Bagi orang islam, jawapannya cukup mudah. Mengapa babi diharamkan? Sebabnya ialah kerana
Allah yang mengharamkannya dalam Al Quran. Rujuk 2:173, 5:3, 6:145, dan 16:115.
$yJ¯RÎ) tP§�ym ãNà6ø‹n=tæ sptGøŠyJø9$# tP¤$!$#ur zNóss9ur Í�ƒÌ“YÏ‚ø9$# !$tBur ¨@Ïdé& ¾ÏmÎ/ ÎŽö�tóÏ9 «!$# ( Ç`yJsù §�äÜôÊ$# uŽö�xî 8ø$t/ Ÿwur 7Š$tã Ixsù zNøOÎ) Ïmø‹n=tã 4 ¨bÎ) ©!$# Ö‘qàÿxî íOŠÏm§‘ ÇÊÐÌÈ
Sesungguhnya Allah Hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, Maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.[2:173]
Hujah Sains mengenai Pengharaman Babi
1) Alex Fano, pengarang sebuah buku terkenal Lethal Laws - Animal Testing, Human Health and Environmental Policy dan Pengarah Medical Research Modernisation Committee mengesahkan dalam buku tersebut bahawa, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya atau mutations, daripada semasa ke semasa.
2) Dr. Glen Shepard berkata dalam Washington Post bertarikh 31 Mei 1952 bahawa terdapat cacing Trichina trichinosis dalam babi yang boleh menyebabkan penyakit Tichinosis. Lanjutan daripada itu, kajian di Amerika juga mendapati bahawa 22 orang daripada 24 yang menghidap Trichinosis makan babi yang dimasak dengan sempurna. Ini menunjukkan bahawa ova dalam babi tidak mati bila dimasak.[USDA Leaflet 34, page 8]
3) Adanya cacing Taenia Solium yang mengembara ke seluruh salur darah untuk melengkapkan kitar hidupnya. Cacing ini melengkapkan kitar hidupnya pada vital organ seperti otak, mata, jantung, paru-paru, daging dan hati. Rizvi dalam booklet nya mengenai babi, mukasurat 30 menyetakan bahawa ‘ In Short, the pig, the supreme germ carrier, is the cause of many serious and fatal disease, among them dysentry, trichinosis, jaundice, pneumonia and thyphoid’
4) Parasit lain yang terapat dalam daging babi termasuklah Faciolopis buski, Paragonimus sp, Clonorchis senesis dan Erysipelothrix rhnsiphathiae.
5) Dr. O.S Parret dalam booklet nya ‘Diseases Of Food Animal,’mengatakan bahawa daging babi lebih sukar untuk dihadam. Ini bermakna, nilai biologikalnya ialah rendah. Begitu juga dengan anjing dan kucing.
6) Ramai yang mengatakan bahawa Babi mengandungi ‘Polyunsaturated fatty acids,’jadi ianya selamat untuk dimakan. Walaubagaimanapun, asid lemak ini terletak pada kedudukan 1 dan 3 TG molekul. Jadi ia tidak boleh dihidrolisis oleh enzim phospholipase. Jadi ia akan diserap sebagai lemak babi selepas diemulsi dan akan terenap dalam badan manusia.
Hujah Agama lain mengenai pengharaman babi
1) Babi juga diharamkan dalam Bible merujuk kepada ayat-ayat berikut ; Leviticus 11:7-8, Deutronomy 14:8, Isaiah 65:2-5.
2) Dalam Matthew 8:28-32, dinyatakan bahawa syaitan telah dihantar ke dalam khinzir.
3) Rev. C. L. Vories dalam pampletnya yang bertajuk ‘The Hog.’ Mukasurat 26 menyatakan bahawa “ The Bible so clearly and definetely forbids the eating of pork that all who love the word of God would follow its teaching can have no question at all as to whether or not they should abstain from feasting on unclean creature.”
Lain-lain hujah
1) Babi merupakan binatang yang paling kotor di atas muka bumi ini. Pada zaman dahulu, sewaktu tandas moden belum dicipta, manusia akan memelihara babi di bawah rumah mereka untuk memakan najis buangan. Ramai yang mengatakan bahawa babi yang diternak pada zaman moden seperti di Australia adalah sangat bersih. Akan tetapi, walaupun dipelihara dalam kandang moden dan canggih, mereka akan memakan najis sendiri.
2) Babi merupakan binatang paling memalukan atas bumi ini. Setelah babi jantan mengawan dengan babi betina, ia akan membantu babi-babi jantan lain untuk mengawan dengan pasangannya. Di Suatu daerah di Amerika yang mana penduduknya sangat gilakan daging babi, didapati ada perangai babi ini pada mereka. Mereka gemar bertukar pasangan dan malahan ada lelaki yang mengajak rakan-rakannya yang lain untuk sama-sama melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya.