyak menghantar surat-surat kepada pemerintah Non Muslim untuk menyeru mereka kepada Islam yang mengandungi ayat Al Quran terutamanya 3:64. Antara pemerintah yang menerima surat ini ialah Heraclius (Byzantine), Negus (Eithiopia), Muqawqas (Egypt), Kisra (Persia). Jadi sekiranya, sebahagian ayat boleh di pegang, maka kenapa tidak keseluruhan Al-Quran.

No comments:

ISLAM UNTUK SEMUA DAN INDAHNYA ISLAM DENGAN DAKWAH

Erti Hidup Dengan Memberi, Erti Bijaksana Dengan Hikmah