Wednesday, October 21, 2009

Sharing Session: Wanita dalam Islam

dear brother and sister, i would like to invite you to a sharing session

title : "Status Wanita dalam Agama Islam"
Speaker: Bro Shah Kirit Kalkulal Govidji
Date : friday 23/10/09,
Time : 9.00 am-11 am
Venue : Masjid Murni USMKK.

## Admission is free of charge.

##everybody is invited including non-muslim. feel free to ask any question during that time. please distribute this messege

Brought to you by Kelas Peradaban Nabawi, Rakan Masjid USMKK

Saturday, August 15, 2009

Sunnah dan Solat dalam Quran

Salam. Mahu bertanya, bolehkah saudara menjelaskan ayat-ayat al-quran yang menjelaskan tentang umat Muhammad selepas baginda wafat, perlu mengikut para sahabat, dan tentang cara hidup.

Soalan dua, bolehkah saudara menyatakan ayat-ayat tentang solat, cara solat serta hukum-hakam solat

p/s Kalau boleh, perjelaskan bagi situasi parents yang tak percayakan hadith dan sunnah tapi masih percaya wujudnya baginda Cuma tidak mahu mengamalkan amalan sunnah.

Oleh: soalan melalui sms, 15/8/09, 10.23 a.m


Wa’alaikum salam w.b.t. terima kasih kepada saudara yang bertanya. Pertama sekali ingin saya maklumkan bahawa saya bukanlah orang yang pakar dalam hal-ehwal agama. Oleh yang demikian, jawapan saya adalah berdasarkan jawapan-jawapan cendiakawan muslim.


Apa yang saya lihat berdasarkan situasi saudara ialah mengenai dua masalah yang kebiasaannya ditanya oleh mereka yang tidak mahu mengikuti sunnah iaitu berkenaan hadis dan solat. Saya pernah diajukan soalan yang sama sebelum ini. Anda boleh merujuk artikel lepas dalam blog ini iaitu


Is there any indication in the Quran to Follow Hadeeth? [link]


Namun, saya cuba coretkan juga sedikit jawapan dalam bahasa melayu untuk rujukan saudara dan sahabat-sahabat lain. InsyaALLAH saya akan beri jawapan semudah mungkin.


1) Apa itu hadis?


Hadis merupakan koleksi kata-kata Nabi Muhammad, perintah, huraian Al-Quran mahupun perbuatan yang dicatat oleh para sahabat melalui ilmu hadis yang sangat-sangat ketat dan tidak dijalankan sewenang-wenangnya. Disiplin ilmu yang tinggi perlu diperolehi dalam menentukan hadis yang betul-betul dari Nabi ataupun tidak


2) Apa itu sunnah?


Umumnya sunnah diertikan sebagai perbuatan Nabi Muhammad S.A.W. sunnah merangkumi sunnah yang dilakukan Nabi Muhammad mengikut tradisi arab seperti memakai serban, jubah dan juga sunnah spesifik seperti solat-solat sunat, bacaan doa tertentu.


3) Perlukah mengikut perbuatan para sahabat?


Sesungguhnya Ad-Deen (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam [Q3:19]


Dalam konteks ayat ini, Ad Deen seringkali diterjemahkan sebagai agama. Namun, ia sebenarnya membawa maksud jalan hidup. Jalan hidup merangkumi pelbagai aspek termasuklah apa yang kita lihat sekarang samada jalan hidup barat, mengikut agama lain ataupun jalan hidup tanpa fahaman agama.


Namun, Allah telah menggariskan bahawa jalan hidup yang diterima ialah berdasarkan Islam yang telah diikuti oleh semua Nabi termasuklah Nabi Muhammad. Islam seperti mana maksudnya ialah mencapai satu tahap keamanan, keselamatan berdasarkan kepatuhan terhadap Allah yang Esa. Dan kesemua cara hidup ini telah dimanefestasikan oleh para sahabat yang telah mengikut Nabi.


Maknanya, kita bukanlah mengikut para sahabat itu sendiri tetapi mengikut jalan yang telah digariskan oleh Allah. Akan tetapi, memandangkan kita tidak bersama Rasulullah, maka kita mengikut para sahabat. Akan tetapi ia juga sebenarnya berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W


4) Kenapa tidak mengikut Al-Quran sahaja?


Tidak salah sekiranya kita hanya ingin mengikut Al-Quran. Namun demikian, tidak semua perkara tercatat dalam al-Quran. Contohnya, Quran memerintahkan kita solat tapi tidak diterangkan cara perlaksanaannya. Adakah boleh kita solat secara berbogel?


