Saturday, March 13, 2010

Sekitar Program Interactive Dialog “Jom Tanya Bro Shah”


Alhamdulillah, program yang dirancang telah Berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Mungkin kerana kurang promosi, jumlah kehadiran hanyalah sekitar 40 orang berbanding target seramai 100 orang.


Walaubagaimanapun, bukan kuantiti yang patut di kejar tetapi kualiti pada setiap para hadirin yang hadir.


Antara persoalan yang Berjaya di jawab oleh Bro Shah dengan cantiknya untuk sesi ini ialah


1) Isu penggunaan nama Allah oleh Catholic

2) Bagaimana memulakan dakwah jangka masa panjang dan pendek

3) Yang mana lebih penting antara dakwah dan islah

4) Masalah pergaduhan sesama kumpulan Islam

5) Isu perlembagaan dan Islam.

6) Isu penciptaan alam semesta berdasarkan perspektif Islam dan Kristian

7) Susunan Al-quran sebagai bukti ia diturunkan oleh Allah.


Turut memeriahkan program ialah dengan kehadiran Penaung Kelas Peradaban Nabawi (sejak dikenali dengan nama Caring Team lagi) Iaitu Dr Zakuan Zaini Deris, Pengerusi Rakan Masjid USMKK; Saudara Huzaifah dan Setiausaha Kehormat PERKIM Kelantan, Ustaz Nazir.


Selain daripada itu, perbincangan lanjut untuk program melahirkan da’ie melalui kerjasama PERKIM, Saba Islamic media Kubang Kerian, IIS Foundation, KPN USMKK, IIDC dan Pusat Islam USMKK telah diperhalusi lagi dan Bro shah Kirit telah pun menyatakan komitmen beliau untuk turun ke Kelantan dengan lebih kerap.


Semoga Allah memberkati usaha yang kita lakukan dan Semoga Allah membuka hati dan minda kita untuk melakukan yang terbaik untuk islam


Terima kasih juga diucapkan kepada ayah Min dan Puan Rita selaku Tuan Rumah kerana memberikan sokongan dan sumbangan yang tidak terhingga dalam menjayakan program ini


















“Islam itu Mudah dan Fitrah”

Bro Muhamad Na’im (jacknaim™)

Pemangku Pengerusi

Kelas Peradaban Nabawi USMKK

No comments:

ISLAM UNTUK SEMUA DAN INDAHNYA ISLAM DENGAN DAKWAH

Erti Hidup Dengan Memberi, Erti Bijaksana Dengan Hikmah