Sesetengah ayat mempunyai perintah yang nyata, namun kita tidak memahaminya sebagaimana yang diberitahu kepada nabi Muhammad S.A.W. oleh yang demikian, Allah telah memberikan satu lagi kelebihan kepada Nabi Muhammad selain dari Quran iaitu Al-Hikmah seperti mana sabda baginda


Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui. [Q2:151]


Maka, dengan ilmu hikmah (termasuk sunnah) inilah Rasulullah mengajar ummatnya sebelum ia dicatat sebagai mana dalam hadis. Sesungguhnya, sahabat amat memahami perintah Rasulullah S.A.W kerana sentiasa bersama mereka dan ia adalah dalam bahasa mereka seperti mana firman Allah


Kami tidak mengutus seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. [Q14:4]


5) Perlukah mengikut hadis?


Dalam konteks ini, ingin saya jelaskan bahawa sekiranya suatu hadis itu sampai kepada puncanya iaitu Nabi Muhammad sendiri, maka majib kita mengikutinya. Ini selari dengan firman Allah


Dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberi rahmat. [Q3:132]


Sesungguhnya para sahabat merupakan contoh yang terbaik kerana mengikut apa yang dikerjakan oleh Nabi Muhammad S.A.W seperti mana firman Allah

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud [Q48:29]


Ingatlah bahawa Rasulullah itu merupakan contoh yang terbaik buat kita.


Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. [Q33:21]



6) Perlukah kita solat?


Solat merupakan himpunan doa-doa. Dari takbir ihram hinggalah salam, kesemuanya dipenuhi dengan doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah. Memang terlampau banyak sekali ayat al quran yang menerangkan tentang solat. bahkan Allah memberikan kita solat sebagai satu senjata untuk menghadapi kesusahan seperti mana firman nya.


Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu [Q2153]


Solat itu sendiri merupakan perintah Allah. Bahkan, Allah sendirilah yang menetapkan waktu-waktu solat seperti mana firmannya


Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman: "Hendaklah mereka mendirikan shalat [Q14:31]. Juga dalam ayat Q31:17, Q30:31, Q20:132, Q20:14,Q19:31,Q2:110 dan banyak lagi.


Bahkan, solat fardhu itu sebenarnya adalah berdasarkan arahan Allah seperti mana firmannya


Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman. [Q4:103]


Solat lima waktu yang kita kerjakan sekarang adalah berdasarkan firman Allah dalam ayat berikut


Dirikanlah shalat dari sesudah matahari tergelincir (zuhur dan asar) sampai gelap malam (maghrib dan Isya’) dan (dirikanlah pula shalat) subuh . Sesungguhnya shalat subuh itu disaksikan (oleh malaikat). [Q2:238]


Selain daripada itu, terdapat juga ayat yang menyariatkan solat jumaat iaitu


Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli [Q62:9]


Selain dari solat-solat yang wajib, Allah juga menggalakkan kita mengerjakan solat sunat terutamanya solat sunat tahajjud seperti mana firmannya kepada Nabi Muhammad dalam ayat Q73:2.


Berkenaan dengan cara-cara solat telah dijelaskan dalam ayat diatas mengenai kelakuan sahabat Nabi. Juga ada tentang berdiri dalam solat iaitu dalam ayat Q4:142, Q39:9 dan banyak lagi.


Panduan lengkap mengenai cara solat dijelaskan dengan lebih lanjut dalam hadis. Oleh itu timbullah kepentingan kita mengikut hadis. Walaubagaimanapun, terdapat juga ayat-ayat yang menerangkan tentang cara solat dalam keadaan tertentu seperti cara solat semasa dalam peperangan (Q Q4:102), memendekkan solat dalam perjalanan (Q4:101).


Allah juga ada menerangkan hukum-hukum solat seperti kewajipan berwudhuk sebelum solat (Q5:6), serta larangan tidak solat dalam keadaan mabuk dan kebenaran bertayammum (Q4:43)


Semoga penerangan ini memberi manfaat kepada saudara…..

Monday, July 27, 2009

Seminar Menangani Murtad 09


Pengenalan.


Sejak kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan satu demi satu kes murtad dan ia semakin berleluasa. Kes-kes murtad ini berlaku melibatkan samada mereka yang telah sedia muslim ataupun golongan revert (muallaf).



Dalam hal ini, pelbagai pihak dipersalahkan baik Jabatan agama mahupun ibu-bapa sendiri tanpa kita menyedari bahawa kita juga sebenarnya wajib dipertanggungjawabkan atas masalah murtad ini.


Oleh yang demikian, atas dasar tanggung-jawab maka kami di pihak Kelas Peradaban Nabawi membuat keputusan untuk menganjurkan Seminar Menangani Murtad yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai isu murtad dan cara menanganinya secara berhikmah dan bukannya secara beremosi.


Sesi ini dijalankan berdasarkan pengalaman sebenar Bro Shah Kirit Kalkulal Govidji dalam menangani masalah murtad di seluruh negara.



Objektif Seminar


- Mendedahkan kepada masyarakat punca berlakunya gejala murtad

- Mengupas isu-isu terkini melibatkan gejala murtad

- Melatih peserta agar mampu untuk menangani masalah murtad



Tarikh


31 Julai 2009 (Jumaat)



Masa


2.30PM- 6.30PM



Tempat


Masjid Murni, Universiti sains Malaysia Kampus Kesihatan, Kubang Kerian




Sasaran Peserta


250 orang peserta terdiri daripada pelajar universiti, professional, golongan agamawan dan orang awam.



Bayaran


Percuma dan minuman petang disediakan. Walaubagaimanapun, pihak kami menerima sumbangan seikhlas mungkin dari anda untuk tujuan pembangunan dakwah Kelas Peradaban Nabawi USM



Anjuran Bersama


Kelas Peradaban Nabawi USMKK

Rakan Masjid USMKK

Islamic Information and Services Setiawangsa

Pusat Islam USMKK


Tentang Bro Shah Kirit Kalkulal Govidji.


Bro Shah Kirit merupakan seorang Hindu yang telah memeluk Islam pada tahun 1996. Beliau telah banyak terlibat dalam kursus intensif perbandingan agama antaranya ialah; International Da’wa Training Program di IRF Mumbai yang dianjurkan Dr Zakir Naik. Dan “Training the Trainer” course di Nigeria yang dianjurkan oleh Nuruddeen Lemu & Asiya Rodrigo dari Islamic Education Trust.



Kini, beliau bertugas sebagai Pegawai di Islamic Information and Services Setiawangsa dan merupakan tenaga pengajar bagi program perbandingan agama “Friendly Comparative Religion”. Beliau sering dijemput untuk memberikan ceramah-ceramah perbandingan agama dan terlibat dalam Dialog antara agama di seluruh tanah air.



Selain daripada itu, Bro Shah juga berpengalaman memberikan presentation mengenai Islam di gereja-gereja sekitar Kuala Lumpur.



Beliau juga bertugas sebagai Pengurus Saba’ Islamic Media Maju Junction.



Bro Shah Kirit merupakan antara tenaga pengajar dan penasihat kepada program Kelas Peradaban Nabawi USMKK.




Tuesday, July 21, 2009

'From the Vatican to Al-Azhar'

Assalamu Alaikum Warrahmaatullah


Kepada semua Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah, s.w.t.


Minta perhatian. Insha'allah, pada hari Sabtu, 01 Ogos, IPSI (Penang) akan menganjurkan satu ceramah umum bertajuk 'From the Vatican to Al-Azhar'.


Ceramah ini akan disampaikan oleh saudara Idris Tawfiq dari Mesir. Beliau merupakan seorang bekas paderi gereja Katolik dari Rome, Italy yang telah dianugerahkan hidayah Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadah ditangan Yusuf Islam, seorang bekas artis pop di England yang dulunya dikenali dengan nama Cat Stevens. Menerusi ceramah ini saudara Idris akan berkongsi pengalaman hidup dari menjadi seorang ketua gereja Kristian kepada pendakwah Islam.


Program ini akan bermula pada pukul 4 petang bertempat di Bilik Seminar 2 & 3, Kompleks Masyarakat Penyayang, Jalan Utama, 10460 P. Pinang (bersebelahan dengan kediaman rasmi TYT Gabenor Pulau Pinang) .


Masuk adalah percuma. Tempat meletak kenderaan disediakan. Buku-buku dan DVD agama akan dijual dalam program tersebut.


Sila datang beramai-ramai untuk menghadiri majlis ilmu ini yang diberkati Allah, s.w.t.


Tolong sebarkan jemputan ini kepada rakan-rakan dan kenalan anda. Jazakallah.


Sekian, terima kasih. Wassalam.


Yang berusaha,

Haji Kamarudin Abdullah, PJK

Presiden

IPSI (Penang)

www.ipsi.com. my

ISLAM UNTUK SEMUA DAN INDAHNYA ISLAM DENGAN DAKWAH

Erti Hidup Dengan Memberi, Erti Bijaksana Dengan Hikmah